"Guys.. Jom kita pergi dari sini.. Nanti zombie tu hidup balik pulak.." Ujar changbin.
"Jom.."
Mereka semua lari meninggalkan tempat itu. Ketika mereka sedang leka berlari, Heochan yang berlari di paling hadapan tiba-tiba berhenti.
"Oh my god!!" Mata heochan terbutang seperti pau apabila melihat segerombolan zombie berada di hadapannya.
"Asal hyung tetiba berhenti?? Ada itik tengah melintas jalan ke??" soal byungchan.
"Tak lah.. Ni hah ada bidadari dengan bidadara tengah melintas jalan.." jawab heochan.
"Tak kelakar lah hyung...."
"Ada aku kata aku buat lawak super spontan ke??"
"Ermm.." byungchan serta merta terdiam kaku seperti patung bernyawa.
"Bro.. Apa kita nak buat sekarang ni?? Kalau kita patah balik nanti tak pasal-pasal kita kena tangkap dengan zombie nakharom tu lagi.." ujar hyunjin.
"Buat apa lagi.. Kita terjah jer lah.." kata heochan dengan penuh semangat.
"WhAtT?? TeRjAh??" kata kesemua stray victon dengan serentak.
"Hyung.. Hyung ni buat lawak ke??" soal bangchan.
"Ada aku kata aku buat lawak ke??"
"Tak ada.." bangchan menggelengkan kepalanya.
"Kalau tak ada senyap.."
"Heochan hyung.. Serius ke terjah zombie-zombie tu semua??" soal sejun pula.
"Serius lah.. Tak kan nak main-main kot.. Kat sini bukannya ada taman permainan.." Jawab heochan dengan sinis.
"Alah jangan lah marah.. Kita jer kot.." kata sejun kepada heochan.
"Aku tak marah.. Cuma tegas jer.." balas heochan.
Sejun memandang heochan dengan pandangan kosong.
"Emm korang.. Ada sesiapa boleh bagi cadangan tak cam mana nak terjah zombie-zombie kacak kat depan tu??" Tanya heochan kepada semua member stray victon.
"Hok aloh mu ni.. Tadi suruh kita semua terjah sekarang ni pulak tanya cam mana nak terjah makhluk-makhluk bernama zombie bin zambri tu.." kata felix sambil menayangkan muka kucing tengah beranak.
"Hehehehe.." heochan tersengeh-sengeh cam gorilla dapat harta sajat.
"Hahh!! Hyung tahu cam mana nak terjah zombie-zombie tu.." ujar jisung.
"Cam mana??" soal jeongin.
"Korang bukak mata besar-besar dan belajar dari yang pakar.." kata jisung dengan angkuh tahap planet di luar galaksi bimasakti.
Jisung dengan gahnya mara kehadapan berjalan menghampiri gerombolan zombie yang sibuk berjalan tak tentu arah.
"Min.. Kau agak-agak lah kan apa yang si tupai malaun tu nak buat hah??" tanya hyunjin kepada seungmin.
"Entah lah.. Mungkin dia nak melamar Zombie-zombie tu jadi bini dia.." balas seungmin.
"Kau tak jeles ke kalau si jisung tu jadikan zombie-zombie malaun tu sebagai bini dia??" tanya hyunjin lagi.
"Buat apa aku nak jeles.. Dah takdir hidup dia ada bini spesis zombie.. Kita sebagai member dia kenalah support die secara zahir.. Yang batin tu pandai-pandai dia lah.." balas seungmin.
"Nampaknya keadaan berpihak pada aku.. Sekarang ni seungmin si siput akulah yang punya.. Muahahahaha!!" Bisik hati hyunjin.
"Bro.. Sesungguhnya siput itu adalah milik Allah dan bukannya milik sapa-sapa.." kata felix yang tiba-tiba muncul entah dari mana.
"Erkkk~" Hyunjin memandang pelik kearah felix.
"Sung.. Kau kena buat apa yang patut supaya seungmin bangga dengan kau.." bisik hati jisung sambil memandang kearah gerombolan zombie itu.
