"Po..po..po.."
"Kau ni dari tadi asyik cakap po po po.. Po apa??" Bentak seungmin.
"Po.. POCONGGGGGGGGGG!!!!!!
"Apa?? pocong??!! Ma.. Mana pocong tu??" Tanya subin sambil memandang kekiri dan kekanan.
"A.. Atas tu!!" Felix menunjuk kearah bangunan itu.
Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat banyak pocong tergantung di seluruh bangunan itu.
"Seungmin.. Sung takut!!" Jisung memeluk badan seungmin dengan begitu erat sehingga siput jadian itu tidak boleh bernafas.
"Le.. Lepaskan aku!! Oksigen!! Oksigen!!" Muka seungmin mula membiru kerana tidak mendapat cukup oksigen.
"Yah!!! Han jisung!!" Minho yang berada berhampiran mereka segera menarik jisung ke tepi.
"Akhirnya~" seungmin segera menyedut segala oksigen yang ada untuk menstabilkan sistem pernafasannya.
"Apa ni hyung.. Orang nak peluk seungmin pun tak boleh.."
"Ehh jisung... Kalau kau nak peluk seungmin peluk lah.. Masalahnya sekarang ni kau peluk budak tu kuat sangat sampai budak tu hampir mati sebab tak cukup oksigen.." Bebel minho.
"Oh ye ke?? Hehehehe.." Jisung hanya memberi sengihan tupainya kepada minho.
"Korang!! Jom kita pergi dari sini cepat.. Aku takut kalau~"
"Kalau apa changbin??" Soal seongwoo.
"Kalau po.. Pocong tu turun pastu kejar~"
Belum sempat changbin menghabiskan ayatnya, bangchan tiba-tiba menjerit seperti orang terkena histeria.
"Wehh korang!!! Lari oii lari!! Pocong tu kejar kita oii!!!" Jerit bangchan sambil lari meninggalkan rakan-rakannya.
"Po..pocong??!!"
Mereka semua sempat menoleh ke arah bangunan itu. Mereka semua terkejut beruk apabila kesemua pocong yang tadinya tergantung di atas bangunan itu satu persatu mula jatuh ke bawah lalu melompat kearah mereka.
"Cabut oii cabut!!" Jerit heochan.
Mereka semua lari lintang pukang untuk menyelamatkan diri daripada pocong-pocong itu sehingga mereka berhenti di tepi pantai.
"Wehh korang.. Cam mana ni?? Kita dah terkandas kat tepi pantai ni.." Tanya byungchan.
"Kau diam boleh tak??!! Aku tengah fikir ni!!" Bentak heochan.
"Apa yang kau fikir-fikir hah?? Fikir cam mana nak jawab soalan kat kubur nanti??!" Kali ni giliran sejun pula membentak heochan.
"Kau ni!!" Heochan mahu saja melumurkan cili ke mulut sejun yang celopar itu namun dia terpaksa menyimpan hasratnya kerana di situ tiada cili.
Kini, mereka semua telah terkandas di tepi pantai. Mereka tidak dapat untuk melarikan diri lagi kerana mereka telah di kepung oleh pocong-pocong yang mengejar mereka tadi.
"Ehh pocong!! Apa yang kau nak dari kitorang hah??!! Kitorang tak kacau kau pon!! So kau tak payah lah nak kacau kitorang!!" Minho mula membentak pocong-pocong itu.
Sejurus minho membentak pocong-pocong itu, pocong-pocong itu mula ketepi seperti memberi laluan kepada seseorang.
"Wahh.. Hebatnya hyung.. Sekali tengking jer pocong-pocong tu terus bagi kita laluan.." Puji jeongin kepada minho.
"Tengok lah sapa.. Ni leeknow tau!!" Minho mula bersikap riak.
"Aku tak rasa pocong-pocong tu semua bagi kita laluan.." Ujar woojin.
"Maksud kau??" Soal hanse.
Tiba-tiba sebuah bungkusan berwarna merah yang berbentuk seakan-akan pocong itu mula muncul di sebalik gerombolan pocong itu.
"Bantal peluk apa pulak lah yang datang ni??" Kata heochan.
"Aikk?? Asal pocong tu warna merah?? Masa dia nak kena tanam tu tok imam simbah cat merah ke sampai kain kapan dia warna merah??" Bangchan memandang pocong yang berwarna merah itu dengan pelik.
"Oii Encik abang yang berwarna merah tu.. Kau sapa ekk?? Asal kain kapan kau warna merah?? By the way kain kapan kau cantik.. Kalau buat baju raya confirm nampak tip top!!" Kata hyunjin kepada pocong yang berwarna merah itu.
"Aku adalah raja pocong.. Sebab tu lah warna kain kapan aku warna merah.." Kata raja pocong itu.
"Ohhh.. Raja pocong rupanya.."
"Kenapa korang ada kat sini??! Ini bukan dunia korang!!"
"Hahh?? Bukan dunia kitorang?? Habis tu ni dunia apa?? Dunia bantal peluk??" Tanya seungsik kepada raja pocong itu.
"Ini adalah dunia kematian.. Bukan dunia bantal peluk yang macam korang cakap tu!!" Jawab raja pocong.
"What?? Du.. Dunia kematian?? Ja.. Jadi kitorang semua ni dah ma~"
Belum sempat felix menghabiskan ayatnya, raja pocong itu pun mula bersuara kembali.
"Mati?? Ya.. Memang korang semua dah mati.. Tapi korang semua masih ada peluang untuk hidup kembali.."
"Seriously?? Cam mana??" Soal bangchan.
"Macam ni~"
Tiba-tiba, air pantai mula surut dengan begitu mendadak. Semua ikan-ikan di laut mula naik ke darat satu demi satu.
"Oii pocong.. Kau nak buat apa ni??" Tanya heochan kepada raja pocong itu.
"Buat apa lagi.. Hantar korang semua balik tempat asal korang lah.." Balas raja pocong itu.
"Te..tempat asal??"
Tiba-tiba, air laut yang berukuran setinggi pokok kelapa mula meluru kearah mereka denga kelajuan maksimum.
"Je.. Je.. Je.. JEON SOMI!!!!" Jerit bangchan.
"Tu bukan jeon somi bahalol!! Tu tsunami!!!" Woojin sempat lagi membetulkan kesalahan bangchan.
"ARRGGGGGHHHHHHHH!!!!!!"
Mereka semua lari lintang pukang untuk menghindari daripada terkena ombak tsunami namun usaha mereka sia-sia apabila ombak tsunami telah menelan mereka semua.
"KORANG!!! PEGANG TANGAN MASING-MASING!!! JANGAN SAMPAI TERPISAH!!" Arah seongwoo.
Mereka semua saling berpegangan antara satu sama lain. Namun oleh kerana arus terlampau deras, mereka semua telah pun terpisah antara satu sama lain.
BERSAMBUNG..
YOU ARE READING
[✔]Haunted Holiday [StrayKids Ft. Victon]
TerrorBercuti bersama rakan-rakan adalah merupakan hal yang menyeronokkan. Namun disebabkan berlakunya satu tragedi yang tidak diinginkan, segalanya telah berubah dalam sekelip mata. ◉‿◉ CERITA INI DIADAPTASI OLEH THAILAND MOVIE MAKE ME SHUDDER◉‿◉