dua

6.5K 407 20
                                    


"You are perfect and
I know why you dont choose me,"


No one P.O.V

Sudah lenguh tangannya mendail nombor Deelaila tapi tiada satu pun yang diangkat. Daripada seawal jam lapan pagi dia pulang ke rumah dengan harapan isterinya akan gembira dengan kepulangannya.

Tetapi terbit rasa risau. Jantungnya tidak berhenti bedegup kencang kerana terlalu risaukan keselamatan isterinya.

Jam sudah menginjak angka satu pagi. Satu tarikh sudah berlalu tetapi bayang isterinya turut tidak kelihatan.

"Sayang pergi mana? Kenapa tak bagitahu abang? Abang risau tau..." Dengar saja enjin dimatikan , dia menyerbu perempuan itu. Termengah mengah Haikal mengutarakan soalan. Dia memegang lengan Dee dan mengepung tubuh itu untuk melepaskan diri.

Sebaik saja lihat wajah risau Haikal. Dee rasa empungan air matanya akan pecah.

Dasar pembohong!

Dia takkan sesekali tertipu lagi dengan wajah kasihan suaminya. Lelaki itu paling pandai menipu hingga dia ingat bahawa lelaki itu benar benar sudah berubah. Tetapi kenyataannya lelaki itu tak ubah seperti talam dua muka.

Dee tak sanggup tangannya disentuh oleh lelaki itu. Jijik!

Dan ternyata rentapannya membuatkan Haikal terkejut besar. Buat pertama kalinya Dee merentap tangannya.

"Dee.." Haikal bersuara perlahan. Dia terasa dengan layanan dingin Dee. Perempuan itu lansung tidak mahu memandangnya.

"Dont talk to me," Dee menolak Haikal yang menghalang laluannya.

Maaf fid , hati aku sakit sangat tengok Haikal yang buat macam tak de apa-apa berlaku.

Dee menahan esak tangisannya. Dia berlari ke tingkat atas tanpa menoleh pada Haikal yang kecewa dengan tingkah lakunya.

Kakinya melangkah ke bilik air lalu dikunci rapat pintu bilik air itu. Titisan hangat itu tidak berhenti mengalir.

Tabah.

Buat macam tiada apa-apa berlaku.

Jangan biarkan dia tahu kau terluka.

Berkali kali kata semangat dia titipkan untuk diri sendiri. Macam mana dia mahu redha sedangkan pakwe yang sebulan bersama pun boleh buat dia menangis bagai nak rak. Inikan pula yang bertahun lamanya bersama.

Dee membasuh wajahnya. Dia menarik nafas sedalam mungkin. Cuba menenangkan hati sendiri. Buka saja pun , Haikal tercegat di sebelah bilik air dengan wajah risaunya.

Tubuh Dee terus didakap dengan erat. Haikal mengusap rambut Dee penuh kasih.

"Abang tak tahu apa yang menimpa Dee. Tapi tolonglah , sekiranya Dee perlukan bahu , abang sentiasa ada dekat dengan Dee," Sekali lagi air matanya tumpah.

Bagaimana caranya dia mahu sakitkan hati Haikal sedangkan untuk menolaknya dia tidak sanggup.

"Dee nak tidur..." Dia tidak mahu memikirkan hala tuju perkahwinan mereka lagi. Biar masa yang menentukan segalanya. Dia sudah penat. Lelah.

Haikal memimpin tubuh Dee ke katil. Dia melabuhkan punggung di sebelah Dee.

"Selamat malam , sayang," Haikal mahu mencium dahi Dee seperti yang selalu dia lakukan sebelum Dee tidur tetapi ciumannya terbabas apabila Dee pantas mengalihkan kedudukannya menjauhi Haikal.

"Dont tell me that you love me anymore," British assen Dee sangat pekat walaupun dia bukan berdarah negara Britian. Membuatkan dia istimewa berbanding perempuan melayu lain dan penggunaan 's' paling Haikal suka dengar kerana bunyinya seperti 'snake'.

Unborn BabyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang