Chapter 2

1.7K 167 179
                                    

DI PANTAI..

"Akhirnya!! Setelah aku menunggu dari Zaman dinosour sampai zaman modern ni.. Baru pertama kali aku menjejakan kaki ke tempat bernama pantai..." Ujar felix.

"Kau tak payah nak temberang lah felix.. Baru 2 bulan lepas kita pergi pantai.." Kata seungmin kepada felix.

"Ohh yeke?? Hehehe.."

"Apelah felix hyung ni.. Muda-muda lagi dah nyanyuk.. Kejap lagi monopos lah tu.." tambah jeongin.

"Kau diam ahh ikan bilis!!" bentak felix.

"Hyung ikan bilis kat pasar.." balas jeongin.

"Budak ni!!" Felix menjeling tajam kearah jeongin.

"Welcome to PHUKET!!!" Jerit hyunjin.

"Oii sengal. Phuket kat thailand lah.. Kita ni kat korea bukannya kat thailand.." Kata seungsik kepada hyunjin.

"Tak kesah lah phuket tu kat thailand ke kat korea ke.. Janji tempat tu pantai." Balas hyunjin.

"Apa-apa jer lah.. By the way mana byungchan??" soal seungsik.

"Tu hah kat bawah pokok kelapa tu.. Tengah skodeng awek bikini dengan bangchan .." jawab hanse sambil menunjuk kearah dua jembalang yang berada di bawah pokok kelapa.

"Budak ni!!!" seungsik berjalan laju menuju kearah mereka berdua lalu menarik telinga mereka tanpa belas kasihan.

"Aduhh aduh!! Apa ni hyung?? Sakitlah!!" bangchan merintih kesakitan.

"Apa ni hyung main tarik-tarik telinga kitorang.. Nanti kalau telinga kitorang jadi cam yoda cam mana??" kata byungchan.

"Kesah apa aku.. Korang pergi kat sini buat apa?? Nak skodeng minah tak cukup kain tu ke hah?!!"

"Astagfirullahalazim!! Masyallah!! Hyung kami ni budak baik. Kami tak tergamak nak buat kerja-kerja keji lagikan munafik cam tu.." balas byungchan.

"Betul tu hyung.." tambah bangchan.

"Ok fine!! Kali ni korang terlepas.. Kalau aku dapat tahu korang skodeng awek bikini tu.. Aku bakar korang hidup-hidup pastu bagi jerung makan.. FAHAM!!"

"Faham hyung!!"

"Dah.. Jom pergi sana.. Diorang semua dah tunggu tu.." arah seungsik.

"Nae~"

Bangchan dan byungchan pergi menuju ke tempat di mana rakan-rakannya berkumpul diikut oleh seungsik yang berjalan di belakang mereka.

"Wahh!! Panasnya hari ni.. Dah lah kat sini tak ada payung.. Boleh hitam aku cam ni.." ujar heochan sambil mengipas-ngipas badannya yang mula mengeluarkan peluh.

"Panas ya bang~"

Heochan berhenti mengipas lalu menoleh kearah empunya suara.

"Hyung.. Cantik tak payung kita?? Ni payung Apink tau.. Limited edition gitew.. Tengok ni.. Siap ada tanda tangan Eunji Apink tau.. Kau Ado??!!" Sejun menunjukkan payungnya yang dikatakan limited edition (*katanya lah).

"Nakharom betul budak ni.." heochan memandang sejun dengan pandangan kecik besar kecik besar.

Kesemua Anggota stray kids dan Victon yang terdiri dari 16 anggota itu masing-masing kelihatan gembira. Kegembiraan mereka terhenti apabila air pantai tiba-tiba surut dengan begitu cepat.

"Ehh.. Apasal air pantai ni surut cepat giler?? " soal seongwoo yang mula kebingungan.

