tujuh

4.4K 328 18
                                    

Deelaila P.O.V

Ada masa aku faham kenapa dia melangkah menjauhi aku. Untuk kehilangan orang yang penting dalam hidup aku , perasaan itu sudah sebati dalam dirinya.

"Kau campak keluarga kau ke tepi demi lelaki itu!"

"Dasar perempuan tak sedar diri. Kalau dia tak kutip kau , dah lama kau merempat,"

"Anggap aku bukan kawan kau lagi,"

"Saya harap awak bahagia,"

Ayat itu. Mereka semua pernah menjadi pelengkap hidup aku. Mereka yang pernah menjadi tulang belakang aku.

Di mata mereka , akulah yang paling teruk. Aku lah anak yang tak kenang budi. Aku lah anak yang menconteng arang ke muka keluarga aku sendiri. Aku lah perosak masa depan mereka. Aku lah kawan yang teruk.

Tapi bagaimana pula pihak aku ?

Semasa aku jatuh , di manakah 'dia'? Semasa aku berputus asa , kenapa 'dia' boleh bergelak tawa bersama temannya?

Munculnya Haikal , lelaki itu mengembalikan diri aku kembali sedangkan 'dia' meninggalkan aku sendirian untuk mencapai impiannya?

Salahkah aku untuk mencintai lelaki yang memberi aku kebahagiaan?

Dan jika orang tanya kebenaran bahawa akukah yang buang keluarga aku. Jawapan aku ialah ya.

Untuk kali ini , aku akan akhirkan apa yang aku mulakan. Aku akan hentikan segalanya dengan cara aku sendiri.

Aku melangkah ke meja cermin. Pantulan dari cermin itu sedang menunjukkan seorang perempuan yang bermata lebam. Wajahnya sungguh lesu malah hidungnya merah.

Klik.

"You are still awake," Suara itu sudah lama aku tidak dengar. Mungkin seminggu? Dia memandang aku dengan pandangan tidak berperasaan. Aku terfikir , bagaimana reaksinya ketika berjumpa perempuan itu? Adakah dia akan teruja dan gembira?

Tapi perkara yang paling aku pasti , dia akan tunjukkan betapa sayangnya pada perempuan itu.

"I was jealous and even now," Aku memberitahu isi hati aku kepadanya. Sejak aku mengetahui perihal yang sebenar , Haikal tunjukkan perangai yang dia sorok selama ini daripada aku.

Yang dia cuma boleh tunjukkan keperihatinan dia kepada seorang saja. Iaitu orang yang paling dia cintai.

Dulu , dia akan cemas dan tergopoh gapah bila aku memberitahu tentang apa yang aku tidak berpuas hati. Kerana baginya , dia takut sekiranya dia membuat silap tetapi tidak perasan akan kesalahannya.

"Can you give me times to talk to you?" Aku bertanyanya perlahan. Situasi ini tidak lari daripada masa awal sebelum perkahwinan kami. Semuanya terasa janggal. Mungkin kerana sebelum berkahwin , kami hanya tahu bergaduh dan bermasam muka sebelum Haikal mengalah dan memujuk aku.

"You ask me to give you time. But why you're smiling?" Aku tersentak mendengar soalan mendatar daripadanya.

"M..maaf. Sebenarnya , saya dah fikir. Tentang hal penceraian itu. Saya takkan minta apa-apa seperti yang Datin mahukan. Saya takkan tuntut kereta , rumah , duit mahupun barang kemas,"

"Okay," Haikal menyilangkan tangan ke dada. Gayanya sungguh dingin.

"Tapi dengan satu syarat..." Aku ketap gigi. You can do it!

"Apa?" Haikal bertanya dengan tidak berperasaan. Dia mula melangkah duduk di atas katil.

"Layan saya macam mana awak layan masa awal perkahwinan kita. Saya cuma minta awak tempoh 60 hari saja untuk bersama saya..." sebab saya tak nak awak tahu kewujudan bayi ini.

Haikal memandang aku sekilas sebelum berkelubung dalam selimut.

"Okay," jawabnya bersahaja.

Aku terkejut. Aku sangka dia tidak akan mempersetujui permintaan aku dan mungkin dia akan bertanya kenapa lama masa yang aku ambil untuk bercerai dengannya. Tapi , dengan mudahnya dia mempersetujui tanpa banyak soal.

