FALISHA memandang Faizal yang ada di depan matanya. Masih adakah perasaan cinta untuk lelaki ini. Selepas Faizal tidak mahu bangun dari tempat dia melutut, Falisha menyarankan agar mereka berbincang di tempat lain. Falisha tidak mempunyai sembarang pilihan kerana ramai kakitangan menyasikkan sandiwara Faizal. Dia memilih sebuah coffee house yang berdekatan dengan ofis nya.
"So cakap la apa yang you nak explain sangat." Falisha berkata. Dia malas hendak berada lama disitu.
"I dengan Melisa tak ada apa-apa hubungan. Kami cuma kawan biasa. You salah anggap Lisha." Falisha yang mendengar kata-kata itu sudah mentertawakan Faizal.
"Are you serious Faizal, you still think you boleh bodoh-bodohkan I macam mana you buat selama ni?"
"I dengan Melisa we are close friends, dia model dekat tempat my mum's boutique so on and off memang we will go shopping and makan bersama. Trust me it's all friends and nothing more than that. You pun tahu I only got you Lisha. You are the only one that matters." Faizal sudah mencapai tangan Falisha. Falisha menepis tangan Faizal.
"I've known you too well Faizal, however I choose to keep quiet about it. In fact, Melisa is not the first one. You have plenty of chances Faizal and I think you should stop doing this." Faizal mengeluh.
"Come on Falisha, I nak kita macam dulu bersama I promise you won't regret it. Kita bersama for 2 years takkan macam gitu je you nak buang I dari hidup you. We can work this out I just need you to be on my team and support me. I need you in my life Falisha, for the first time I rasa kehilangan sangat and I didn't know the direction of my life. Please Falisha jangan buat I macam ni. Let's get back together and I akan hantar my parents to masuk mintak you Lisha. I nak jadikan you isteri I yang sah and I want to concentrate of rebuilding my life together with you. Please let me." Faizal merayu dia sanggup melutut janji Falisha kembali ke pangkuan nya. Falisha hanya memandang Faizal, dia berasa sangat sedih melihat insan yang pernah dia sayang sepenuh hati merayu untuk dia memberi peluang yang terakhir. Kejam kah dia kerana tidak memberi peluang terakhir.
Falisha terkedu dengan kata-kata Faizal. Benda yang dia selalu harapkan daripada Faizal adalah untuk dia menghalalkan hubungan mereka. Gembirakah dia? Terharukah dia kerana akhirnya Allah membuka pintu hati Faizal untuk berubah dan kabulkan doa nya selama ini. Falisha keliru dan matanya sedikit berair.
"Let me think give me some time. I masih terluka dengan perbuatan you Faizal. I won't promise you anything but give me some space to heal and accept you back in my life, maybe."
"Ok dear whatever you ask for as long as you kembali semula pada I. I janji I akan berubah and kita kahwin ok." Faizal sudah mencapai tangan Falisha. Falisha menarik tangan nya dan mengambil bag Chanel nya.
"Ok la Faizal I have got to go."
"Nanti I call you ok, hati-hati pandu kereta." Falisha hanya berlalu dia malas hendak menegah Faizal. Dia sendiri keliru dengan perasaan nya sendiri. Dia masuk ke dalam kereta dan mula memandu.
MELISA menelifon Faizal berulang kali tetapi tidak dijawab. Dia mencampakkan telifon bimbitnya di atas katil. Dia risau jikalau Faizal patah balik dengan Falisha kerana dia tahu Faizal memang susah untuk melupakan Falisha. Dia tidak boleh diamkan diri dia harus merebut Faizal daripada Falisha. Dia sudah memberikan segalanya untuk Faizal termasuk harga dirinya sendiri, mereka telah terlanjur mula-mula rasa sangat berdosa namun selepas sekali dua perkara itu seperti sudah menjadi biasa.
Dia mencapai telifon bimbitnya dan mula mengugut Faizal.
'You better answer my calls before I call your ex yang you sayang sangat tu.' Dia pasti Faizal akan menelifon nya dan memang betul telifon nya berbunyi dengan pantas dia menjawab.
"Sayang kenapa I call you banyak kali you tak angkat?" Melisa sudah merengek di telifon.
"Sorry yang I busy tadi banyak kerja dekat ofis." Faizal menipu. Dia tahu dia tidak boleh silap langkah kerana dia pasti Melisa akan berani untuk menyerang Falisha. Dia tidak mahu Falisha berubah hati lagi, dia kene berhati-hati.
"Betul ke? I call ofis mereka kata hari ni you cuti. You jumpa ex you ke?" Melisa sengaja menduga.
"Tak ada lah saya kat luar ni nak jogging. Ok la nanti I call you." Belum sempat Melisa berkata apa-apa, Faizal sudah pun meletakkan telifon. Melisa menahan geram tetapi sedikit lega kerana dia dapat berbicara dengan Faizal walaupun dia masih curiga dengan kejujuran Faizal. Dia tahu bahawa Faizal memang kaki perempuan namun dia tahu selama dia dengan Faizal, Faizal tidak pernah keluar dengan perempuan lain. Walaupun dia tahu Faizal sebenarnya memang mempunyai teman wanita namun dia tekad untuk terus membuat hubungan dengan Faizal.
YOU ARE READING
Kekasih Hati
Romance"Jangan mudah bermain dengan kata-kata dan janji jikalau tidak boleh ditepati, Syed Alhadi Tan Sri Arshad." "Berilah saya peluang untuk menunjukkan keikhlasan hati dan perasaan saya terhadap awak." Falisha memandang wajah Alhadi yang kelihatan bersu...