"Mana diorang ni!! Cakap pukul 7 dah kena ada kat depan sekolah.. Tapi tak sampai-sampai.. ??" Heochan mundar-mandir tak tentu arah sambil mulutnya kumat-kamit membebel tak tentu pasal.
"Alahh hyung Relaks aah.. Kejap lagi mayat hidup tu sampai lah.. Hyung tu cam tak paham-paham perangai diorang tu.." ujar subin.
"Sebenarnya sapa-sapa jer yang tak sampai lagi??" Tanya felix yang sedang duduk bersila di tepi pagar sambil menikmati nasi lemak sambal kerang yang dibelinya di warung mak siti.
"Mengikut dalam senarai kehadiran, yang tak sampai-sampai lagi ni cuma budak-budak pentagon jer.." jawab seungsik sambil melihat senarai kehadiran.
"Haishh budak-budak pentagon ni..bila lah nak sampai.. Aku dah tak sabar ni nak pergi mandi pantai.." kata byungchan.
"Kau tak sabar nak mandi pantai ke atau tak sabar nak tengok awek bikini??" Tanya bangchan sambil tersenyum jahat.
"Ma.. Mana ada!!! Kau ni pandai-pandai jer.. Entah-entah kau tu yang nak sangat tengok awek bikini kat sana.." Balas byungchan.
"Ehh kau!! Tu semua fitnah belaka!! Aku ni budak baik tau!!" Bangchan menafikan dengan sekeras-kerasnya.
"Cehh.. Budak baik lah sangat.. Kalau kau budak baik, asal hari tu kau pergi pancitkan kereta cikgu Abu pastu kau siap lukis kepala botak dia kat cermin kereta dia tu hah??" kata woojin.
"Hhehehehe.." bangchan tersengih akibat malu.
"Hahahaha!! Padan muka kau!! Buekk!!" byungchan menjelirkan lidahnya kearah bangchan.
"Kau tak payah nak mengata orang sangat.. Kau dengan bangchan sama jer.. Nakal tak bertempat.." Seongwoo memandang tajam kearah byungchan.
Byungchan serta merta menundukkan kepalanya kerana tidak mahu bertatapan dengan seongwoo.
"Wehh!! Sekarang ni dah pukul 7:20.. Diorang tak sampai-sampai lagi?? Cam mana ni??" Jisung menggelabah melihat jam tangannya yang menunjukkan pukul 7:20.
"Cam mana apanya.. Kita tunggu jer lah diorang.." Balas hanse sambil menyumbat keropok kedalam mulutnya.
"Oii jilake.. Sikit keropok!!'' jerit byungchan.
"Nama aku hanse lah!! Bukan jilake!!" protes hanse.
"Ahh!! Lantak ahh nama kau hanse ke jilake ke.. Janji aku nak sikit keropok yang kau makan tu!" byungchan merampas plastik yang berisi keropok dari tangan hanse.
"Seungsik hyung!!! Tengok byungchan tu!! Dia ambil keropok kita!!" Hanse menghentak-hentak kakinya ke tanah sambil mengadu kepada seungsik.
"Alah kau bagi jer lah keropok tu kat budak byungchan tu.. Dia tu kan kurang makan... Tu pasal badan dia keding cam tengkorak hidup.." Seungsik mula mengeluarkan kata-kata sepedas cili api.
"Nakharom betol orang tua ni.." Byungchan menjeling tajam kearah seungsik.
"Oii tenok.. Sikit keropok.." Bangchan mengambil keropok yang berada di tangan byungchan yang sibuk menyumpah serana seungsik lalu menghabiskannya seorang diri.
"Haii korang!!! Sorry kitorang lambat!!" Ujar Kino yang baru saja tiba bersama-sama dengan 5 orang rakannya.
"Ehh?? Asal korang ada 6 orang jer?? Mana yang lain??" tanya minho.
"Yang lain ada kat rumah.. Masing-masing tengah buat coklat liat.." Jawab Hongseok.
"Bunyi cam sedap jer.. Nak sikit!!" kata byungchan.
"Ehh byungchan.. Kau tau tak tu benda apa??" Soal heochan.
"Tak tahu." byungchan mengangkat sedikit bahunya.
"Tu taik lah pandai!! Kau nak ke makan taik budak-budak pentagon tu??"
"Apa?? Taik?? Euww tak nak lah!! Jijiks!!!" balas Byungchan.
"Bodoh ahh heochan hyung ni!! Time aku tengah makan kuih koci ni jugak lah kau nak sebut pasal nakharom taik tu!!" Marah hyunjin.
"Alah sorry lah.. Mana lah aku tau yang kau tengah makan kuih koci.. Lagipun kau makan kuih koci tak ajak aku.. Sampai hati!! " Heochan mula membuat drama sedih.
"Wehh korang.. Cam mana boleh jadi cam tu??" Tanya minho kepada member pentagon.
"Ni semua Hui punya pasal lah.. Konon-konon nak buat tom yam gong pedas.. Tapi lain pulak jadinya.." Kata jinho dengan penuh geram.
"Bunyi cam parah jer.. Berapa kilo cili dia letak kat tom yam tu??" Tanya seungmin.
"Mula-mula Hui hyung letak 3 kilo cili padi.. Pastu dia kata tak berapa nak pedas.. Oleh sebab tak berapa nak pedas, hui hyung pun order lah 1 lori cili padi pastu masukkan kat tom yam yang dia masak tu.. hah!! Tu pasal member kitorang mencirit membuta tuli kat jamban.." Yan An menceritakan apa yang berlaku dari A sampai Z..
"Betul tu!!" Tambah E'dawn.
"Weh E'dawn.. Asal muka kau cam tomato busuk?? Merah semacam jer??..x" Soal seongwoo.
"Ni lah salah satu kesan makan tom yam gong buatan hui hyung.." ujar Wooseok.
"Kesian korang~" kesemua stray kids dan juga victon masing-masing meluahkan rasa simpatinya dengan apa yang berlaku terhadap pentagon.
"Wehh korang.. Korang semua pergilah kat pantai tu dulu.. Nanti kita jumpa kat sana.. Lagipun kitorang tak boleh pergi tanpa leader bangang kitorang tu." ujar kino.
"Sokay.. Kitorang paham.." Balas woojin.
"Ok lah kitorang pergi dulu.. Jumpa kat pantai nanti!!" Ucap Straykids dan victon.
"NAE!!"
BERSAMBUNG..
YOU ARE READING
[✔]Haunted Holiday [StrayKids Ft. Victon]
TerrorBercuti bersama rakan-rakan adalah merupakan hal yang menyeronokkan. Namun disebabkan berlakunya satu tragedi yang tidak diinginkan, segalanya telah berubah dalam sekelip mata. ◉‿◉ CERITA INI DIADAPTASI OLEH THAILAND MOVIE MAKE ME SHUDDER◉‿◉