"Emm kenapa korang pandang kitorang cam kitorang ni penjenayah no 1 dunia ni??" tanya bangchan yang masih tak tahu perkara sebenar.
"Tak ada apa... Saja jer nak tatap muka korang buat kali yang terakhir.." balas seongwoo.
"Ka..kali terakhir??"
"Ehh jap jap.. Kitorang tak paham apa yang korang cakap.." kata byungchan yang tidak tahu apa-apa sama seperti bangchan.
"Meh aku terangkan.. คุณทั้งสองได้เข้าฝูงชนของซอมบี้ ได้หรือไม่??" sejun menerangkan apa yang berlaku kepada bangchan dan byungchan.
Bangchan dan byungchan masing-masing memandang antara satu sama lain.
"Hyung.. Hyung cakap bahasa apa ni?? Kita tak paham.." tanya byungchan kepada sejun sambil menayangkan wajahnya yang blur.
"Hyung pikir hyung sorang jer yang tak paham.. Kitorang ni pon tak paham jugak apa yang sejun hyung cakap.." changbin mula mencela.
"Lah.. Buat penat jer aku terangkan kat korang guna bahasa thailand.." sejun mula mencebik.
"Ada kitorang suruh hyung terangkan guna bahasa thailand ke??" soal subin.
"Tak ada.."
"Dah tu yang hyung menggatal sangat nak cakap bahasa thailand tu dah kenapa?? Buang tebiat ke apa??" bentak subin.
Sejun terkedu apabila melihat maknae victon berang seperti singa kelaparan.
"Emm korang.. Ada sesiapa boleh terangkan kat kitorang apa yang dah berlaku?? Kitorang tak paham.." Ujar bangchan.
"Cam ni citernye.. Aku nak korang berdua pergi terjah masuk kat zombie-zombie tu.. Ada paham??" Terang heochan.
"Paham-paham!!" Bangchan dan byungchan mengangguk laju.
"Ehh jap.. Asal pulak kitorang yang kena pulak??" Byungchan mula membangkang.
"Betul tu!! Ini tidak adil!!" Tambah bangchan.
"Adil tak adil tu semua belakang citer. Sekarang ni aku nak korang pergi jalankan kewajiban korang sebagai seketul manusia yang tidak mempunyai hala tuju hidup.." Arah heochan.
"Hyung.. Manusia bukan seketul.. Tapi seorang.." Kata felix yang cuba memperbetulkan kesilapan tatabahasa yang dibuat oleh heochan.
"Kau diam lah nyamuk!! Asyik sibuk hal orang jer.." balas heochan.
"Hah!! Ni lah manusia.. Bila tegur tak terima.." kata felix sambil bercekak pinggang melihat heochan.
"Kalau heochan hyung tu manusia.. Habis felix hyung tu apa?? Alien planet CB97??" tanya jeongin.
"What the??" felix memandang jeongin dengan pandangan kecik besar kecik besar.
"Alah hyung.. Suruh lah orang lain.. Jangan lah suruh kitorang!! Kalau buat kerja ekstrem jer mesti hyung suruh kitorang.. Please.." rayu byungchan.
"Betul tu.." tambah bangchan.
"Aku tak kira.. Korang berdua kena buat benda tu jugak!!" kata heochan yang tetap dengan pendiriannya.
Changbin yang berasa semak melihat drama yang tak pernah berpenghujung itu mula memikirkan cara untuk menamatkan drama bersiri itu.
Ketika dia sedang tekun memerah otak, Secara tidak sengaja changbin telah melihat dua ekor lipas yang sedang merayap mencari makan.
"Ahahh!! Aku tau cam mana nak tamatkan drama bodoh ni.." Bisik hati changbin sambil tersenyum jahat.
"Oii changbin.. Kau ni senyum-senyum cam orang nak kahwin ni dah kenapa?? Kau dah berkenan kat awek-awek zombie tu ke??" tanya woojin yang menyedari tingkah laku changbin yang pelik.
"Tak ada apa.. Saja jer nak senyum-senyum.. Senyum tu kan satu sedekah.." balas changbin.
"Emm.. Yelah.." woojin yang malas melayan karenah changbin itu terus memalingkan badannya menghadap ke tempat lain.
Tanpa membuang masa, changbin segera menangkap lipas-lipas yang berada disekitarnya itu lalu di masukkan ke dalam baju bangchan dan byungchan.
"Omma!!! Ada benda merayap kat badan channie!!" bangchan mula melompat-lompat seperti kangaroo.
"Apa benda yang merayap kat badan aku ni??" soal byungchan sambil mengibas-ngibas bajunya.
"Lipas.." balas changbin dengan selamba.
"What???!! LiPaSss???!! Huarrghhhhh!!!"
Bangchan dan byungchan melompat ke sana ke sini sambil terjerit-jerit cam monyet. Tanpa mereka berdua sedar, mereka berdua telah menerjah masuk ke dalam gerombolan zombie-zombie tersebut.
Semua stray victon hanya mampu melihat gelagat mereka berdua sambil ketawa terbahak-bahak.
"Diorang ni kalau masuk maharaja lawak confirm diorang menang.." Ujar hanse.
"Tau tak apa.. " balas seungsik.
Setelah puas melompat ke sana ke sini, akhirnya lipas-lipas yang berada di dalam baju bangchan dan byungchan pun keluar lalu jatuh ke lantai.
"Kau pikir kau boleh terlepas dari aku?? Jangan harap!!" Kata bangchan lalu memijak lipas-lipas itu sehingga penyek.
"Rasakanlah pijakkan dari manusia handsoms bernama choi byungchan!! Hiakk!!!" Byungchan memijak-mijak lipas-lipas tersebut tanpa belas kasihan.
Kegiatan pembunuhan lipas yang dilakukan oleh bangchan dan byungchan itu telah menarik perhatian zombie-zombie tersebut. Zombie-zombie tersebut mula merapati mereka tanpa mereka sedari.
"Chan.. Jom kita pergi dari sini!!" Ujar byungchan.
"Jom!!"
Baru sahaja mereka hendak beredar dari situ, mereka baru sedar bahawa mereka berdua telah di kepung oleh zombie-zombie tersebut.
"Alamak.. Cam mana ni? Kita dah kena kepung.." Kata byungchan.
"Buat apa lagi.. Kita redha jer lah.." Balas bangchan.
Kini, bangchan dan byungchan sudahpun dikepung oleh zombie-zombie tersebut. Kesemua member stray victon yang lain masing-masing mengambil kesempatan melalui jalan itu untuk melarikan diri.
"Guys.. Jalan dah clear.. Tunggu apa lagi jom lah kita blah dari sini.." Ujar heochan.
"Kalau kita semua pergi, bangchan dengan byungchan cam mana??" Kata seongwoo yang masih mempunyai hati nurani.
"Pandai-pandai lah diorang tu lepaskan diri dari zombie-zombie tu.." Balas heochan.
BERSAMBUNG.
YOU ARE READING
[✔]Haunted Holiday [StrayKids Ft. Victon]
TerrorBercuti bersama rakan-rakan adalah merupakan hal yang menyeronokkan. Namun disebabkan berlakunya satu tragedi yang tidak diinginkan, segalanya telah berubah dalam sekelip mata. ◉‿◉ CERITA INI DIADAPTASI OLEH THAILAND MOVIE MAKE ME SHUDDER◉‿◉