Chapter 15

730 92 8
                                    

"Bro.. Dah lama kita cari jalan keluar.. Asal kita masih lagi tak jumpa satu pun jalan keluar?? Padahal dah semua pelosok lubang kubur kita dah teroka.." Sejun mula membebel.

"Hyung ni asyik nak membebel jer.. Tak ada kerja lain ke apa??" Hyunjin mula rimas mendengar bebelan sejun.

"Dah tak ada kerja lain lagi aku nak buat.. Tu pasal aku membebel.."

"Wehh korang tengok tu!! Ada pintu keluar lah.." Kata woojin sambil menunjuk ke arah sebuah pintu yang berada tidak jauh dari mereka.

"Tunggu apa lagi.. Jom lah kita keluar dari sini!!" Ujar seungsik.

"JOMMM!!!"

Tanpa membuang masa, mereka semua segera berjalan menuju ke arah pintu keluar namun hasrat mereka terbantut apabila salah seorang daripada mereka melihat kelibat zombie yang sedang menghampiri mereka.

"Wehh korang.. Berhenti!!!" Jeongin tiba-tiba menahan rakan-rakannya daripada meneruskan perjalanan mereka.

"Kenapa ni jeongin??" Tanya subin.

"Tu!!" Jeongin menuding jarinya kearah seekor zombie yang memakai pakaian jururawat sambil membawa troli berisi peralatan pembedahan.

"Ohh my god!!" Mata mereka terbutang luas melihat zombie itu bergerak menghampiri mereka.

"Guys.. Apa yang kita nak buat sekarang ni??" Tanya hanse yang mula panik tak tentu pasal.

"Hah aku ada idea!! Apa kata kita jadi patung.." Heochan mula menyuarakan pendapatnya kepada rakan-rakannya.

"Bijaknya otak kau.. Kecik-kecik mak kau bagi makan taik unta ekk?? Oii sengal!! Kalau kita semua jadi patung nanti zombie tu tau tu kita cam mana??" Soal seongwoo.

"Alah hyung.. Relaks ahh.. Zombie tu takkan tau punya lah.. Trust me.." Heochan cuba menyakinkan seongwoo.

"Ok kali ni hyung percaya kat kau.. Tapi ingat kalau zombie tu tau... Siap kau!!"

"Ok boss.. No problem.."

Mereka semua segera berpura-pura menjadi patung cendana. Dua minit kemudian, zombie itu lalu bersama-sama dengan trolinya melalui tempat di mana mereka berpura-pura menjadi patung.

"Wahai zombie hodoh oii.. Cepatlah berambus dari sini.. Aku dah penat jadi patung ni.." Bisik hati felix.

Pergerakkan zombie itu yang lambat seakan-akan siput itu mula menguji kesabaran mereka.

"Ya allah ya tuhan ku.. Kau percepatkanlah proses perjalanan zombie ni.. Hamba mu ini dah tak tahan nak kentut dah ni.." Bangchan hanya mampu merintih dalam hati.

"Ya tuhan!!! Ni zombie ke siput bendang ni?? Jalan lambat sangat.. Haishh!!" Minho mula menyumpah serana zombie itu.

Oleh kerana kesabaran mereka telah pun melepasi had laju yang telah ditetapkan, seungsik mula berjalan perlahan-lahan menghampiri zombie itu lalu menolak zombie itu ke tepi.

"Padan muka kau!! Dah lah jalan lambat mengalahkan siput... Hishh!!" Bebel seungsik.

Zombie itu berusaha untuk bangun semula.

"Wehh korang... Dia nak bangun lah.." Ujar jisung.

"Don't worry guys.. Aku tau nak buat apa kat zombie ni.." Kata bangchan dengan gahnya.

"Kau nak buat apa chan??" Tanya woojin kepada bangchan.

"Yang tu kau tak perlu tahu.. Sekarang ni baik korang semua tutup hidung korang.."

"Tutup hidung?? Buat apa nak tutup hidung??"

"Kau ni banyak songeh lah byungchan.. Kau tutup jer lah hidung kau.. Kalau kau pengsan ke apa ke kau jangan salahkan aku ehh.."

"Emm yelah.." Byungchan menutup hidungnya seperti yang diarahkan oleh bangchan begitu juga dengan rakan-rakannya yang lain.

"Wahai zombie durjana.. RASAKAN LAH PENANGAN ANGIN WANGI KEBENARAN!!!" Bangchan telah mengeluarkan segala angin wangi yang terkumpul di badannya tepat di muka zombie itu.

Zombie itu akhirnya tidak sedarkan diri kerana penangan angin wangi yang di hasilkan oleh bangchan.

"Aikk?? Dah pengsan?? Nampaknya kuat betul kuasa angin wangi aku ni.."

"Angin wangi lah sangat.. Aku cium angin wangi kau ni dah macam bau loji kumbahan pun ada.." Kata sejun sambil menutup hidungnya.

"Angin wangi bau cam loji ni lah yang menyebabkan zombie ni pengsan.. Korang patutnya berterima kasih dengan aku sebab aku dah selamatkan korang.. Kalau tak ada aku mesti korang semua dah kena makan dengan zombie tu.."

"Kau jangan bangga sangat bangchan oii.. Kalau kau bangga tak tentu pasal lagi aku campak kau kat lubang kubur pastu tanam kau hidup-hidup.." Woojin mula mengugut bangchan.

Bangchan yang tadinya bercakap besar dan bangga diri itu terdiam serta merta.

"Korang.. Aku rasa kita ada masalah besar ni.." Ujar changbin.

"Ma..masalah besar??"

"Yup.. Tengok tu.." Changbin menunjuk kearah sekumpula zombie yang sedang berjalan menghampiri mereka dengan wajah yang bengis lagi menakutkan.

"CABUTTTTT!!!"

Mereka semua segera berlari menuju ke pintu keluar supaya mereka dapat melepaskan diri daripada zombie-zombie tersebut. Setelah mereka mengeluarkan kesemua tenaga mereka, akhirnya mereka berjaya keluar dari bangunan yang di penuhi dengan zombie itu.

"Yeahhh!!! Akhirnya kita keluar juga dari bangunan berpuaka tu.." Ujar seungmin.

"YEAHHH!!"

Mereka semua berpelukan antara satu sama lain kerana terlampau gembira. Felix yang leka memandang keadaan sekeliling itu secara tidak sengaja telah terpandang ke arah bangunan itu.

"Po..po..po.."

"Kau kenapa felix??" Tanya seongwoo.

"Po..po..po.."

"Kau ni dari tadi asyik cakap po po po.. Po apa??" Bentak seungmin.

"Po.. POCONGGGGGGGGGG!!!!!!

BERSAMBUNG..

[✔]Haunted Holiday [StrayKids Ft. Victon]Where stories live. Discover now