Bangchan menangkap torch light yang dicampak oleh woojin lalu menyuluh kearah benda yang dihempapnya itu.
"Po..po..po..POCONGGGGGGG!!!!" Bangchan menjerit sekuat hati sehingga nak terkeluar anak tekaknya.
Oleh kerana mengalami kejutan yang ekstrim, bangchan serta merta menyepak pocong itu hingga tersangkut di tingkap dan hanya menunggu masa untuk jatuh ke bawah.
"Semoga anda berbahagia di alam sana~" Jisung menolak pocong yang tersangkut itu hingga jatuh ke tingkat bawah tanpa rasa bersalah.
Setelah pocong itu jatuh ke tingkat bawah, mereka semua menyerbu ke tingkap untuk melihat keadaan pocong itu.
"Wehh korang, agak-agak korang lah kan.. Pocong tu hidup lagi tak??" Soal heochan.
"Kalau aku kata kau bodoh kau marah... Dah namanya pocong mesti lah dah mati!! Mana ada kat dunia ni pocong boleh hidup balik??" Kata seungsik dengan penuh emosi.
"Ada lah.. Kat dalam citer Tanah kubur tu ada jer pocong yang hidup balik.." Kata Heochan yang tidak mahu mengalah.
"Pocong yang hidup balik tu semua adalah orang-orang yang ada bela saka.. Cam korang lah.. Esok kalau korang mati nanti cam tu lah.. Hidup segan mati tak mau.." Felix mula mencela.
"Lix.. Aku rasa kau tu yang bela saka.. Orang makan nasi dua pinggan.. Kau pulak makan nasi tujuh pinggan." Ujar subin.
"Felix.. Felix... Tak sangka kau ni orang munafik.. Tak cium bau syurga kau nanti.." Tambah jisung.
"Ehh korang ni.. Sesedap macaron jer korang nak tuduh-tuduh aku bela saka.. Tak nak kawan korang!!" Felix mula merajuk.
"Lantak kau lah felix.. Malas aku nak layan perangai baik kau tu.." Kata subin.
Ketika mereka semua sibuk melihat keadaan pocong yang telah mati untuk kali ke 2, woojin yang sedang sibuk menyuluh ke sekeliling kawasan itu terkejut beruk apabila melihat objek berbentuk seperti bantal guling bergelimpangan di atas lantai di sekeliling mereka.
"Oh mak jyp cantik!!" Woojin melatah kerana terkejut.
"Hyung ni dah kenapa?? Tak ada angin tak ada ribut tetiba jer melatah tak tentu pasal.." Tanya jeongin.
"Ta..tak ada apa.. Saja jer.. Hehehehe.." Balas woojin.
"Ermm felix.. Boleh tak kau suluh kat lantai??" Kata woojin lalu menghulurkan torch light kepada felix.
"Ok.." Felix yang tidak tahu niat sebenar woojin itu terus menyuluh kearah lantai seperti yang diarahkan oleh woojin.
"Huarrghhhhh!!!!! BANYAKNYA POCONGGGGGGGGG!!!!!!!" Felix menjerit sekuat hati setelah melihat kearah lantai.
"HUAARRGHHHHHH!!!" Kesemua member stray victon turut menjerit kerana sama-sama melihat apa yang dilihat oleh felix dan woojin.
"Cam mana kat sini tiba-tiba banyak pocong pulak?? Tadi tak ada pun.." Soal seungsik.
"Mana lah aku tau!!" Balas Heochan.
"Weh korang tengok tu.. Kat sana ada pintu.. Jom kita keluar dari sini.." Ujar minho.
"Cam mana kita nak keluar?? Kau tak nampak ke yang lantai ni penuh dengan pocong-pocong nakharom ni.." Kata Byungchan sambil menyepak- nyepak pocong yang terbaring berhampiran di kakinya.
"Alah.. Kita terjah jer lah!!" Seongwoo menerjah lalu memijak pocong-pocong yang bergelimpangan di lantai tanpa belas kasihan demi untuk menyelamatkan dirinya.
