Chapter 8

895 113 26
                                    

"Sorry lah hyung.. Kat sini tak ada botol.. So hyung tahan jer lah sampai kiamat ye.." Ujar felix.

"Ni lagi sekor.. Bila masa pulak aku nak botol?? Aku cuma nak KECINGG!!" Sejun mula stress menghadap rakan-rakannya yang tak reti bahasa.

"Kita faham perasaan hyung.." Kata felix lagi.

"Kalau kau faham perasaan aku.. Baik kau diam sebelum aku panggil zombie-zombie tu tangkap kau.." Sejun mula mengugut felix.

Felix yang takut dengan ugutan anak Lim itu terus mendiamkan dirinya.

"Torch light mana torch light??!!" Tanya sejun.

"Ada ni kat hyung.. Kau nak buat apa dengan torch light ni??" Kata seongwoo kepad sejun.

"Hyung ni cam tak faham-faham pulak.. Bak sini torch light tu.." Sejun merampas kasar lampu suluh yang berada di tangan seongwoo.

"Terdesak betul budak ni.." Seongwoo tertawa kecil melihat tingkah laku sejun.

Setelah mendapatkan torch light dari seongwoo, sejun terus melangkah mencari 'port' untuk menyelesaikan apa yang perlu di selesaikan. Langkah sejun terhenti apabila dia menyedari ada seseorang yang sedang mengekorinya.

"Kau nak pergi mana chan??"

"Nak ikut hyung.." Bangchan tersengeh-sengeh tak tentu pasal.

"Kau tau tak aku nak pergi mana??"

"Tak tau.." Bangchan menggeleng.

Sejun melangkah merapati bangchan lalu berbisik ke telinganya.

"Kau nak aku bunuh kau pastu bagi zombie-zombie tu makan daging kau ke hah??~"

"Glupp~" Riak wajah bangchan mula berubah 100%.

"Nak ke tidak??" Sejun mengangkat keningnya.

"Omma!!! Sejun hyung nak bunuh kita pastu dia nak bagi zombie makan daging kita!!!!" Bangchan lari sekeliling bilik itu sambil terjerit-jerit cam orang gila.

Kedebukkk!!

Satu tumbukan padu telah mendarat tepat dipipi gebu bangchan.

"1 mata untuk kim woojin.. 0 mata untuk bangchan.. Fuhh!" Ujar woojin sambil meniup tangannya.

"Apa ni woojin?? Sampai hati woojin buat channie cam ni.. Apa salah channie??!!"

"Salah kau sebab mulut kau tu bising sangat.." Balas woojin lalu kembali semula ke tempat duduknya.

"Woojin~ " bangchan mula mencebik.

"Haishh.. Kenapa lah aku dapat kawan yang giler cam ni??" Sejun hanya mampu merintih dalam hati.

"Oii sejun.. Tadi kata nak kencing sangat.. Asal tak pergi lagi??" Soal heochan.

"Menghalau nampak??"

"Aku tak menghalau.. Tapi sebenarnya memang aku nak halau kau pun.. Kau kan langau.."

"Tak guna punya hyung.. Nasib aku ni handsome dan penyabar.. Kalau tak memang aku smackdown cukup-cukup.." Sejun menyumpah serana di dalam hatinya. Kalau sumpah serana depan orangnya mau dia tak kena belasah dengan si heochan tu.

"Baik aku pergi kencing daripada layan orang giler cam korang semua.." Ujar sejun.

"Ada kitorang suruh kau layan kitorang ke??" Kata byungchan sambil menayangkan muka anoyingnya.

"Hishhh!!" Sejun segera beredar mencari tempat untuk dia melepaskan hajatnya.

***

"Kat mana lah aku nak melepas ni?? Aku dah tak tahan ni.. Kalau aku main terjah jer takut ada orang skodeng pulak.." Sejun menyuluh ke setiap sudut ruang tersebut untuk mencari tempat yang strategik untuk melaksanakan misinya.

"Hah!! Tempat ni sesuai!!" Sejun melangkah laju kearah himpunan almari yang terletak tidak jauh darinya.

"Bismillahirohmanirohim.. Tok nek.. Cu melepas dulu ye.. Jangan skodeng.." Ucap sejun lalu terus melaksanakan misinya.

