sepuluh

4K 364 38
                                    

Hampir tiga hari sepanjang ketiadaan Haikal , hp aku di katil lansung tidak berbunyi malah tidak bersentuh.

Sepanjang tiga hari itulah aku duduk menghadap komputer riba untuk melihat hadiah yang sesuai untuk Haikal memandangkan hari jadinya makin hampir.

"Awak buat apa?" Mahu gugur jantung aku apabila disergah sebegitu. Aku tersenyum lebar tatkala wajahnya menghiasi pandangan aku.

"Tak de apa. Cuma tengah berfikir ," Dia tidak menunjukkan bahawa dia tidak mahu melayan aku dan tidak pula dia tunjuk sikap acuh tidak acuhnya jadi aku bangun dan duduk di sebelahnya , atas katil.

Haikal sedang merehatkan tubuhnya sambil merenung gambar perkahwinan kami , mungkin.

"Fikir apa?" Dia bertanya dalam nada malas. Mungkin dia penat memandangkan dia baru saja pulang daripada kerja di luar negeri.

"Awak," Jawab aku dengan jujur. Tetapi dia kalihkan wajahnya menghadap aku dengan pandangan tidak percaya.

"Buat apa fikir tentang saya? Buang masa saja," Lidah aku kelu mendengar sinisnya suaranya. Tidak menyangka ayat yang keluar dari mulutnya boleh begitu menyakitkan.

Buang masa? Seorang isteri tidak layakkah memikirkan tentang suaminya?

Tanpa sedar aku mengeluh.

"Awak fikir apa tentang saya?" Sedar akan suasana janggal itu , mungkin juga sedar yang dia terlanjur kata.

"Hadiah untuk hari jadi awak ,". ' Tahan Deelaila . Takkan dia bersuara sinis sedikit kau sudah mahu menangis?'

"Tak perlu pun. Saya taknak apa-apa daripada awak..." Aku pantas bangun dan keluar dari bilik itu. Aku mahu keluar daripada rumah untuk mencari ketenangan diri.

Sakit hati aku pada masa itu tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Perasaan sensitif itu menyebabkan aku tak tahan dengar ayat yang keluar dari mulutnya.

Entah berapa jauh aku pergi , akhirnya kereta aku membelok ke arah kawasan lapang. Hampir sejam aku di dalam kereta , perasaan itu tetap juga ikut bersama.

Aku tidak lagi dapat tumpukan perhatian pada jalan raya dan akhirnya mengambil keputusan untuk ke taman.

Aku tidak tahu mana silapnya aku berjalan , apa yang aku lihat hanyalah warna hitam dan bentuk bentuk manusia. Telinga aku mula berdengung kuat dan terasa seperti tubuh aku melayang.

....

Haikal bergegas ke unit kecemasan. Nafasnya masih tidak teratur apabila dihentikan oleh pengawal keselamatan. Jantungnya berdegup dengan pantas.

"Ya Allah..." tubuhnya melurut jatuh. Dia menekup wajahnya dengan keadaan mencangkung.

Berita Deelaila dilanggar di tempat parking kereta umpama satu bom yang meletus dalam hatinya.

Sebaik saja pintu ditolak dari dalam , Haikal segera bangun. Seorang perempuan lengkap berpakaian baju doktor keluar .

"Keluarga Puan Deelaila?"

"Saya suaminya,"

"Mari ikut saya,"

Hampir berjam lamanya Haikal berdiri tegak di hadapan pintu bilik isterinya yang sudah dipindahkan dari unit kecemasan.

"Puan Deelaila mengalami kecederaan ringan tetapi hentakan kuat diperutnya mengakibatkan bayi dalam kandungan tidak dapat diselamatkan memandangkan usia kandungan dia baru saja mencecah tiga bulan sementara gangguan emosi puan juga amat membimbangkan,"

"masih belum ada bentuk rupa bayi"

Dia tidak tahu mahu memberikan reaksi apa. Terkejut , terluka , terkedu dan kecewa. Dia tidak pernah tahu akan kewujudan sinar bahagia yang bakal menghiasia rumah yang suram itu dengan tawa ria anak mereka.

Unborn BabyWhere stories live. Discover now