"Yoongi, kalau aku dah tak balik-balik dari laut lepas ni, aku harap kau boleh jagakan keluarga aku.""Apa benda kau merepek ni? Aku dah kahwin. Haein aku nak letak mana?" Bahu Taehyung ditampar kuat. Lelaki itu hanya tersengih.
"Tak, aku rasa kaulah yang paling sesuai untuk jaga Jaeri dan Jaehyung nanti." Taehyung menyisip sedikit kopinya. Yoongi masih bersandar pada dada kerusi. Memerhati sahabatnya itu lama.
"Kau jangan cakap bukan-bukan, Tae."
"Tak adalah, cuma.. Janji ya?"
"Yoongi..."
Yoongi tersedar dari tidurnya. Menyeka sedikit air matanya.
Mimpi yang biasa..
Tapi masih sedih sentiasa..
"Ye, sayang?" Yoongi bangun menuju ke katil. Duduk di samping wanita yang terbujur kaku di atas katil itu. Wayar berbelit-belit di mesin. Sayu mata wanita itu dipandang.
"Saya sakit.." Tangannya cuba menggapai wajah Yoongi tetapi kembali jatuh. Badannya lemah sangat. Yoongi menyambut tangan wanita itu lalu dilekapkan ke pipinya.
"Awak kuat.. Tahanlah.. Sikit je lagi.. Lepas ni dah tak perlu sakit.." Tersekat-sekat Yoongi berkata. Dadanya hiba. Suaranya bergetar. Air matanya mengalir perlahan.
"Awak dah banyak menangis untuk saya.. Taehyung pasti bangga.. "
Sudahlah...
Janganlah berkata-kata lagi..
Tidurlah..
Yoongi senyum. Diusap ubun-ubun wanita itu perlahan. Masih memegang tangannya. Wanita itu kembali terlelap dalam kesakitan yang tiada siapa boleh bayangkan..
Sabarlah..
Taehyung tengah tunggu kau di sana..
Sabarlah..
Perang sudah nak berakhir..
Kau akan selamat..
Tidurlah..
•••••••
Aku buka mata. Pagi-pagi lagi sudah mengeluh. Yoongi dah tak ada. Sudah sebulan sejak hari tu dia begini.
Dia keluar saat kami belum bangun. Dia balik saat kami sudah tidur. Aku menangis. Setiap malam dan setiap pagi. Saat tidur dan saat bangun.
Min Yoongi..
Kenapa..
Aku bangun lalu keluar dari bilik. Aku menapak ke bilik Jaehyung. Dibuka pintunya perlahan lalu aku masuk. Jaehyung sedang tidur. Dia jarang bercakap. Mungkin kerana Yoongi tak ada. Mungkin kerana dia tak kenal aku.
Dia tak pernah panggil Yoongi. Tak pernah tanya sepanjang sebulan ini..
Aku duduk di birai katil. Aku usap kepala kecil itu perlahan. Berapa agaknya umur dia? Siapa agaknya ibu bapa dia? Kenapa agaknya Yoongi ambil dia?
"Erm.." Jaehyung bergerak sedikit. Matanya terbuka perlahan-lahan. Mendongak memandang aku.
"Dah bangun, sayang auntie ni?" Aku tersenyum saat dia menggosok matanya. Masih mengantuk barang kali. Dia bangun duduk. Terteleng-teleng melihat sekeliling.
Aku mengusap belakang kepalanya. Dia menguap beberapa kali sebelum memeluk aku.
"Auntie.." Suara dia meleret memanggil aku. Manja..
"Ye, sayang."
"Mana papa?" Aku terdiam. Aku tak pernah tahu papa dia siapa.
"Mana papa Toongi?" Pelat dia berkata. Aku tersenyum. Dia panggil Yoongi begitu rupanya. Serius betul Yoongi ni siap berpapa.
"Mana mama Jaeri juga? Jaehyung rindu."
Aku diam. Terpempan. Kaku..
Jaeri?
Siapa..
"Mama Jaeri?" Aku bertanya. Pelik. Yoongi tak pernah bagitahu aku apa-apa. Memang tak akan bagitahulah. Jaehyung mengangguk kecil.
"Mama Jaeri. Mama Jaehyung."
YOU ARE READING
hurt to love ; myg
FanfictionIt's funny in life which when we hurt the most, we love it the hardest. A collaboration