; 04

410 94 11
                                    


Celik sahaja aku dari tidur, aku dah tak rasa apa-apa. Aku dah tak rasa sebarang bebanan pada bahu, sebarang sentuh pada belakang tubuh dan sebarang pelukan pada pinggang. Aku tahu, saat-saat yang paling aku takutkan sudah pun berlaku.

Yoongi dah tak ada.

Aku jeling jam di dinding. 12 tengah hari. Aku terlewat bangun hari ini. Disebabkan aku rasa selesa berada dekat dengan suami sendiri. Mustahil aku akan lupakan saat-saat itu dalam tempoh setahun aku dan dia disatukan.

Disebabkan rasa gembira, rasa senang dan bahagia, aku bangkit. Aku kemaskan katil dan terus mandi. Hari ni Yoongi cuti. Hujung minggu, kan? Jadi aku ambil keputusan untuk siapkan makan tengah hari yang lebih sikit untuk dia.

Walaupun dia tak pernah makan apa yang aku sediakan, tapi hari ini aku pasti dia akan makan. Malam tadi, buktinya?

Aku ke dapur. Tak berhenti aku tersenyum. Yoongi.. aku rasa dia dekat bilik kerja. Setiap pagi dia akan berjoging di luar. Dan waktu petang dia ke gim yang ada di tingkat atas sekali di rumah kami. Kalau ada waktu lapang, dia akan berenang. Aku hafal aktiviti hariannya. Tapi sayangnya.. aku terlalu bodoh untuk menyelami hatinya yang satu itu.

Untuk aku.

Aku mula berperang di dapur. Ketang ketung ketang ketung. Sehinggalah jam menunjukkan angka 1 tengah hari, aku betul-betul selesai. Aku tanggalkan apron sambil tersenyum puas memandang meja.

Terhidang makanan yang aku sediakan dengan tangan aku sendiri. Aku mula melangkah ke tangga untuk memanggil Yoongi.

Baru je hendak mendaki, aku dah nampak Yoongi turun dengan pantas.

"Eh, sayang. Nak pergi mana?"

Diam. Senyap.

Menggigil tangan aku. Takkanlah Yoongi lupa dia sudah berbaik malam tadi? Yoongi dah lupa apa yang berlaku malam tadi?

"Sayang."

"Apa?!" Aku pejamkan mata rapat apabila dia menengking. Aku halang jalannya. Yoongi nampak bosan. Tapi mata itu lebih tertumpu pada skrin iPhone X hitam miliknya.

"Jomlah makan. Saya dah masak."

"Siapa suruh kau masak?" Terdiam aku. Tapi aku kawal rasa yang menyerbu dengan tersenyum.

"Dah tanggungjawab saya. Saya kan isteri awak?"

"Oh ya? Kita kahwin ke selama ni? Aku ingatkan kita kawan serumah." Aku benar-benar terkejut kali ini. Dia berjalan ke hadapan sehingga bahu aku pun dilanggarnya. Tapi sempat aku berpaut pada pemegang tangga. Yoongi terdiam sekejap apabila aku hilang imbangan.

Datang dekat saya, Yoongi.

Datang dekat saya. Pegang saya.

"Aku tak balik malam ni."

"Awak pergi mana?" Aku menyoal pantas. Mata aku makin berkaca. Aku harap dia tak sedar. Baru je aku nak dekat, Yoongi dah melangkah besar keluar rumah. Keretanya berbunyi, terus pergi dari sini.

Sekali lagi, dia pergi.

Sekali lagi, aku disakiti.

Aku berdiri tegak. Kemudian aku duduk di meja makan. Aku tenung makanan yang aku masak tadi. Mata aku kabur. Tahan air mata dari mengalir.

Perlahan aku suapkan makanan ke dalam mulut. Jatuh juga air mata aku. Sambil mengunyah, sambil itu aku menangis. Tidak dapat menahan rasa sedih yang membuak-buak.

Kenapa Yoongi berubah? Sedangkan malam tadi, dia begitu baik dengan aku.

Selera aku hilang. Aku langsung tak rasa hendak makan. Aku tutup makanan dengan penutup. Dan aku menapak ke ruang tamu.





hurt to love ; mygWhere stories live. Discover now