Chapter 6

1K 121 80
                                    

"Hyung tipu kitorang ekk??" Semua member stray victon masing-masing memandang tajam kearah seongwoo.

"Hehehe.. Hyung gurau jer.. U olls janganlah marah.. "Seongwoo mula tersengih-sengih macam durian busuk.

"Apa lah hyung ni.. Podah!!" Seungsik hanya mampu menggeleng kepala melihat perangai seongwoo yang tak pernah nak matang.

Bangchan yang malas melayan kegilaan seongwoo itu memberanikan diri pergi kearah lorong yang jaraknya hanya beberapa langkah dari pintu itu. Setelah berada di lorong itu, bangchan mula menghalakan torch lightnya ke lorong bahagian kiri dan lorong di bahagian kanan.

"Ehh apa benda tu??" Bisik hati bangchan sambil melihat sesuatu yang berada di lantai.

Bangchan menghalakan torch light ke arah benda yang berada di lantai.

"Arghhhhh!!!! Mayat!!!" Jerit bangchan.

"Mana mayat tu?? Mana mayat tu??" Semua member stray victon menyerbu kearah bangchan.

Oleh kerana mereka menyerbu tanpa memberi salam, bangchan mula hilang keseimbangan badan dan hampir terjatuh di atas mayat-mayat yang terbaring dengan tersusun di sepanjang lorong di bahagian kiri dan bahagian kanan.

Mujur woojin dan seungmin sempat menarik bangchan daripada terjatuh. Kalau tak, sia-sia sahaja dia simpan first kissnya itu.

"Chan.. Kau ok??" Tanya woojin kepada bangchan.

"Kepala nenek kau aku ni ok.. Aku tak ok!! Kau tau tak yang aku ni tengok muka mayat-mayat nakharom tu face to face.. Seram tau!! Trauma aku.."

"Alah chan hyung.. Rileks lah.. Nasib baik woojin hyung dengan seungmin selamatkan hyung.. Kalau tak bertuah lah mayat-mayat tu dapat kiss dari hyung.." Ujar subin.

"Banyak lah kau punya bertuah.. Diorang memang bertuah.. Tapi aku ni yang merana.."balas bangchan.

"Fulamak.. Banyak giler mayat kat sini.. Tok adi tak buat kerja ke apa??" Bebel changbin.

"Biasa lah.. Tok adi kan dah tua.. Mana lah dia larat nak kuburkan mayat banyak-banyak ni.." Kata sejun yang simpati dengan nasib tok adi.

"Bangchan.. Aku nak kau pergi tengok keadaan lorong belah kiri tu.." Heochan sekali lagi mengarah bangchan.

"Hyung.. I'm not your balachi ok.. Hyung suruh lah si byungchan tu.. Dia bukannya buat kerja pun.. Asyik makan gaji buta jer.." Balas bangchan.

"Byungchan.. Aku nak kau pergi tengok keadaan lorong belah kiri tu.." Arah heochan kepada byungchan.

"Me??"

"Yup!!" Heochan mengangguk kecil.

"Ta..ta.. Tapi hyung tak nampak ke banyak mayat kat sini.. Macam mana kita nak jalan??"

"Macam mana apanya.. Terjah jer lah.." Balas heochan.

"Ta..tapi~"

"Tak ada tapi-tapi... Pergi cepat!!" Kata heochan.

Byungchan mula memandang wajah satu per satu rakan-rakannya untuk meraih simpati namun tiada satu pun yang berasa simpati terhadap dirinya.

"Apa lah nasib diriku yang malang.. Oh tuhan~ " byungchan mula melangkah pergi meninjau keadaan di lorong bahagian kiri sambil menyanyi.

"Aku kesian betul tengok byungchan hyung tu.. Dah lah nasib dia selalu malang.. Pastu muka dia tak handsome pulak tu.." Ujar hyunjin.

"Kau ni mengata orang kau ingat muka kau tu handsome sangat ke?? Muka cam kambing jer .. Betul tak seungmin??" kata jisung sambil memeluk lengan seungmin.

"Hishh kau ni!! Jangan lah peluk aku.. Aku rimas lah!!" Seungmin menolak jisung dengan kasar.

"Sampai hati dikau berbuat begitu kepadaku…… Apa salah ku wahai siputttt!!!" Jisung mula membuat drama p.ramlee.

"Salah kau sebab kau tu gatal!! Dasar tupai hangus!!" Balas seungmin.

"Padan muka!!" Bisik hati minho sambil tersenyum sinis melihat jisung yang sedang merana.

"Kesian kau tupai.. Cinta tak berbalas ye nak??" Felix mula menyakat jisung.

"Kau diam lah berok!! Sebok jer!!"

"Ehh jangan lah marah-marah.. Nenek aku kata kalau orang suka marah-marah ni susah nak dapat jodoh.." Changbin mula mencela.

"Apa-apa jer lah.." Jisung tidak menghiraukan apa yang diperkatakan oleh changbin.

Beberapa minit kemudian, byungchan telah kembali dalam keadaan yang tergesa-gesa.

"Wehh korang!! Larii!!!!" Byungchan mengarah rakan-rakannya untuk lari.

"Kenapa byungchan??" Tanya woojin yang tidak tahu apa yang sedang terjadi.

"Kau tengok tu!!" Byungchan menuding jarinya kearah mayat-mayat yang mula bangkit satu per satu.

"Arrghhhhhh!!!!" Sejun mula menjerit seperti perempuan kerana terkejut.

"Huarghh!! Mayat hidup!! Cabut!!"

Semua member stray victon lari menyelamatkan sejurus melihat mayat-mayat tersebut bangkit secara tiba-tiba.

"Korang!! Tolong aku!! Kaki aku tiba-tiba tak boleh bergerak!!" Kaki felix tiba-tiba kaku.

Changbin yang mendengar suara felix meminta tolong itu segera berpatah balik untuk membantu felix.

"Felix.. Cepat naik kat badan hyung.." Arah changbin kepada felix.

"Nae!!"

Changbin segera mempiggy back felix lalu berlari untuk menyelamatkan diri.

BERSAMBUNG.

[✔]Haunted Holiday [StrayKids Ft. Victon]Where stories live. Discover now