Tiga Belas

2.9K 198 20
                                    

Niat untuk memenuhi nafsu makan ku terpaksa aku batalkan apabila mata itu tidak berhenti daripada melihat aku makan.

Suapan aku menjadi kecil sebelum aku berhenti makan. Keinginan untuk meratah ayam rempah itu turut aku kena lupakan. Aku mengeluh kecil.

"Abang memang tak boleh pandang tempat lain eh?" Aku bertanya kepada Aish. Biar dia sedar bahawa dia sudah buat satu kesalahan.

Aish tayang senyum manisnya sehingga kelihatan lesung pipitnya. Dia berdehem sebelum bersuara.

"Abang takut abang dah tak dapat tengok wajah nur lagi," Tekak aku terasa pahit. Entah apa reaksi yang aku tunjuk padanya kala itu.

Panggilan itu masih segar di sanubari. Hanya dia seorang saja yang memanggil diriku 'nur'. Katanya akulah cahaya yang menyinarinya ketika malapnya jiwanya. Ayatnya juga buatkan aku berasa betapa besarnya salah aku padanya.

"Abang minta maaf kalau buat nur terasa. Abang tak niat pun nak sakitkan hati nur..." Aku terkedu. Lelaki yang aku kenal sejak aku kecil masih tidak berubah sikapnya. Masih seorang lelaki yang budiman. Lelaki yang dikagumi oleh ibuku. Dia tak buat salah pun dia juga yang minta maaf.

Air mata aku bergenang bila fikirkan tentang apa yang telah aku lakukan padanya. Kenapa aku tergamak buat orang sebaik lelaki itu bersedih kerana salahku?

"saya yang patut minta maaf. Saya lansung tak explain dan terus larikan diri,"

Lamunan aku terhenti apabila meja yang sedang aku duduk di ketuk oleh seorang gadis lepasan spm.

"Maaf kak. Tapi kalau akak dah habis makan ada ramai lagi yang beratur tunggu giliran untuk duduk," tegurnya perlahan. Mungkin takut aku terasa hati.

Aku kalih ke belakang. Rupanya kedai makan itu sudah di banjiri puluhan orang pelanggan yang mahu makan tetapi tiada tempat duduk kerana sudah penuh memandangkan sudah menginjak waktu tengah hari sedangkan aku duduk disitu bersama segelas air suam tanpa makan.

Aku berdiri menuju ke kuanter. Harga air suam saja sekarang ini sudah berharga RM0.50. Pernah sekali harga secawan air kosong berharga RM3.00. Gayanya macam aku tengah minum air milo. Aku membuka dompet ku. Ternyata duit yang tinggal hanyalah RM10. Ianya cukup untuk aku membeli tambang naik KTM dan sementara menunggu hujung bulan yang tinggal lagi seminggu. Aku melangkah meninggalkan restoran itu.

Hidup ku kini tak seindah dahulu. Tak semewah dahulu. Dulu aku tak perlu risau tentang duit. Kadang kala sekeping wang tunai pun aku tidak perlukan walaupun menuju ke shopping complex mewah. Berbekalkan kad yang Haikal berikan, semua benda yang aku mahukan tiada siapa yang boleh menghalang. Mungkin kerana gajinya yang besar sebagai salah seorang ketua di syarikat itu, Haikal tidak pernah sekalipun menegah sikap aku yang agak boros ketika berbelanja.

Dulu aku tak pernah terfikir aku perlu bekerja selepas berkahwin. Semua hal perbelanjaan aku serahkan sepenuhnya kepada dia tanpa satu sen pun duit aku digunakan selama bertahun tahun aku di bawah tanggungjawab nya. Masih ku ingat lagi kali pertama kami berpisah. Susah dan perit kehidupan apabila terlalu sangat bergantung pada sang suami tak ubah seperti layang layang terputus talinya. Aku terkapai kapai seorang diri di bumi sabah. Tanpa keluarga, tanpa si dia...

Aku hanyut bersama kenangan bersama si dia. Aku hanya mampu melakarkan senyuman. Entah apa lagi yang aku harapkan pada dia. Rindu? Aku harapkan dia rindu pada aku. Aku begitu harapkan dia akan mencari aku kembali.

Katalah aku bodoh kerana cinta. Tapi beritahu aku cara untuk melenyapkan segala kenangan aku bersama dengan dia. Ada kalanya aku tekad dengan keputusan aku untuk berpisah dengan dia. Tapi ada kalanya perbuatan aku akan mengingatkan aku pada dia. Bagaimana caranya untuk aku move on kalau 1/3 jangka hayat aku sudah termaktub namanya.


