tiga

6.3K 403 28
                                    

Satu chat whatsapp tidak dikenali masuk ke notifikasi hp miliknya. Dee membuka pesanan tersebut lalu mengdownload gambar yang di hantar oleh orang yang tidak dikenali itu.

Sebuah ayat yang di screenshoot.

Sebuah ayat yang di screenshoot

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


Dee gelak. Tidak perlu dipersoalkan siapa yang berada dalam perbualan itu. Dia sendiri sudah kenal siapa.

"Kalau aku memalukan sebab masih cintakan lelaki yang terang terang dah campak aku , kau lebih memalukan bila rampas kebahagian orang lain untuk ketamakan sendiri,"

Dee mencampak hpnya ke tepi sehingga terdengar permukaan hp bertemu dengan lantai. Sudah tidak dia pedulikan hp itu mahu retak atau tidak.

"Masih merenung nasib?" Tanpa kata kata aluan , Rafidah menerjah bilik tidurnya. Matanya singgap pada screen yang masih bernyala.

"Nasib lah phone kau tu bukan guna bateri yang boleh cabut , kalau tak confirm dah berterabur isi phone kau," Rafidah memerli Dee yang sedari tadi mengelamun menghadap tingkap.

"Aku tengok kau ni dah macam Kak Limah , dengan tak terurusnya. Dahlah rambut panjang. Lepastu biarkan terlepas,"

"Kau nak balik rumah keluarga kau?" Setelah beberapa minit menyepi , Dee mula tunjukkan responnya.

Dee berpaling lalu menghadap wajah Rafidah. Matanya kosong tanpa emosi tapi bibirnya mengukir sebuah senyuman.

"Aku ada keluarga lagi ke? Bukan mereka semua dah buang aku daripada mula aku berkahwin dengan Haikal?" Soalan di balas soalan. Dee kekal tersenyum walaupun air mata mula bergenang di tubir matanya.

"Dia janji dengan aku bila mak ayah aku buang aku. Dia akan setia dengan aku. Dia takkan buang aku , fid. Dia janji akan sentiasa disamping aku walaupun semua orang berpaling dari aku," Dee melepaskan keluhan berat. Dia memegang frame gambar perkahwinan mereka yang berada di sisi katil.

"Dia dah janji takkan duakan aku..."

Majlis perkahwinan mereka masih segar di ingatan Deelaila. Sebuah majlis yang sederhana tetapi penuh dengan tawa ria. Usikan serta kenakalan Haikal di majlis itu masih Dee ingati. Betapa hari itu merupakan hari dia bertukar status bujang kepada isteri Haikal.

"Daripada dulu aku bagitahu kau , jangan sesekali percayakan lelaki! Tengok kau sekarang ni! Dia tengah bersuka ria dengan bini baru dia tapi kau pula sibuk menangis ingatkan dia! Bila aku suruh kau duduk diam . Jangan bertindak melulu. Tapi kau buat juga! Kau nak sangat ke jadi janda ? Kalah dengan perempuan perampas macam tu? Kau...!" Rafidah berhenti bercakap. Wajahnya sungguh frust dengan sikap melulu kawannya itu.

Rafidah memandang kawan baiknya yang sudah tertunduk dari terus menatapnya.

"Puas ke hati kau sekarang bila kau minta cerai? Dah selesai ke segala isi hati kau bila kau nak dia ceraikan kau?"

Soalan demi soalan , tidak sepatah pun Deelaila mampu balas. Rafidah mengetap bibir , dia turut mengalirkan air mata.

"Aku benci tengok kau macam ni Dee! Kau bukan lemah. Kau bukan perempuan yang bagi orang lain bahagia atas derita kau!" Rafidah menggoncang bahu Dee dengan kuat. Semakin Dee berdiam diri , semakin sakit hati Rafidah.

"Aku .. terlambat fid," Dee menjawab dengan lemah. Segala tenaganya habis kerana menangis tanpa henti. Tubuhnya turut tidak bermaya kerana daripada semalam tidak diisi dengan makanan.

"Kau belum terlambat. Kau masih isteri dia yang sah... " mata Dee semakin layu.

"Dee?" Rafidah terkejut. Dia segera mendakap tubuh itu sebelum tumbang ke lantai kerana Dee berada di hujung katil.

"Dee!"

...

Sebaik saja Dee di masukkan ke dalam wad , Rafidah segera mendail nombor telefon Haikal.

"Assalamualaikum," Rafidah menjulingkan matanya ke atas. Berbulu telinga dia dengar suara Haikal.