"Hey. Sampai bila nak duduk dekat situ? Switch off the lamp and go to sleep,"

Kening aku berkerut rapat. Aku tetap mendengar arahannya. Tapi otak aku ligat berfikir.

'Bukan ni bilik aku ke? Tapi kenapa dia tidur dalam bilik ni sedangkan dia punya bilik lebih selesa dan luas berbanding bilik aku?'

Malah tanda tanya itu menyebabkan aku tidur lambat kerana asyik memikirkannya.

...

Haikal merengus marah apabila dia rasakan ada benda yang mengacau tidurnya. Sebaik saja dia membuka mata , rupanya langsir bilik itu tidak ditutup jadi dia boleh melihat sinaran matahari terbit yang berada depan matanya.

Haikal memegang kepala dia yang sakit. Sudah dua hari dia tidak tidur kerana mahu menyiapkan tugasnya. Balik pula rumah , dia terpaksa mendengar bebelan isterinya.

"60 hari?" Haikal berkerut kening. Bila dia sudah sedar sepenuhnya , baru dia teringat akan perjanjian yang dilakukan semalam.

Matanya dilarikan pada Dee yang masih lena tidur sambil memeluk bantal peluk.

"Ni lagi satu... Bukan aku dah buang bantal tu ke?" Dia rasakan otaknya tengah 'biol' sebab lama tak tidur. Dia yakin dia dah buang bantal itu kerana menyampah tengok Dee memeluk bantal itu berbanding badannya. ( 7 tahun dulu )

Haikal segera keluar daripada bilik itu untuk mencari hp yang ditinggalkan di dalam biliknya.

"Hello. Masih ingat alamat saya?" Jeda. "Saya nak awak hantar satu kumtuman bunga dan jumlahnya akan bertambah ikut hari hingga hari ke-60,"

Aku mengeluh lemah. Sebaik saja aku terjaga , aku sangka dia akan tetap berada di samping aku. Ternyata , dia sudah hilang.

Aku tarik senyum sinis.

"Sedangkan janji pun dia boleh mungkir inikan pula setakat perkara macam ni," Aku seakan baru sedar kebodohan aku yang suka menaruh harapan tinggi untuk lelaki itu setia di sisi aku.

Selesai membersihkan diri , kaki aku melangkah ke ruang makan. Ternyata Nurin lebih awal daripada aku. Dia baru saja gerak untuk menghantar pinggannya.

"Puan. Tadi Encik Haikal pesan yang dia tak dapat sarapan sekali sebab nak jumpa client," Mata aku terus tertacap pada jam di dinding. 7.50 a.m?

Jumpa client? Buat aku geli hati je.

"Awak yakin ke dia jumpa client?" Tanya aku dengan sinis. Sebenarnya lebih kepada aku tujukan untuk diri aku sendiri.

Ding.. Dong..

Aku terus bangun dari duduk. Hilang selera makan aku pada pagi ini. "Awak sambung je basuh pinggang. Saya buka pintu,"

Buka saja pintu. Wajah yang aku rindukan muncul depan mata.

"Ya Allah! " Dia terus menerpa ke arah aku.

"Akak!"

"Luna! Lama tak jumpa," Aku menggelakkannya yang perangai macam bebudak. Luna tersengih memandang aku.

"Sebelum terlupa! Nah!" Aku menyambut bunga mawar putih kegemaran aku.

"Terima kasih," Aku tersenyum lebar sambil mencium bunga itu.

"Satu je? Kedekut duit betulla Luna ni," Aku mencebik. Kononnya tidak berpuas hati dengan hadiah yang diberikan oleh Luna.

"Hehe," Luna sengih. Tayang giginya yang tak berapa nak putih itu.

"Macam mana boleh masuk sini? Bukan kena guna pass?" Aku pelik apabila dia tidak menggantung permit masuk ke sini seperti yang dilakukan oleh tetamu yang lain.

"Nope! Encik Haikal bagi saya card ni untuk senang delivery,"

Entah kenapa. Tapi hati aku berbunga mendengarnya.

Jadi , bunga ini daripada Haikal..

Unborn BabyWhere stories live. Discover now