Tujuh bulan berlalu begitu pantas . Tidak sedar akan usianya semakin lanjut. Aku terkenang kembali ayat Encik Faisal kepadaku.
" Saya akan call kalau awak berjaya ,"
Kepala aku berdenyut sakit sejak aku mula temuduga. Aku mengeluh , semestinya aku tidak akan berjaya mendapatkan pekerjaan itu memandangkan aku tidak punya pengalaman memandangkan aku tidak pernah sekalipun berkerja.
Memandangkan usia aku sudah menginjak angka 28 , mustahil untuk mereka mengambil aku kerja kerana budak lepasan juga masih banyak yang berkualiti dan pernah mempunyai pengalaman berkerja.
Sedang sibuk mengelamun mengenangkan nasib , tubuh aku hampir saja melayang apabila tidak perasan jalan itu lebih rendah daripada tempat yang aku jalan.
"Opss!" Lengan kanan aku ditarik dengan laju , serentak dengan itu tubuh aku menjadi stabil semula.
"Thank you," Aku ucapkannya. Hampir saja aku rasakan jantung aku gugur kerana hampir terjatuh. Aku bernasib baik kerana ada tangan yang menarik aku daripada tersungkur.
Lelaki itu terus saja berlalu tanpa sempat aku melihatnya. Aku nampak lelaki itu tergesa gesa kerana dia sedang bercakap di telefon dan kakinya laju saja melangkah.
"Sombongnya ," aku merungut dengan sikap manusia zaman sekarang . Walaupun bukan salahnya tetapi boleh saja kacau dia berhenti seketika dan menjawab ucapan terima kasihku.
"Dekatnya ,"Kaki aku menapak ke perpustakaan awam negeri . Apabila aku pusing baru aku sedar bahawa aku telah melangkah sejauh 1 kilometer jaraknya daripada syarikat yang aku temuduga itu . Punyalah sibuk berkhayal sampai tidak perasan kaki menapak jauh dari tempatnya . Memandangkan ini kawasan bandar dan tumpuan orang ramai , aku lansung tidak menyedari banyak blok yang aku susuri sehinggalah diselamatkan daripada malu jika tersungkur jatuh.
"Fine , that nobody man tu baik ," Aku senyum tanpa diduga . Kerana lelaki tidak dikenali itu aku tidak perlu tanggung malu sekiranya aku jatuh di hadapan khayalayak ramai . Aku pandang ke lantai apabila ternampak gugusan kunci kereta beserta kunci lain , mungkin kunci rumah .
Aku baru saja sedar kunci itu milik lelaki itu . Sebaik saja ambil kunci tersebut mata aku melilau mencari pemilik kunci berlogo honda .
"hmm," aku tidak tahu mahu berikan kunci itu pada siapa . Aku pusingkan remote kereta itu lalu tertera nombor plat kereta itu .
Aku mengeluh lagi .
"Encik kalau ada lelaki berbaju hitam mencari kuncinya kata saya di dalam ya ," Aku menegur pakcik guard di depan itu.
Malang apakah hari ini . Takkan aku mahu mencari pemiliknya dengan melihat satu persatu kereta di kawasan padat dengan orang ramai ini . Tetapi aku mengambil keputusan untuk masuk ke perpustakaan tersebut dan membaca buku sementara menunggu lelaki itu muncul.
Aku keluarkan buku kecil yang isi bukunya sudah kekuningan .
...
" Keindahan sebuah cinta tidak mampu diungkapkan dengan kata kata . Tidak semua orang mampu ungkapkan perasaan cinta itu melalui percakapan , tetapi segala perbuatannya dan segala usahanya adalah untuk membahagiakan orang yang dicintai . Kita tidak boleh memilih untuk siapa yang akan kita cintai , tetapi kita boleh hindari dari terus di sakiti , "
Aku tersenyum di saat membaca hikayat itu , sebuah buku yang aku simpan ketika aku remaja. Usia buku itu juga telah masuk alam remaja .
Kerana buku itu , aku percaya bahawa wujudnya cinta abadi . Aku percaya bahawa kata kata bukan segalanya , aku yakin bahawa aku boleh bahagia jika aku mengikut apa yang aku kehendaki.
Aku bina semangat aku kembali , agar tidak hidup dengan masa silam. Agar segalanya merupakan pengajaran kepada aku.
Aku bahagia. Aku gembira kerana selama ini aku tak pernah menyesal akan segala pilihan aku . Biarkan kini aku bergerak sendirian , namun tak pernah aku fikir untuk memutarkan kembali masa . Aku pernah cuba yang terbaik untuk memuaskan hati keluarga aku , aku pernah menjadi isteri yang sentiasa memperbaiki kesilapan aku . Aku juga pernah beri peluang kedua untuk terus dicintai dan mencintai .