Kesemua anggota stray victon (Straykids + victon) menghentikan aktiviti mereka dengan serta merta. Tidak lama kemudian, satu demi satu ikan di pantai itu mula melompat ke daratan.

Hal ini menambahkan lagi kebingungan mereka dan para pengunjung yang lain.

"Weh korang.. Aku rasa tak sedap hati lah.." ujar minho.

"Memang lah hati kau rasa tak sedap.. Sebab kau tu busuk hati.." balas hanse.

"Jilake punya tenok!!" Bisik hati minho.

Tiba-tiba, awan hitam mula menyelubungi kawasan itu. Yang tadinya cerah kini bertukar menjadi gelap.

"Weh korang tengok tu!!! Ada gunung bergerak lah!!" Ujar subin sambil menuding jarinya kearah tengah laut.

"Ehh subin.. Gunung mana boleh bergerak.." kata changbin kepada subin.

"Kalau tu bukan gunung.. Habis tu benda yang bergerak tu apa??" soal subin.

"Jangan-jangan~"

"Jangan-jangan apa seongwoo hyung??"

"Jangan-jangan tu~"

Objek yang dikatakan gunung oleh subin itu mula menghampiri persisiran pantai dengan kelajuan yang amat dahsyat.

"Je.. Jeon somi!!!" Jerit bangchan.

"Pala bana mu tu jeon somi.. Itu tu tsunami!!" Kata Woojin memperbetulkan kesilapan bangchan.

"Kalau tu tsunami.. Tunggu apa lagi?? Lari lah!!" Seungsik mengarahkan mereka untuk lari menyelamatkan diri.

Bunyi siren yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa sebagai tanda amaran tsunami mula kedengaran. Kesemua pengunjung yang berada di persisiran pantai termasuk mereka mula lari menyelamatkan diri.

"Wahh!! Tsunami~" heochan berdiri tegak melihat air yang setinggi bangunan 30 tingkat itu sedang meluru kearahnya.

Byungchan dan bangchan yang sudah berlari agak jauh dari persisiran pantai itu terpaksa berpatah balik setelah melihat heochan yang berdiri kaku di persisiran pantai.

"Hyung.. Jom lah lari!!" Bangchan menarik tangan heochan.

"Hishh kau ni.. Aku nak tengok tsunami lah!!" Heochan menepis tangan bangchan.

"Jantan bodoh ni!!" Tanpa banyak soal, byungchan segera memikul heochan lalu lari menyelamatkan diri bersama-sama dengan bangchan.

Mereka semua berlari sekuat hati untuk menyelamatkan diri daripada terkena tsunami namun apakan daya, kelajuan mereka tidak boleh menandingi kelajuan tsunami.

Akhirnya, air laut yang bergerak dengan kelajuan yang amat dahsyat itu telah menghempas kawasan persisiran pantai dan menghasilkan ombak yang sangat kuat dan dahsyat sehingga dapat memusnahkan hampir kira-kira 60 kilometer per segi kawasan dari persisiran pantai.

Kesemua pengunjung yang berhampiran dengan kawasan persisiran pantai telah ditelan arus tsunami termasuk member stray victon.

"Korang!!! Korang kat mana??" Hyunjin menjerit memanggil rakan-rakannya yang lain sambil berenang untuk mencari tempat yang selamat.

"Hyung!!! Kita kat sini!" Jeongin yang sedang berpaut di atas kereta yang terapung itu melambai-lambai tangannya kearah hyunjin.

"Jeongin tunggu kat situ.. Biar hyung pergi kat sana." Hyunjin menggunakan seluruh tenaganya berenang kearah jeongin.

Ketika hyunjin sedang berenang menuju kearah jeongin, tiba-tiba sebuah papan tanda iklan produk terlajak laris telah tumbang lalu menghempap hyunjin.

"Hyung!!!!"


BERSAMBUNG.

[✔]Haunted Holiday [StrayKids Ft. Victon]Where stories live. Discover now