Yoongi duduk di ruang menunggu hospital. Aku ditempatkan di ICU. Dia menunggu sambil menggenggam kedua-dua belah tangannya. Menongkat badannya dengan siku di atas lutut. Memejam mata sambil berdoa.Berdoa agar aku selamat.
"Yoongi!"
Yoongi bingkas menoleh sebaik terdengar suara kawan baiknya, Jimin sayup-sayup memanggil. Dia bangun lalu meluru ke arah lelaki berkemeja merah jambu muda itu dan memeluknya.
Tubuh Jimin dirangkul erat. Bajunya dicengkam sedikit. Yoongi menyembamkan wajahnya ke bahu Jimin. Wajahnya merah tetapi air matanya tiada.
"Aku tak mahu dia bencikan aku, Jimin.. Tolonglah.".
Jimin mengeratkan pelukan mereka. Belakang Yoongi diusap perlahan. Bahu lelaki itu mulai terhincut-hincut sedikit. Dia menangis.
Yoongi menangis..
Tanpa segan-silu air matanya mengalir laju membasahi bahu Jimin. Dia teresak-esak.
"A..Aku sayang dia, Jimin. Aku sayang H-Haein.. " Suara seraknya tersekat-sekat menuturkan rasa. Pandangan orang sekeliling sudah tidak dipedulikan. Tubuh Jimin masih dirangkul menjadi tempat dia melepaskan rasa.
"Sabar, Yoongi. Dia akan okay. Aku kenal Haein, dia akan faham kau kalau kau terangkan." Jimin berkata. Dibiarkan bahunya basah dek tangisan sahabatnya.
Haein sahabat isterinya, Yaera. Dia sedikit sebanyak tahu tentang Haein daripada Yaera. Wanita itu sejenis yang tak akan tunjuk. Dia simpan sendiri.
"Encik Min Yoongi?" Seorang doktor lelaki keluar sambil memegang beberapa helai kertas. Pelukan Yoongi dan Jimin terlerai. Yaera yang baru sampai dari tempat kerjanya berjalan laju ke arah mereka. Berkumpul sama untuk mendengar apa yang akan dituturkan.
"Saya."
"Isteri encik, Kwon Haei-"
"Min Haein." Yaera memintas.
"Maaf. Min Haein, adalah seorang pesakit gastrik kronik. Dia tak pernah ambil ubat daripada hospital dan hanya bergantung pada ubat tahan sakit. Benda macam ni akan membahayakan nyawanya dan kemungkinan dia untuk mengandung tipis sebab asid di dalam perutnya boleh menghakis janin. Dia pun jarang makan secara teratur mengikut pemeriksaan kami. Asid sekarang semakin menaik dan kami takut akan sampai ke hati. Jika dibiarkan, ia boleh menjadi kanser."
PANG!
Yoongi terdiam. Wajahnya terteleng. Matanya kosong tetapi tidak berkedip. Terkejut. Terkejut dengan apa yang didengarinya. Terkejut dengan apa yang diterimanya.
"Park Yaera!" Jimin terjerit kecil. Kaget saat isterinya melayangkan menampar ke arah kawan baiknya. Yaera mencerlung tajam ke arah Yoongi. Amat menakutkan. Doktor lelaki itu juga terpempan. Tidak menyangka adegan ini akan berlangsung di depan matanya.
"Semua ni sebab kaulah syaitan! Kau nak bunuh kawan baik aku ke, hah?!!" Leher baju Yoongi dicekak Yaera. Kasar. Air mata Yoongi menitis sekali sambil merenung mata kemarahan Yaera dalam.
"Park Yaera, berhenti!" Jimin memeluk isterinya dari belakang lalu menariknya jauh daripada Yoongi. Yaera meronta seperti orang yang sudah hilang akal.
"Kalau jadi apa-apa dekat dia, aku tak akan maafkan kau! Syaitan!!" Wajah Yaera mula merona merah. Air matanya turut jatuh. Dia teresak perlahan lalu merangkul pinggang suaminya. Wajahnya disembamkan ke dada bidang lelaki itu. Teresak kuat sambil mulutnya tidak henti memarahi Yoongi.
"Kalau dia ambil peduli pasal Haein kenapa dia tak tahu Haein skip makan, gastrik, sakit?! Kenapa dia layan Haein macam ni?! Apa dosa dia pada kau, ha? Apa.. " Yaera tersedu-sedu berkata. Suaranya mulai kendur. Merintih perlahan sambil menggenggam baju lelaki itu. Jimin mengusap kepala isterinya. Dipeluk tubuh kecil itu lalu dibisikkan pujukan ke telinga.
Yoongi tersandar pada dinding. Perlahan dia melurut ke bawah seiring dengan air matanya. Dia terduduk di atas lantai. Masih mengalirkan air matanya. Dia teresak untuk sedemikian kalinya. Kepalanya didongakkan ke atas, cuba mengawal rasa sebaknya sambil menarik dalam nafasnya, tetapi hampa.
Dia menangis lagi..
"Tuhan.. " Rintihnya perlahan saat melepaskan sebak yang terbungkam di dada. Dia menutup muka dengan kedua belah tapak tangannya. Teresak kuat sambil membongkokkan badannya ke bawah.
Dah tak kuat...
Yoongi jangan menangis..
Mata Yoongi mulai kabur.
Dah tak boleh tahan...
Sayang jangan menangis..
Kepalanya sakit.
Dah tak boleh simpan...
Min Yoongi..
Nafasnya tersekat-sekat dilepaskan bersilih ganti dengan sebak di dada.
"Haein..."
Yoongi jatuh.
YOU ARE READING
hurt to love ; myg
FanfictionIt's funny in life which when we hurt the most, we love it the hardest. A collaboration