Dan kini , aku telah diberi peluang kedua oleh Allah agar terus maju kehadapan.
Sepanjang aku mencari identiti aku kembali , aku semakin sedar banyak khilaf telah aku lakukan . Aku telah mencari kebahagiaan dengan cara yang salah , aku gembira di atas tangisan orang lain .
Jika tidak kerana runtuhnya mahligai aku bersamanya , mungkin sampai kehari ini aku menjadi seorang yang lupa diri .
Sebelum ini aku tidak pernah terfikir untuk meminta pertolongan Maha Esa , sebelum ini tidak terdetik difikiran aku untuk menutup aurat .
Mungkin kerana aku tidak pernah di tegur dan aku buta dengan kehidupan duniawi.
Tanpa sedar , sudah hampir dua jam aku disitu . Mengenang nasib dan kisah lalu . Aku melihat jam yang menginjak angka 7 petang . Aku perlu segera ke masjid untuk bersiap siap menunggu azan magrib . Jika aku lambat sudah pasti ramai yang mengambil wuduk malah saf pertama akan penuh .
Aku segera mengemas buku buku yang berselerakan di atas meja itu .
"Cik bunga ," Disebalik kesunyian dewan perpustakaan itu , suara lelaki yang serak basah , bagi ku suara yang maskulin , macho walaupun aku tidak melihatnya menyapa ku.
"Abang..." Sebaik saja aku berpaling , wajah yang tidak ingin aku jumpa berada di depan mata . Aku menundukkan wajahku memandang lantai karpet hijau itu .
Ash Arumi milik suara itu . Dia mengukir senyuman pahit tatkala pemilik yang tudung bunga itu ialah perempuan yang dia kenali . Kenalan sewaktu dia kecil merangkap bekas tunangnya . Kenapa mereka perlu bertemu kembali di saat mereka dihanyuti perasaan kecewa.
Hari ini , genap lapan tahun mereka memutuskan segala hubungan dan hari ini juga mereka bertemu. Adakah ini cuma kebetulan ataupun takdir sedang bermain dengan mereka ?
"ini kunci abang ?" Aku berasa tidak selesa . Aku tidak mahu berlamaan disitu kerana wujud satu perasaan : serba salah .
"ah , ya ," Ash mengambil kunci itu daripada tangan Deelaila . Terima kasih . Gumamnya kecil lalu berjalan keluar ke pintu utama .
Aku mengikuti langkahnya perlahan. Kami keluar dari pintu serentak . Ternyata matahari sudah lama terbenam . Aku mengeluh tanpa sedar .
"nampaknya tak dapatlah saf pertama ," keluh ku perlahan . Mata terus terusan memerhati orang yang lalu lalang di hadapan ku . Memikirkan masjid yang lagi 10 minit masa yang perlu di ambil untuk pejalan kaki seperti ku .
"awak naik apa?" Ash yang mendengar keluhan Deelaila bertanya . Dia mendengar ungkapan Deelaila walaupun hanya perlahan .
"Oh , saya ... Tak tahu lah nak cakap apa . Abang tanya saya macam mana ke sini ataupun saya naik apa untuk ke mana ? Kalau ke sini saya jalan kaki daripada office sana tu ," tangan aku tunjuk pada bangunan yang sudah kabur dipandang " tapi saya pergi sana naik grab ,"
Ash mengukirkan senyumannya . Seorang lelaki yang terkenal dengan senyum manis berlesung pipit kanan .
"awak nak tumpang abang ? Abang dengar macam awak nak pergi masjid , lagipun abang memang nak ke masjid ," Pelawaan Ash ibaratkan dapat merungkai segala kekusutan Deelaila . Wajah ceria Deelaila dipandang .
"Boleh ke ? Jom ! Dah nak azan ni,"
Hai , salam maghrib .
Tak sangka dah tujuh bulan menyepi . Bagi sesiapa yang masih ingat Deelaila dan menunggunya saya ucapkan terima kasih .
Sila tekan butang vote dan komen . 😍

ANDA SEDANG MEMBACA
Unborn Baby
ChickLitKepala Dee berdenyut sakit. Sebaik saja dia buka mata , dia sudah terbaring di atas katil bersama tangan yang di pasang wayar. "Doktor kata awak tak cukup air sebab tu pengsan," Suara Haikal boleh membuatkan empungan mata Dee pecah. Dia tak betah un...