"Korang tunggu apa lagi?? Cepat lah ke sini!!" Kini seongwoo sudah berada di pintu keluar ruangan itu.
Mereka semua satu per satu mula berlari dan menerjah lautan pocong untuk sampai pergi ke arah seongwoo yang sudah menunggu di pintu keluar.
Kedebukk!!
Hanse tiba-tiba terjatuh kerana tersandung sesuatu. Secara tidak sengaja, Hanse telah tercium bibir salah satu pocong yang bergelimpangan di atas lantai.
"Huarghh!!! First kiss aku!! Tak guna kau tenok!!" Hanse meninju pocong tersebut tanpa belas kasihan.
"Woii hanse!! Cepat lah lari!! Nanti pocong tu bangun baru tau.." Kata seungsik.
"Omma!!" Hanse lari lintang pukang setelah mendengar kata-kata seungsik.
Kini, kesemua stray victon telah pun berjaya keluar dari ruangan yang dipenuhi dengan pocong itu kecuali Felix.
"Lix!! Tunggu apa lagi?? Cepat lah ke sini!!" Arah seungmin.
"Wehh korang.. A..aku takut lah!! Korang tahu kan yang aku ni takut pocong.. "
"Kau pikir kau sorang jer yang takut?? Ehh aku pun takut jugak tau.." Kata byungchan.
"Lix!! Cepat lah keluar dari tempat tu.. " ujar Subin.
"Tapi~"
"Lee felix, kalau kau tak nak keluar dari situ.. Aku ambik changbin hyung.." Kata hyunjin lalu merangkul tangannya di bahu changbin.
"Andwae??!!! Binnie hyung aku punya lah setan!!"
"Kalau changbin hyung ni kau punya, meh lah ke sini.." Kata hyunjin sambil bergesel-gesel di badan changbin.
Api kemarahan yang ada di dalam diri felix mula menguasai dirinya. Perasaan takut terhadap pocong mula hilang perlahan-lahan.
Demi mempertahankan haknya terhadap changbin, felix menggagahkan diri menerjah lautan yang dipenuhi dengan pocong walaupun perasaan takut masih tersisa di hatinya.
"Tateh.. Tateh.. Alah felix pandai.. Tateh.. Tateh.." Kata Bangchan seperti memberi semangat kepada bayi yang baru belajar berjalan.
Setelah mengambil masa 10 minit, akhirnya felix berjaya keluar dari tempat itu.
"Aigoo.. Pandainya anak appa belajar berjalan.. " bangchan mengusap kepala felix.
"Tak guna punya hyung.." Felix memandang tajam kearah bangchan yang tak habis-habis menganggap dirinya seorang bayi.
"Alololo.. Comelnya anak omma.. Meh omma cubit pipi tu cikit.." Byungchan yang berperanan sebagai omma mula mencubit pipi felix seperti menguli doh roti.
"Apa ni?? Sakitlah!!" Felix menepis tangan byungchan dengan kasar.
"Aip aip!! Omma tak pernah ajar baby felix buat macam tu.." Kata byungchan dengan nada yang lembut.
"Baby felix?? Wakakakakaka!!!"
Mereka semua ketawa terbahak-bahak sejurus byungchan memanggil felix dengan nama baby felix.
"Hahh ketawa lah puas-puas selagi korang masih boleh hidup.." Kata felix dengan penuh rasa geram.
"Alololo.. Baby felix marah lah.." Ujar jisung.
"Ehh natang bodoh ni.." Felix memandang tajam kearah jisung.
"Weh korang.. Jom lah kita cari jalan keluar dari sini cepat sebelum pocong-pocong tu bangun.." Kata seungsik.
"Jom!!"
BERSAMBUNG..
YOU ARE READING
[✔]Haunted Holiday [StrayKids Ft. Victon]
HorreurBercuti bersama rakan-rakan adalah merupakan hal yang menyeronokkan. Namun disebabkan berlakunya satu tragedi yang tidak diinginkan, segalanya telah berubah dalam sekelip mata. ◉‿◉ CERITA INI DIADAPTASI OLEH THAILAND MOVIE MAKE ME SHUDDER◉‿◉