Tiga bulan selepas itu...Tiga bulan paling sunyi dan meriah berbanding mana-mana masa. Kami berborak panjang..
Seperti merebut kembali segala yang ada sehingga kini..
Berbual tentang keluarga kami..
Masa silam kami..
Pasal Taehyung melamar dia..
Pasal pertama kali dia dan Taehyung berkenalan..
Dia gembira. Menyanyi dan berkata-kata ceria. Seperti melupakan seketika sakit yang menumpang bersama.
Dan aku..
Dan Yoongi...
Terus pegang tangan dia setiap hari..
Sehinggalah dia tertidur..
Sehinggalah dia terlupa bahawa dia di dalam perang..
Sehinggalah dia berasa dia berkuasa semula..
Aku pegang tangan wanita hebat itu. Aku menangis di samping wanita itu. Aku ketawa bersamanya. Aku peluk dia.
11 Februari, hari Ahad.
"Saljilah.." Yoongi bersandar pada tingkap. Memerhati keluar. Butiran putih turun menutupi segalanya.
Indahnya..
"Huh.." Yoongi menoleh. Melihat ke arah Jaeri. Nyenyak tidurnya.. Yoongi tersenyum lalu melemparkan pandangannya ke luar semula. Menikmati pemandangan putih bersinar di luar.
Yoongi mengerling ke arah Jaeri semula. Wanita itu sedang memandangnya. Sudah sedar dari tidur yang lena. Memandangnya lama..
"Nak kembali... sihat.." Air matanya jatuh. Yoongi meluru ke arah isterinya. Memegang erat tangan wanita itu dan menyeka air matanya. Jaeri membalas genggaman Yoongi. Menangis teresak-esak di dalam pelukan hangat lelaki itu.
"Kau takkan apa-apa.."
Kuatlah sayang..
"Kau takkan apa-apalah.."
Tak lama lagi..
"Takkan apa-apa." Yoongi menunduk menyentuhkan dahi mereka. Jaeri masih teresak. Dipeluk wanita itu. Mengalirkan kekuatan.
Memberikan semangat.
"Jangan risau.."
Hari berikutnya..
Jaeri tidak lagi buka mata. Kadang-kadang dia buka mulut seperti ingin ucapkan sesuatu...
Tapi sekejap saja.. mulutnya tertutup semula..
Aku pegang tangan dia pun dah tak banyak balasan. Dia sudah tak genggam tangan aku kuat..
Sudah terlalu lemah..
Sudah terlalu... lemah..
Tiga hari selepas itu..
Di sisi kami.. dia pergi..
Kami menangis. Walaupun kenal hanya sementara. Tetapi dia wira aku. Dia wanita kuat...
Aku bangga..
Dapat berkongsi hidup dengan manusia sekuat dia..
Jaeri kata dia bahagia.
Dia sentiasa senyum.
Dia kata dia bahagia..
Dia kata dia akan jumpa cinta hatinya setelah berpisah sekian lama..
Dia kata dia akan tunggu kami di syurga..
Dia kata dia akan sediakan tempat untuk kami di singgahsananya di syurga..
Dia kata Taehyung sedang senyum melambai ke arahnya..
Dia kata dia bahagia..
Dia kata..
YOU ARE READING
hurt to love ; myg
FanfictionIt's funny in life which when we hurt the most, we love it the hardest. A collaboration