Chapter 3

1.4K 157 132
                                    

"TSUNAMIII!!!" Heochan terbangun dari pengsannya.

"Ehh.. Aku kat mana ni??" Heochan mula melihat keadaan di sekelilingnya.

Dia melihat kesemua rakan-rakannya terbaring tidak sedarkan diri di sekelilingnya.

"Wehh korang.. Bangunlah!! Woojin?? Seongwoo hyung?? Jisung??" Heochan berusaha membangunkan rakan-rakannya yang pengsan.

"Kita kat mana ni??" Tanya subin yang baru sahaja sedar daripada pengsan.

"Entah lah.. Hyung pun tak tahu.." Balas heochan.

Kini satu per satu member stray victon mula sedar daripada pengsan.

"Wehh korang.. Tadi kan aku mimpi tsunami.." Changbin mula membuka cerita.

"Aku pun.." Tambah Hanse.

"Aku pun mimpi benda yang sama.. Tapi Ye ke tu mimpi?? Nampak cam real jer.." Kata felix.

"Ehh chop chop chicken chop!! Sebelum kita bahas pasal mimpi tsunami tu.. Sekarang ni aku nak tanya.. Cam mana kita semua boleh ada kat bangunan terbengkalai ni?? Seingat hyung lah kan.. Kita semua ni ada kat pantai.." Soal seongwoo.

"Jadi maknanya kejadian tsunami tu~"

"Kejadian real lah!!" Byungchan menyambung ayat bangchan yang tertunggak.

"OMG!!" Seungsik tergamam setelah mendengar kata-kata bangchan dan byungchan.

"Mak datok kau hijau!! Tinggi giler bangunan ni!!" Sejun melihat ke bawah melalui tingkap yang ada di sekitar mereka.

"Tinggi sangat ke tempat ni?? Meh kita tengok.." Byungchan mula melihat ke bawah melalui tingkap.

"Mak datuk aku hitam.. Tinggi siot bangunan ni.. Perghh gayat aku.." Kata byungchan.

"Apa lah kau ni byungchan.. Harap badan jer tinggi cam zirafah tapi gayat.. Tengok macam si kenit tu.. Badan kecik tak pernah nak membesar tapi tak gayat cam kau.." Kata bangchan kepada byungchan.

"Ni lah keistimewaan orang berbadan kecik.." Changbin mula membangga diri.

"Changbin.. Hidup ni jangan jadi munafik.. Tak cium bau syurga kau nanti.." Ujar woojin.

Changbin hanya terkebil-kebil setelah mendengar ceramah tentang akhirat daripada kim woojin si ustaz polla.

"Gelap lah tempat ni sampaikan batang hidup berok pon aku tak nampak.." Kata Jisung sambil meraba-raba dinding mencari jalan.

"Aikk?? Biar betol kau ni tupai?? Aku rasa tempat ni terang jer sebab ada cahaya bulan.. Kau ni dah buta ke tupai??" Tanya felix.

"Aku rasa ya kot sebab satu benda pun aku tak nampak.. Yang aku nampak cuma cahaya keimanan yang terpancak dari hati siput aku.. " balas jisung sambil bergesel-gesel di badan seungmin.

"Ehh tupai sengkek ni.. Kalau aku campak kau ke bawah memang kau mati sia-sia jer.." Seungmin menolak jisung ke tepi lalu berpindah ke sebelah hyunjin.

"Ohh siput. Jangan tinggalkan aku keseorangan.. Sesungguhnya tupai takut akan kegelapan.." Kata jisung lalu segera pergi ke sebelah seungmin.

"Cehh.. Takut gelaplah sangat.." Hyunjin hanya menggelengkan kepala melihat perangai baik jisung.

"Hah!! Cakap pasal gelap.. aku ada torch light.." Ujar sejun.

"Cantek!! Cepat lah keluarkan.. Tak sabar nak tengok cahaya lampu.." Kata jisung.

"Cehh dia punya jakun cam dah sejuta tahun tak tengok cahaya lampu.." Bebel seungsik.

"Ini dia!! Torch light Apink!!" Sejun mengeluarkan torch light Apink yang disimpan di dalam poket seluarnya.

[✔]Haunted Holiday [StrayKids Ft. Victon]Where stories live. Discover now