DERINGAN telifon Syed Alhadi berbunyi. Dia mengeluh kenapalah Izyan ni tak faham-faham bahasa. Dia penat melayan kerenah perempuan yang satu ni.
"Alhadi if you have to go and attend to matters, please do so." Falisha bersuara kerana dia perhatikan daripada tadi telifon bosnya asyik berbunyi.
"Kan bagus you call me by name, I suka dengar you panggil I macam tu. Please don't change ok. Telifon ni biasa lah tak ada yang lebih important daripada you." Falisha yang dengar tutur kata Alhadi tersedak. Ish kenapalah Alhadi ni, semacam je cakap. Please hati don't be too easy falling, you should be more hati-hati and please Encik Syed Alhadi is your boss. Falisha mempercepatkan langkahnya menghampiri Yusnita dengan Abang Shahrul.
"Abanggg, rindu dekat Lisha tak?" Dia sudah menyalam Shahrul.
"Tengok ni adik abang ni ngada-ngada lebih." Yusnita sudah mencuit hidung Falisha. Falisha hanya tersengih. Syed Alhadi yang memandang memuji kemanjaan Falisha.
"Abang kenalkan ni bos baru Nita dan Lisha, Encik Syed Alhadi." Syed Alhadi bersalaman dengan Shahrul.
"Janganlah berencik-encik, panggil saja Syed nak panggil Alhadi pun boleh."
"Tak apa ke bos? "Yusnita bertanya.
"Saya lebih selesa anggaplah saya ni macam kawan."
"Kalau macam tu kita panggil Alhadi je la ok." Shahrul pula bersuara. Memang orangnya kelihatan sangat kacak dan sangat kena kalau dipadankan dengan Falisha. Padanya sudah masanya Falisha mendirikan rumahtangga dan berbahagia seperti orang lain. Pandai isterinya memilih calon suami untuk Falisha.
Syed Alhadi sudah tersenyum baginya ini adalah permulaan yang baik. Dia harus mengenali hati budi orang-orang yang menyayangi Falisha. Setelah penat membeli belah, mereka berlalu ke TWG kerana itulah kedai kegemaran Falisha. Mereka memesan minuman dan sedikit cookies and cakes. Sedang asyik berborak dan ketawa sambil menikmati assorted cakes, Falisha terasa seperti hujung jari Alhadi menyentuh tepi bibirnya. Dia segera menoleh namun Alhadi tetap dengan kelakuannya membersihkan tepi mulut Falisha yang comot kerana terkena cake.
"Awak makan cake kenapa comot ni." Shahrul dan Yusnita hanya membiarkan Alhadi berbuat gitu, kelihatan Yusnita tersenyum dengan muka terkejut Falisha. Yusnita mengeluarkan iphone 8 nya dan mula mengambil gambar Falisha dan Syed Alhadi yang dalam keadaan yang candid dan comel.
"LISHA! Tak sangka you berkelakuan macam ni, sangat cepat you cari pengganti I nya." Falisha yang terperanjat kerana kedengaran suara kasar memanggil nama nya menoleh ke belakang. Kelihatan Faizal sedang berdiri dibelakangnya dengan wajah yang sangat marah.
"Apa yang you merepek ni Faizal? There's no need to make a scene here." Dia geram dengan perangai Faizal yang meninggikan suaranya. Walaupun di dalam kedai itu tidak ada sesiapa kecuali mereka namun dia tetap tidak mahu Faizal berbuat begitu.
YOU ARE READING
Kekasih Hati
Romance"Jangan mudah bermain dengan kata-kata dan janji jikalau tidak boleh ditepati, Syed Alhadi Tan Sri Arshad." "Berilah saya peluang untuk menunjukkan keikhlasan hati dan perasaan saya terhadap awak." Falisha memandang wajah Alhadi yang kelihatan bersu...