"Sung.. Baca bismillah dulu.. Nenek aku kata kalau buat sesuatu tak baca bismillah nanti apa yang kita buat tu tak menjadi.." ujar byungchan.
"Betul tu.. Jangan lupa baca mantera ilmu pengasih tupai boncit kau tu.. Biar zombie-zombie tu sayang kat kau.. Termasuk siput bendang kau tu.." tambah changbin.
"Ye ye!! Aku nak baca lah ni.." balas jisung.
"Fighting tupai boncit.. Hope kau still hidup lepas kau masuk kat celah-celah zombie tu.." Kata subin yang memberikan kata-kata semangat kepada jisung.
"Orang tua ni.. Nak doakan aku mampus cepat ke apa??" bisik hati jisung.
"Dah-dah cepat buat kerja kau.. Aku dah tak sabar ni nak tengok hasilnya.." kata heochan.
"Baik kapten!!"
Jisung mula meniarap di atas lantai seperti seorang askar yang ingin merangkak masuk ke dalam medan perang.
"Ohh siput.. Aku sanggup merangkak merentasi lautan zombie demi mendapatkan cinta mu yang begitu agung.." jisung mula membuat drama tupainya.
"Bro.. Siput dengan tupai mana boleh bercinta.. Kalau ya pon kau nak si siput masak lemak ni suka kat kau.. Buktikan lah dulu yang kau tu sanggup nak merangkak kat celah-celah zombie tu.. Jangan asyik nak cakap besar jer.." ujar minho sambil tersenyum jahat.
"Apa lah masalah korang ni.." seungmin hanya mampu menggeleng kepala melihat perangai rakan-rakannya yang masing-masing tidak memahami konsep hidup.
"Ok fine!! Aku buktikan yang aku mampu dapat cinta siput!!" jisung yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan cinta sang siput itu mula merangkak masuk ke dalam gerombolan zombie itu.
Baru sahaja setapak merangkak masuk ke dalam gerombolan zombie itu, badan jisung telah di pijak-pijak oleh zombie tersebut tanpa belas kasihan.
"Oii jilake.. Sakit lah hanot!! Kau pikir aku ni karpet ke apa nak pijak-pijak.." bebel jisung sambil mengerang kesakitan.
Oleh kerana tidak tahan dipijak, akhirnya jisung memutuskan untuk berpatah balik.
"Ehh jisung.. Asal kau patah balik?? Dah give up ke??" tanya hyunjin.
"Aku tak give up.. Cuma ada masalah teknikal sikit." balas jisung.
"Kan aku dah kata.. Si tupai ni cakap jer besar.. Tapi hapak pon tak ada.." kata minho sambil ketawa terbahak-bahak.
"Hah ketawa lah puas-puas.. Hari ni hari hyung.. Esok lusa hari sung pulak.." kata jisung.
"Weh korang.. Si jisung dah gagal.. So sekarang ni sapa nak try terjah kat lautan zombie tu?" tanya seungsik.
"Emm.. Aku rasa aku tau sapa yang boleh terjah masuk kat situ.." kata heochan sambil memandang ke arah byungchan dan bangchan.
Kesemua stray victon memandang kearah byungchan dan bangchan.
"Emm kenapa korang pandang kitorang cam kitorang ni penjenayah no 1 dunia ni??" tanya bangchan yang masih tak tahu perkara sebenar.
"Tak ada apa... Saja jer nak tatap muka korang buat kali yang terakhir.." balas seongwoo.
"Ka..kali terakhir??"
BERSAMBUNG..
YOU ARE READING
[✔]Haunted Holiday [StrayKids Ft. Victon]
HorrorBercuti bersama rakan-rakan adalah merupakan hal yang menyeronokkan. Namun disebabkan berlakunya satu tragedi yang tidak diinginkan, segalanya telah berubah dalam sekelip mata. ◉‿◉ CERITA INI DIADAPTASI OLEH THAILAND MOVIE MAKE ME SHUDDER◉‿◉