Ketika dia sedang syok-syok menjalankan kewajiban sebagai seorang manusia, tiba-tiba sejun merasakan ada seseorang telah menepuk belakang bahunya.

"Kau ni bangchan.. Kan aku dah kata jangan ikut!! Kau ni degil lah.. Dah kena tumbuk dengan woojin pun masih tak serik-serik lagi.." Bebel sejun.

Walaupun sejun memberi ceramah motivasi yang paling tak berguna di dunia, bahunya masih ditepuk oleh seseorang.

"Aku cakap bahasa korea kau tak paham.. Meh aku cakap bahasa tamil.. Vanakam!! மஙஊளஐ ஔம இஙஅந அல பஔ இஆஊ ௲லள चकिरीलीट ॊृैटंसक िऱजगीो लवनाबगैॉ स.." Sejun mula membebel menggunakan bahasa tamil.

Puas sejun membebel menggunakan bahasa tamil, namun bahunya masih di tepuk-tepuk.

"Kau ni memang tak paham bahasa lah setan.. Tak apa- tak apa.. Nasib aku dah siap.. Kau tunggu kau!!" Sejun yang sudah selesai menunaikan kewajiban sebagai seorang manusia itu terus menzipkan seluarnya lalu menoleh ke arah insan yang tak paham bahasa itu.

Alangkah terkejutnya apabila insan yang di sangkakan bangchan si koala jadian kacukan itik getah bernama citot itu rupa-rupanya adalah (seekor?? Seorang??) Zombie yang tengah pregnent.

"ARRGHHHHHHH!!!! ZOMBEHHHHH!!!!!" Sejun menjerit sekuat hati sehingga anak tekak punya anak punya anak lagi terkeluar.

Zombie wanita itu segera memegang tangan sejun agar dia tidak boleh pergi ke mana-mana.

"Kau nak pergi mana hah??!!" Soal zombie wanita itu.

"Nak pergi syurga.. Kenapa?? Akak nak ikut ke??" Jawab sejun selamba.

"Wehh sejun kau okk ke ta~… Zo.. Zo.. Zombie!!!" Semua stray victon yang datang untuk menyelamatkan sejun itu mula mengundur ke belakang sejurus melihat zombie wanita itu.

"Wehh korang.. Tolong lah aku.." Sejun merintih meminta tolong.

"Cam mana kitorang nak selamatkan hyung.. Kan zombie tu tengah pegang tangan hyung.." Ujar jisung.

"Biar lah dia pegang tangan aku!! Aku tau lah aku ni handsome cam shah rukh khan.. Alahh korang tolong lah aku.." Rayu sejun.

Semua stray victon masing-masing memandang antara satu sama lain.

"Wehh korang.. Aku tengok zombie tu tengah memboyot.. Agak-agak tu anak sapa ekk??" byungchan mula bertukar menjadi pakcik bawang.

"Anak sejun hyung lah tu.." balas  bangchan.

"Oii tenok!! Korang berdua sempat lagi mengata aku ekk?? Aku baling kerusi meja ni kat kepala kau baru tau!!" ugut sejun.

"Huiishh.. Dia dengar lah.." byungchan masih meneruskan sesi membawangnya.

"Choi byungchan.. Kau nampak ni??" woojin menunjukkan buku limanya kepada byungchan.

Mulut byungchan terdiam secara automatik kerana tidak mahu mengalami nasib yang sama seperti bangchan.

"Oii zombie boyot!! Kau lepaskan sejun hyung!! Kalau tak~"

"Kalau tak apa??!!" bentak zombie wanita itu kepada seungmin.

"Kalau tak aku sumpah anak kau jadi siput sawah!!" kata seungmin dengan berani.

"Berani kau sumpah anak aku jadi siput??!!" zombie wanita itu mula menggenggam tangan sejun dengan kuat.

"Aduii!! Sakitlah setan!! Nasib aku ni bukan lelaki dayus.. Kalau tak dah lama aku sepak kau sampai mati sekali lagi.." bebel sejun.

BERSAMBUNG..


[✔]Haunted Holiday [StrayKids Ft. Victon]Where stories live. Discover now