11

217 2 0
                                    

YUSNITA bergegas ke bilik Falisha selepas panggilan dari Amelia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

YUSNITA bergegas ke bilik Falisha selepas panggilan dari Amelia. Katanya Amelia wajah Falisha kelihatan sangat teruk.

"Kau ok ke Falisha?" Falisha terkejut dia sedang mengemaskan semua kertas-kertas kerja dan juga laptop nya. Dia ingin bekerja dari rumah sahaja untuk beberapa hari. Sakit kepala nya terasa sangat.

"Aku ok cuma pening sikit." Falisha sebolehnya mahu sembunyikan wajahnya kerana nampak sangat dia menangis dan pipi nya masih kemerahan kesan tamparan Izyan.

"Pandang aku kenapa dengan pipi kau yang merah ni?" Yusnita terperanjat memandang wajah Falisha yang putih itu kemerahan.

"Aku tadi terlanggar dinding bila nak ke bilik bos."

"Kalau kau nak tipu aku pun agak-agaklah, aku kenal kau da berapa lama eh." Falisha hanya mengetap bibir. Yusnita kesian melihat wanita yang berada di depannya itu tidak pernah terlepas dari masalah. Dia sebenarnya sudah mendengar apa yang terjadi daripada Kak Shima PA nya. Maklumlah biliknya dengan bos nya itu bukannye jauh sangat.

"Aku tahu la apa yang jadi. Kau jangan fikir sangat, balik dan berehat la ok. Boleh ke kau memandu ni?" Falisha menganggukkan kepala nya.

"Yus aku nak ambil cuti untuk beberapa hari. Aku nak rehatkan minda la penat sangat ni."

"Pergilah maybe you can use a short get away, I will call you if there's anything."

Falisha melangkah sambil memeluk Yusnita. Dia amat terharu dengan keprihatinan Yusnita selama ini.

"Da la tu tak nak la sedih-sedih macam ni, you will always have me in good and bad times. I will be your sister that you never had." Yusnita mengusap dahi Falisha, seperti memujuk anak kecil.

"Thank you for always being there."

Syed Alhadi melangkah ke bilik Falisha untuk mendapatkan gadis itu. Dia ingin memujuk dan membetulkan keadaan dia tidak mahu gadis itu menyalah erti tentang hubungannya dengan Izyan.

"Amelia, saya nak jumpa Falisha." Amelia yang sedang meneliti kertas kerjanya terhenti.

"Bos, Cik Falisha baru sahaja keluar untuk pulang ke rumah dia pun apply cuti untuk beberapa hari." Tanpa mengatakan apa-apa, Syed berlari. Dia ingin mendapatkan Falisha. Dia berlari keluar dan menekan butang lif. Dia bergegas keluar dari lif dan pergi ke tempat letak kereta. Dia menarik nafas lega kerana dia ternampak kelibat Falisha sedang membuka pintu keretanya dan sudah mahu mengidupkan enjin kereta nya.

"Falisha! Nanti dulu." Alhadi sudah berlari untuk ke kereta Falisha.

Falisha yang menoleh nampak Alhadi menuju ke arahnya dengan cepat dia menutup pintu keretanya dan move off. Dia tidak ingin mendengar apa-apa alasan daripada lelaki yang bernama SYED ALHADI! Hatinya terasa sangat sakit hanya dengan memandang wajah lelaki itu. Tidak pernah sebelum ini dia dihina begitu.

Syed Alhadi terhenti dan terus memandang kereta Falisha berlalu. Ketahuilah dia bahawa Falisha amat memarahi nya. Kesal dia kerana tidak sempat menahan Falisha untuk mendengar penjelasannya.

Tanpa dia sedar Yusnita berdiri di belakangnya.

"Falisha senang untuk dipujuk." Alhadi menoleh kebelakang.

"Tak mungkin dia nak dengar penjelasan saya sebab dia sudah mula bencikan saya." Alhadi berkata dengan lemah.

"Da nak mengalah ke? Saya tahu hatinya macam mana, tidak mungkin dia membenci kepada seseorang yang dia da mula sayang." Alhadi yang menunduk dari tadi memandang ke arah Yusnita.

"Dia sayang saya ke?"

"Awak rasa dia akan merajuk membawa diri ke? Dia tidak akan ada reaksi seperti ini jikalau dia tidak sayang kepada awak. Awak sayangkan dia ke?" Yusnita saja ingin menduga.

"Saya sangat sayangkan Lisha, Yus. Tetapi semakin saya mendekatinya, semakin dia menjauhkan dirinya daripada saya. Saya takut jikalau saya terus mengejar dia akan rimas dan terus menghilang." Syed meraup mukanya.

"Lisha tu memang seorang yang tegas kalau tak masakan dia boleh menjadi seorang Finance director di syarikat awak. Namun awak juga kena tahu bahawa dia seorang yang manja sangat. Jadi Alhadi kenalah menunjukkan kesungguhan walaupun Alhadi terpaksa 'kidnap' dia. Saya percaya awak akan berjaya." Kata-kata Yusnita itu menambahkan keinginannya untuk terus berusaha untuk mendapatkan Falisha sekalipun dia terpaksa kena menculik Falisha seperti apa yang Yusnita katakan. Falisha tunggu saya sampai sayang! Dia terus melangkah ke keretanya, Yusnita pun hairan.

"Eh Alhadi awak nak pergi mana?" Yusnita sudah bertanya takut bos nya itu salah jalan.

"Saya nak pergi culik Falisha!'

Yusnita hanya ketawa dan menunjukkan thumbs up.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


IZYAN mengeluarkan kotak rokok dari beg tangan nya. Dia sangat marah kepada perempuan itu nampak sangat yang Alhadi memang menyayangi perempuan murah itu. Dia menghisap rokok dengan wajah yang menyinga. Dia tidak akan sesekali melepaskan Syed kepada perempuan itu. TIDAK AKAN.

"Eh kakak ada hal ke sampai merokok ni kalau Daddy nampak habis la you kena leter!" Melisa berkata.

"Diam boleh tak! Kakak kepala tengah serabut ni." Melisa pasti ada yang menganggu kakaknya itu. Dia tidak la rapat sangat dengan kakaknya kerana Izyan memang seorang yang panas baran.

"Apa yang buat kakak marah?"

"Adalah yang kau sibuk ni apa hal?! Pergi berambus la." Melisa melangkah pergi malas hendak melayan perangai kakaknya. Kalau Izyan sudah marah memang semua akan kena tempias. Daripada dia layan kakaknya lebih baik dia layan Whatsapp Haikal. Dia mesti terus menarik tumpuan dan perhatian Haikal supaya dia tidak ingat kepada perempuan yang bernama FALISHA. Dia mendegus kenapa lah susah sangat untuk Haikal melupakan perempuan itu.

 Dia mendegus kenapa lah susah sangat untuk Haikal melupakan perempuan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kekasih HatiWhere stories live. Discover now