"Tuan Yoongi." Yoongi tersedar daripada lamunannya. Dia mengangguk kecil sambil meraup mukanya. Dia menongkat tangannya di atas meja. Muka masih ditekup."Hmm.." Dia berdehem tanda supaya setiausahanya cepat-cepat menyelesaikan hajat dan segera beredar. Dia mahukan waktu bersendirian.
"Pihak hospital telefon tadi. Diorang kata diorang cuba call tuan tapi tak dapat." Yoongi tersentak. Segera dia mencampakkan kotnya yang tersidai di atas meja ke bawah. Telefonnya diteliti.
Tak ada bateri.
"Diorang kata, puan Jaeri perlukan seseorang dengan dia sekarang ni. Saya rasa tuan ambillah cuti panjang. Teman isteri tuan."
Yoongi bingkas bangun dan laju langkahnya keluar.
"Kalau ada apa-apa, refer Jimin." Katanya sebelum langsung berlalu keluar.
Yoongi masuk ke dalam perut kereta. Duduk sahaja. Enjin masih belum dihidupkan. Dia bersandar sambil memandang ke arah gambar yang terletak rapi di atas dashboard keretanya.
Haein..
Yoongi menongkat dagu di atas stereng. Masih tidak lepas melihat gambar perkahwinan mereka.
Kau mesti menderita.. Kan?
Mata Yoongi berkaca. Dia tergelak kecil cuba menyembunyikan kesedihannya. Mukanya disembamkan ke tangan.
Beberapa saat kemudian, badannya mula terhincut-hincut. Suara esakannya mula kedengaran. Banyaknya air mata yang dikeluarkan.
Banyaknya Yoongi menangis..
Banyaknya...
•••••••
"Tiga buah kapal tentera laut karam di tengah lautan Ukraine. Rangka-rangka kapal yang mempunyai kesan rentung dijumpa beberapa orang nelayan tersekat pada jala mereka dipercayai dibom. Hal ini telah dilaporkan dan setelah beberapa kaji selidik dilakukan, kami mendapati kapal ini milik Korea Selatan. Kapten dan anak kapal semua masih hilang. Kami berpendapat bahawa tiada siapa yang selamat kerana bukti kehidupan tidak ditemui. Usaha mencari mayat dan bukti masih dijalankan dengan bantuan tentera laut dan udara Ukraine dan Jepun."
"TAEHYUNG!!" Suara seorang wanita menjerit dan meratap di pelabuhan kapal bercampur-baur dengan suara ratapan orang lain. Dia menangis dan meraung. Menjerit dan menyalahkan segalanya.
"Jaeri. Jaeri sabar!" Tubuh kecil itu dipeluk Yoongi daripada belakang. Cuba menenangkan sedangkan dia juga tewas. Dia juga meratap. Dia juga sakit. Dia juga kehilangan.
"Ta.. Taehyung.." Jaeri semakin lemah. Terasa lemas. Dia jatuh ke belakang namun Yoongi masih memeluknya. Memangkunya. Sama-sama melurut ke bawah. Kakinya sudah lembik. Akalnya seakan-akan hilang.
Air matanya merembes laju. Tidak dipedulikan orang sekeliling yang turut sama meratap untuk orang tersayang mereka yang juga hilang ditelan lautan. Tidak dipedulikan wartawan dan pemberita yang sibuk merakam kepenatan. Tidak dipedulikan tentera laut yang membawa jasad kaku sejuk turun dari kapal. Tidak dipedulikan lagi..
Tidak..
Tidak mahu pedulikan...
Taehyung..
Kenapa tinggalkan saya..
Kenapa awak tinggalkan saya dan a..anak kita..
Kenapa awak jadi kejam begini..
"Jaeri.." Kepala Jaeri diusap Yoongi. Masih duduk di atas tanah memangku wanita itu. Air mata wanita itu dibiarkan mengalir.
Menangislah sepuasnya.
Menangislah..
"Kenapa dia tinggalkan saya, Yoongi? Kenapa Taehyung tinggalkan saya, Yoongi?" Suaranya serak. Tersekat-sekat berkata. Cuba bersuara meskipun sudah terlalu hampa.
Yoongi diam. Air matanya turut jatuh. Dia memeluk Jaeri erat. Berharap agar pelukannya akan memberikan kekuatan. Berharap agar dia juga mendapat kekuatan.
Takdir sungguh tidak adil..
Titisan hujan mulai turun membasahi bumi. Semakin lama semakin lebat. Orang ramai berselerakan lari mencari perlindungan. Hanya tinggal petugas laut. Dan beberapa waris yang lain meratap di tepi laut. Termasuk mereka berdua.
Dibiarkan hujan menimpa. Dibiarkan hujan membawa pergi air mata.
Tolonglah..
Tuhan...
Berikan aku kekuatan..
"Sabarlah.. Jaeri."
Sabarlah Yoongi..
Sabarlah hati..
Akan aku jaga harta kau, Taehyung..
Akan aku jaga harta kau, sahabat..
YOU ARE READING
hurt to love ; myg
FanfictionIt's funny in life which when we hurt the most, we love it the hardest. A collaboration