Pintu bilik air dikuak. Yoongi baru habis mandi. Dia sampai rumah lambat tadi. Sampai-sampai rumah terus masuk bilik kerja dia mungkin. Baru sekarang nak mandi.Aku mengiring ke kanan menghadap arah bertentangan. Aku tak mahu tengok dia. Tak.. Aku tak marah. Aku cuma tak mahu tengok dia...
Sebab nanti aku menangis.
Aku dapat dengar keluhan kecil dia. Batukan kecil dia. Dia tutup lampu bilik. Dibiarkan gelap supaya tidak mengganggu aku mungkin? Kemudian dia buka pintu almari baju. Mengambil baju tidurnya.
Seminit dia berdiri di hadapan cermin, aku kemudian mendengar pintu bilik dibuka dan seterusnya ditutup. Air mata aku mengalir lagi. Dia tidur dalam bilik kerja dia lagi malam ni.
Sepanjang kahwin, dia tak pernah tidur sekatil dengan aku. Dia asyik terperap di dalam bilik kerjanya. Dia tak bagitahu aku kata laluan, tapi aku hafal cara dia tekan digit pada pintu bilik tu.
Apa yang dia rahsiakan dari aku?
Badan aku terhincut-hincut menahan tangis. Aku tutup mulut aku dengan tangan kanan. Aku mengerekot sambil tangan kiri menekan perut. Cuba untuk tak keluarkan bunyi.
Tiba-tiba aku dengar pintu bilik dikuak. Yoongi... Derapan tapak kakinya mendekati. Aku dapat rasakan beberapa biji bantal diletakkan di belakang aku. Aku terpempan. Di atas katil ni memang akan ada dua bantal kepala dan satu bantal peluk. Disebabkan dia tak pernah tidur dekat sini, jadi aku pakai semua bantal.
Aku berusaha menahan air mata. Menahan esakan daripada kedengaran. Bilik ni gelap. Aku harap dia tak sedar yang aku tengah menangis.
Aku dapat rasakan dia naik ke atas katil. Jantung aku berdegup laju. Aku pejamkan mata. Tolonglah... Jangan sakitkan aku lagi...
Yoongi menarik selimut menutupi badanku sehingga ke pinggang. Kemudian dia baring terlentang di belakang aku. Memandang siling dengan tangan kirinya diletakkan di bawah kepala.
Aku masih sedar. Membuka mata dan memandang ke dinding di hadapan aku. Air mata aku sudah berhenti. Tidak lagi mengalir.. Hanya meninggalkan sisa yang mencomotkan wajah aku.
"Haein..." Muka aku panas saat nama aku meniti di bibirnya. Air mata aku mengalir lagi. Tapi aku rasa bahagia.
"Dah tidur?" Aku tak dapat rasa dia bergerak tapi aku pasti dia tengah tengok aku sekarang. Aku kawal badan aku supaya tak bergerak. Aku taknak dia tahu aku menangis.
Yoongi... Awak sengajakan?
"Maaf... " Tangan kanannya mencapai kepala aku. Masih dalam keadaan baring sambil mengusap aku. Aku tarik nafas dalam. Aku kawal sehabis baik untuk tidak bergerak. Aku lepaskan sebak yang terbungkam di dada.
"Maaf sebab kasar dengan kau..."
Min Yoongi... Kenapa buat saya macam ni?
Suara dia semakin serak. Semakin tersekat-sekat melafazkan maaf.
"Aku sayang kau, kau tahu tu, kan?"
Saya tahu..
Sa..Saya tahu..
Aku semakin hampir untuk tumpas. Aku tak mahu dia nampak aku menangis. Tuhan.. Tolong..
"Maaf.. sebab tak dapat bahagiakan kau..."
Tangannya masih mengusap kepala aku. Aku dapat rasakan dia masih memandang ke arah aku.
"Maaf sebab buat kau macam ni... "
Tangan kanannya perlahan-lahan aku raih. Dia berhenti mengusap aku. Jari kami bersilang. Aku masih membelakangi dia. Aku masih tidak menoleh memandangnya. Hanya tangan kami bertaut.
"Aku sayang kau.. "
Aku dapat rasakan dia menghampiri aku. Mengiring ke arah aku. Mendekati aku perlahan-lahan sebelum pinggang aku dirangkul. Aku pejam mata.
Min Yoongi.. Kenapa awak macam ni..?
Belakang aku melekap pada badannya. Dia membenamkan wajahnya pada belakang leher aku. Aku dapat rasakan nafas hangatnya.
"Maaf.. "
Pelukannya diperketatkan. Aku tak dapat kawal air mata aku dari jatuh sekali lagi. Aku genggam tangannya.
"Tak.. Terima kasih.. "
Aku biarkan dia letakkan dagunya di atas bahu aku.
Lain malam ni. Kenapa? Kenapa dia tiba-tiba jadi macam ni? Kenapa dia peluk aku macam ni?
Min Yoongi.. Tolong.. Tolonglah kekal begini...
Tuhan.. Tolong hentikan waktu ini.. Aku perlukan masa bersama dia begini...
Yoongi cium bahu aku. Lama. Nafas panasnya membahang. Aku rasa selesa.
Selesa sangat..
"Terima kasih sebab kahwin dengan saya.. "
YOU ARE READING
hurt to love ; myg
FanfictionIt's funny in life which when we hurt the most, we love it the hardest. A collaboration