; 13

412 93 7
                                    


Aku masih belum tidur. Aku duduk di sofa di ruang tamu sambil menunggu suami aku balik. Kepala aku tersengguk-sengguk menahan kantuk. Mata aku berair selepas menguap beberapa kali. Tetapi aku harus tunggu. Aku mahu tahu.

Aku mahu tahu siapa Jaeri.

Sudah dua bulan lebih sejak Jaehyung di bawa ke sini. Dia asyik kata dia rindukan mama Jaeri. Yoongi pula..

Aku tak pernah berjumpa dia kecuali kalau aku terbangun pada waktu tengah malam. Itupun dia sudah tidur.

Sambil peluk aku.

Aku tak ada peluang untuk tanya siapa wanita itu.

Klak!

Aku tersentak. Segera aku larikan pandangan ke pintu rumah. Pintu dikuak lalu aku lihat Yoongi masuk. Dia kelihatan penat. Penat sangat. Kasihannya. Aku kerling ke arah jam. 2 pagi. Lambatnya.

Dia meraup wajah beberapa kali sebelum menutup pintu dan menapak masuk. Tali leher dilonggarkan. Butang kemeja putihnya dibuka satu persatu. Dia menapak ke arah tangga. Tidak perasan akan kehadiranku.

Atau saja buat tak perasan?

"Yoongi.." Aku beranikan diri memanggil. Dia menoleh ke arah aku lalu senyum sedikit kemudian kembali melangkah. Senyuman penat. Aku bangun lalu pantas menahan dia. Aku berdiri di depannya. Mendongak memandangnya. Dia hanya memandang aku bersahaja.

"Boleh tak.. Saya nak cakap sikit?" Mendengarkan itu, dia berpaling melangkah ke sofa. Dia duduk. Aku membuntuti. Aku duduk bertentangannya.

Lama kami berdiam diri. Aku hanya tertunduk sambil menggenggam hujung baju di atas riba. Dia hanya duduk bersilang kaki sambil memandang ke arah aku.

"Cakaplah." Tali leher ditanggalkan lalu diletakkan di atas meja.

"M.. Minumlah. Saya buatkan air tu untuk awak. Tapi dah sejuk sikit. Saya ingat awak.. balik awal.."

Apa ni Haein? Bukan ini maksud kau ajak dia duduk begini.

Yoongi mengambil mug coklat yang aku sediakan di atas meja. Membuka penutupnya lalu menyisip sedikit sebelum mug itu diletakkan kembali di atas meja. Dia mengeluh lega.

"Terima kasih." Aku pandang dia. Dia tersenyum ke arah aku. Sejuknya rasa hati.

Senyumlah selalu, Yoongi..

Senyumlah selalu untuk saya..

"Itu je kan? Aku dah mengantuk ni." Yoongi bangun. Berjalan ke arah aku lalu mengusap kepala aku perlahan. Aku terpempan. Dia kembali menapak ke tangga.

Cepat Haein..

Tanyalah dia.

"Siapa Jaeri?" Langkah Yoongi terhenti. Hati aku berdegup kencang. Aku takut. Takut dia kembali membenci aku.

"Siapa mama Jaeri?" Aku memandang ke arah Yoongi. Dia membelakangi aku sambil menunduk. Aku dengar keluhan berat keluar dari mulutnya.

"Belum sampai masa untuk kau tahu." Dia kembali menapak ke atas. Aku bangun lalu bingkas mendapatkannya. Tangannya aku paut. Memusingkan tubuhnya menghadap aku. Mata kami bertentangan.

"Apa maksud awak belum sampai masa? Siapa dia?" Aku cuba menahan sebak. Cuba menahan diri daripada meninggikan suara. Dia hanya pandang aku. Tidak berkata apa-apa. Matanya nampak sembap. Penat.

Dia mengeluh kasar sebelum kembali menapak naik.

"Min Yoongi! Saya isteri awak. Tolonglah jangan rahsiakan apa-apa." Aku kejar dia. Tangannya sekali lagi aku raih.

"Siapa Jaeri?" Kami berada di puncak tangga. Aku menghalang jalannya dari terus masuk ke dalam bilik. Aku tak kira. Dia perlu jawab semuanya.

"Aku penat. Jangan buat aku marah." Aku terkedu tetapi aku sembunyikan.

"Awak ingat awak saja penat? Saya penat juga. Saya penat dengan cara awak layan saya. Saya penat dengan permainan awak. Dan sekarang awak curang!"

Aku menghamburkan tuduhan melulu. Aku sudah tak tahan. Aku menangis. Aku teresak-esak di hadapannya. Pertama kali aku menangis di depannya. Yoongi kelihatan sedikit terkejut.

"Ceraikan saya.. "

Apa aku cakap ni..

"Kwon Haein. Kau jangan berani ulang perkataan tu." Yoongi mara menghampiri aku. Matanya mencerlung ke arah aku. Aku takut. Tapi aku masih menangis.

"Awak curang!! Ceraikan sa-"

PANG!

Aku tersungkur ke lantai.

"Aku dah kata jangan ulang!" Suara dia lantang menengking aku. Aku terkejut. Bekas tamparannya masih panas. Tangisan aku menjadi-jadi.

Yoongi kembali sejuk. Dia terpana. Dia melihat tangannya yang menampar aku. Perlahan-lahan dia melutut menghampiri aku. Semakin dekat dia mendekati, semakin jauh aku menginjak. Aku takut..

Min Yoongi..

Saya takut..

"M.. Maaf... Ak.. Aku tak bermaksud nak tam.. tampar kau.." Dia cuba meraih aku. Aku menangis kuat. Menginjak sehingga belakang aku melekap pada dinding. Dia memandang aku. Dia memandang ketakutan aku. Air matanya jatuh setitis.

"Tolonglah.. Belum masa untuk kau tahu semuanya.." Air matanya mengalir lagi.

"Tahu apa? Tahu apa Min Yoongi.. " Dia raih aku. Memegang kedua-dua belah pipi aku.

"Tolonglah.. Jangan buat aku macam ni.." Mata kami bertentangan. Aku mendongak memandangnya. Air mata aku masih mengalir.

Min Yoongi.. Janganlah menangis..

Saya sakit..

Saya sakit tengok awak menangis...

"Tolonglah jangan tinggalkan aku.." Dia merapatkan wajah kami dan bibir kami bertaut. Dia cium aku.

Kali terakhir dia cium aku adalah pada waktu perkahwinan kami.

Dia cium aku. Semakin lama semakin dalam. Dibiarkan saja air mata kami mengalir. Aku terkejut. Teresak-esak aku membalas ciumannya. Gembira dan sedih bercampur-baur.

Dia mengalihkan ciumannya ke dahi aku. Hidung aku. Pipi dan mata.

"Tolonglah.. Jangan tinggalkan aku, Haein.. Aku perlukan kau." Dia peluk aku. Aku terkedu. Pertama kali..

Pertama kali dia berterus-terang begini..

Badannya terhincut-hincut menangis. Aku teresak-esak lagi. Menolak dia pergi. Meleraikan pelukan kami.

Tarik saya semula Min Yoongi..

Janganlah lepaskan..

Haein.. Janganlah lepaskan pelukan kau..

Aku bangun, melangkah longlai ke bilik. Meninggalkan Yoongi yang tersujud menangis di tubir tangga. Aku mahukan waktu bersendirian.

Tapi aku mahukan dia juga bersama.

Gila..

Rasa cinta memang gila..






hurt to love ; mygWhere stories live. Discover now