❤️❤️❤️❤️



Aku menyegerakan langkah. Aku hampir saja terlewat untuk masuk kerja pada pukul 4 petang kerana tengah hari tadi begitu asyik dengan kenangan lalu. Kini aku bekerja sebagai seorang casher separuh masa di salah sebuah francais yammy.co. Pada masa kini, manusia tak boleh terlalu memilih pekerjaan. Tambah pula persaingan semakin sengit. Ratusan orang mereput 1 peluang pekerjaan yang sama. Rata rata orang yang bekerja telah lari daripada bidang yang mereka belajar.

Ringgg

Bunyi loceng kedengaran menandakan pelanggan telah masuk. Mungkin agak pelik tapi kedai yang menjual barangan bakery ini beroperasi 24/7.

"bunga..."

Aku terkedu. Wajah yang tak ingin aku jumpa telah muncul dihadapan mata. Aku mengeluh kecil. Kenapa lelaki itu perlu muncul lagi dihadapannya.

"kalau nur tak suka abang panggil nur tu nur jadi abang panggil nur tu bunga la," sebaik saja masuk dalam keretanya dia terus utarankan ayat itu.

"hai," gumam ku kecil. Aish tayang senyum manisnya lagi. Aku tidak mahu lama lama melihat wajahnya lalu terus scan harga barang yang dia beli. Red velvet cookies flavour bersama chocolate chip. Sudah dapat aku anggarkan apa yang dia akan buat. Aku juga penggemar perisa red velvet maka aku sudah terbayangkan keenakan rasa kuih red velvet itu.

"Nanti abang buatkan untuk awak," Mungkin kerana aku terlalu lama termenung ataupun faham dengan keinginan ku dia berkata begitu. Aku tersenyum malu apabila 'kantoi' membayangkan betapa sedapnya kuih itu.

Pada keesokan harinya Aish muncul lagi dihadapan ku. Tapi bukan untuk membeli, dia membawa 1 bekal comel berbentuk love lalu diserahkan kepada aku. Aku menoleh ke kiri dan ke kanan, sebaik saja tahu bahawa hanya kami berdua saja di hadapan itu, aku akhirnya menyambut hulurannya dengan teragak agak.

"apa ni?" tanya ku pelik. Lelaki yang tak lekang dengan senyuman itu masih lagi tersenyum memandang aku.

"kuih semalam yang abang dah janji dengan awak nak bagi,"

Aku terkelu. Aku ingatkan dia saja-saja cakap mahu buatkan untuk aku.

"terima kasih"

Tapi sejak daripada itu, hampir setiap hari dia datang ke kedai bakery itu untuk membeli bahan. Kadang kala aku terfikir apakah pekerjaannya. Kalau bekerja di bakery kenapa hanya membeli satu atau dua bahan saja? Padahal kalau bekerja di bakery mestilah dia perlu membeli dalam kuantiti yang banyak dan tidak perlu hari hari pergi membeli barang.

"Hai," Dia muncul lagi setiap jam 4.30 petang di hadapan aku. Kali ini dia membeli pewarna merah dan essence vanilla. Aku mahu bertanya untuk apa dia beli benda itu tapi memandangkan kedudukan aku di sisinya, aku tidak layak untuk bertanya kerana aku bukan keluarganya jauh sekali kawannya.

















Tambahan. ( Extra part ) 🤭

"Encik!" Fazli menjerit sehingga semua mata di dapur itu memandangnya.

"Aku dah kata yang takde dekat dapur kita ni daging segar bukannya binatang pelik pelik ni!" Fazli menjerit geram. Dia mengangkat tepung pau yang dibeli orang boss dia, Aish.

Aish tergelak melihat kelagak lembu Fazli yang membuat lenggok badan kononnya sedang marah.

" Aku serius ni. Kau nak buat apa dengan tepung pau ni? Sedang tepung muruku lagi. Encik ingat restoran kita ni bakery ke???" Fazli semakin geram. Sudahlah restoran mereka kehabisan stok. Dia ingatkan Aish keluar untuk membeli barang dapur. Rupanya entah apa benda alah yang dia angkut balik ke dapur setiap hari. Ada saja barang yang takde kena mengena dengan menu mereka Aish bawa pulang.

"Kau tak faham," selesai kata itu Aish tersenyum lebar. Pekerjanya yang lain memandang dia pelik. Mungkin boss mereka sudah gila.

Unborn BabyWhere stories live. Discover now