"Kau ni bukan setakat teruk malah zalim pada isteri sendiri. Sanggup kau biarkan dia kelaparan dan lepastu kau tinggalkan dia macam tu je kan?" Tanpa jawab salam lelaki itu , mulut Rafidah berbicara seperti peluru berpandu. Tepat pada sasarannya.

"Saya.."

"Aku tak ingin nak dengar alasan lapuk kau. Baik kau datang sini , register untuk Dee sebagai ahli keluarga. Memandangkan dia masih isteri kau , takkan aku yang kawan nak buat semua tu kan?"

Rafidah cuba yang terbaik agar kata kata tidak terlalu kasar. Kalau boleh , segala jenis carutan yang dia belajar dia mahu keluarkan.

"See you , 씨발 (ssi-bal) !"  Sempat juga dia keluarkan satu perkataan kesat yang dia belajar dari drama Korea.

Tamat saja panggilan , Rafidah mengipas wajahnya.

"Arggh. Panas betul! Sabar fid! Sabar! Anak orang tu. Jangan buat kerja gila kau!" Sedaya upaya dia cuba padamkan api kemarahannya. Nak je dia upah orang untuk sakiti lelaki itu.

Rafidah mengangkat pandangannya apabila pintu bilik wad ditolak dari dalam. Rafidah mengucapkan terima kasih lalu segera masuk ke dalam bilik yang menempatkan Dee.

Matanya tertacap pada Dee yang merenung perutnya sambil mengusapnya.

"Aku tahu aku tak boleh menyalahi takdir , fid. Tapi kenapa sekarang?" Apabila mata mereka bertembung , pipi Dee sudah basah dengan air mata.

"Dee.."

"Kenapa lepas satu , satu lagi datang? Tak cukup ke dugaan yang aku terima? Kenapa aku diduga sekali lagi dengan perkara yang besar?"

"Aku tak nak.." Mata Rafidah membulat bila melihat Dee yang tiba tiba serius.

"Anak ni perlu dihapuskan. Dia patut mati! DIA PATUT MATI!!" Rafidah terkejut. Jantung Rafidah mengepam lebih laju apabila ayat itu keluar dari bibir Dee sentiasa.

"Astagfirullahhalazim! Dee! Bawa mengucap! Apa dosa bayi tu sampai kau nak bunuh dia?!"

Dee merentap saluran air yang masuk ke dalam badannya.

"Dia pembawa sial! Sebab dia , aku jadi macam ni!" Dee menjerit kuat. Dia mahu tunjukkan betapa bencinya dia terhadap kandungannya.

"Yang kau tengah cakap tu anak kau Dee! Sekalipun dia bawa sial! Dia tu darah daging kau sendiri!" Rafidah turut menjerit. Dia jadi bengang dengan sikap yang Dee tonjolkan sekarang. Lansung tidak nampak seperti orang yang ada akal untuk berfikir.

"Arghh!"

Dee terus terusan menangis.

"Aku kecewa dengan kau Dee. Sampai ke situ sekali kau fikir ," Rafidah menyuarakan rasa kecewanya. Rafidah segera menapak keluar dari bilik itu dengan lilangan air mata.

Dee menangis.

"Kau tak faham .. " Dia menekup wajahnya dengan kedua dua belah lututnya.

"Betul. Aku tak faham kau. Sebab aku tak kenal Dee yang depan mata aku ni. Dee yang aku kenal , takkan terfikir sampai macam tu sekali," Rafidah menggengam tombol pintu dengan kuat.

"Dee yang kau kenal dah mati! Kau boleh berambus sekarang!" Dia mati sejak tahu Haikal pilih perempuan lain berbanding dirinya. Dia tak kenal dirinya. Dan kerana itu , dia sudah tidak perlukan sesiapa dalam hidupnya

"Kalau itu yang kau nak, selamat tinggal," Hatinya berkecai saat menuturkan kata kata itu. Tapi , Dee sekalipun tidak mahu pandang Rafidah yang mula menjauh.

"Aku minta maaf , fid ..."

Inilah , pengakhiran ceritanya.















Bila menaip ni untuk kali yang ketujuh. Akhirnya dapat inspirasi daripada Encik K yang tengah mengecewakan diri ini bila dia chat dengan orang lain siap ber sayang / darling bagai. Peringatan yang selalu dapat daripada kawan dan keluarga :

"Jangan percayakan pasangan kau,"

Dan harini memang terjadi.

Saya minta maaf kerana jalan cerita yang tidak indah dan sempurna.

Unborn BabyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang