"Hari hari awak bagi saya 1 bungkus kuih, boss awak tak marah ke?" Akhirnya aku bertanya juga selepas genap sebulan dia terpacak di depan aku pada jam 4.30 petang. Dah macam saka pula aku tengok. Aku pernah dengar cerita hantu raya yang setiap malam akan bekerja lalu hilang di siang hari. Mungkin takde kena mengena dengan benda ni tapi aku rasa ada. ( gelak dengan kebodohan sendiri )
"Dia marah ke?" Soalan dibalas dengan soalan. Aku menghembus nafas berat, cuma untuk tidak tahan geram dengan Aish.
"Saya tanya awak kenapa awak tanya saya balik? Manalah saya tahu boss awak marah ke tak saya ni bukan boss awak yang marah ke tak marah ke awak sesuka hati je hari hari bagi cookies dekat saya memanglah cookies yang awak bawa ni sedap tapi macam mana pula dengan perniagaan awak? Awak tahu tak 100g cookies sekarang ni je dah RM10 dan ada yang cecah puluhan ringgit malah 100g cookies tu cuma dapat beberapa biji je????? " Sepanjang aku meluahkan isi hati tentang biskutnya itu dia membuka mulut seperti mahu bercakap tetapi dia tutup balik mulutnya apabila tidak dapat menyampuk.
" bunga memang suka membebel eh? " soalan dengan muka innocent tu memang buat aku berapi betul. Ada juga yang kena belasah anak orang ni. Aku ketap gigi tahan marah.
Kedai ini hanya akan dibanjiri oleh pelanggan selepas angka 5 petang. Pada waktu itu ibu ibu yang bekerja sudah pulang dari pejabat mereka manakala orang yang berniaga menjual kuih mahupun kek akan datang pada awal pagi. Walaupun kedai ini beroperasi 24 jam sehari, ianya lebih kepada takde orang daripada ada orang. Maka pekerja di sini tidak terlalu tertekan kerna hanya pada waktu kemuncak saja pekerja yammy.co tidak cukup tangan. Masa itu jugalah pelanggan mahu buat hal.
"saya tak membebel!" Aish angkat kening. Gaya macam memprovoke aku pula.
"Yeke? Anda yakin?" Entah mana mana lelaki ini belajar ayat ni. Aku pula yang panas telinga.
"Harini awak tak beli barang? First time..."
Aish pegang dagu. Gayanya sedang berfikir akan kata kata ku. Sebenarnya hampir separuh barang yang ada di kedai ini sudah di bawa ke restorannya. Mesin pengisar buah sudah ada 3 di restorannya tapi dia angkut lagi. Untuk apa pun dia tak tahu. Bukannya guna sangat pun.
"saya nak tanya ni..."
"ha tanya je lah" aku potong ayatnya. Lambat sangat. Padahal bukan susah pun. Tak guna duit pun.
Maklumlah. Sejak diri tengah pokai ni semua benda nak peduli pasal duit. So cliché gitu.
"gaji dekat sini berapa ek?" Aku syak dia dah terhasut dengan drama dekat tv tu lah.
"Kalau dah tolak kwsp semua tu ada lah dalam RM870," Aish anggukkan kepala tanda faham. "Kerja berapa jam?"
"12 jam. 4 pagi sampai 4 petang. 4 petang sampai 4 pagi. Tapi kenapa tanya? " Aish berkerut kening. Dia mula terfikir akan pekerjanya yang bekerja dari jam 11 pagi sehingga 10 malam berbekalkan gaji basic RM1200 termasuk kwsp. Tak banyak pemilik restoran yang membuat kwsp padahal jika pekerja itu bekerja di restorannya seumur hidup, maka tiada lansung simpanan mereka dihari tua kelak.
"nak tanya pun tak boleh..." Aish tarik muncung panjang. Dia terus berlalu pergi begitu saja selepas bertanya.
Kening aku dah berkerut macam nak bercantum dah. Hari hari jumpa Aish ni aku rasa dia gila tapi aku pun sama naik jadi gila.
*orang kata dia tanya soalan yang sudah terang lagi bersuluh sebab nak mulakan perbualan. Contohnya kau tengah sidai kain jiran sebelah rumah bertanya "buat apa tu kak?" jawabnya "matahari sudah tinggi mencacak mestilah aku sidai kau" ( okay skip mengarut. HAHAHAHAHA!)
"AISH ARUMIIIIII!" Fazli bercekak pinggang. Dia memicit kepala dia yang sudah pusing. Sebaik saja dia membuka bungkusan plastik merah itu dia dapat rasanya darahnya sudah naik sampai ke otak.
"SEJAK BILA PULA RESTORAN KITA PAKAI GULA ISING SAMPAI 3 PLASTIK NI HAAAA? AKU DAH SYAK DAH KENAPA KAU TETIBA RAJIN NAK TOLONG BELIKAN GULA MASALAH KITA PAKAI GULA PASIR BUKAN GULA SEHALUS SENIPIS BULUS NI!" Nasib baik orang tak ramai di restoran mereka. Sakit hatinya bukan kepalang.
" Bising ah orang tua ni. Tak nak guna bagi lah orang lain, " Aish balas selamba macam tak buat salah. Fazli yang merupakan tulang belakang dalam perniagaan mereka merengus kasar.
"Bob!" Dia panggil tukang masak dia yang paling gemuk datang kepada dia.
"Aku syak boss kau tu dah gila lah. Kau perasan tak dia akan pulang pukul 5 lebih bawa barang daripada kedai nama yammy.co ni. Aku nak kau usya dia. Apa yang dia buat dekat situ. Bukan buat. Entah apa apa je lah," Cakap pun tak betul. Lmao.
"Aku tak perasan pun..." kepala bob terus diketuk dengan sebungkus gula asing di tangannya.
"kau pun sama je! " Fazli cakap dalam nada geram. Dia terus berlalu ke dapur meninggalkan bob yang terpinga pinga.
"Aik? Marah orang lain orang lain pula yang kena?" bob garu kepala dia yang tidak gatal. Dia segera kembali ke posisinya. Takut dilayan dia juga jadi gila macam boss dan manager itu.
"BOB!!!"
"Apa lagi lah orang tua ni nak. Dah tua pun asyik menjerit tak kena darah tinggi ke?" Bob merungut tidak puas hati dengan sikap Fazli. Dia berlari lari anak masuk ke dalam dapur. Perutnya turun sama exercise turun naik sebab dia kena segerakan langkah.
Malam itu Aish tersenyum puas. Dia baru saja lepas menamatkan panggilan daripada manager di yammy.co yang menyatakan bahawa dia sudah dapat pekerjaan yang dia mahukan itu.
"yeahhhhhhh!" Aish menjerit keriangan seperti kanak-kanak. Lansung tak padan dengan usianya yang sudah 30 tahun itu.
Dia segera ke bilik yang menempatkan bajunya lalu dibuka wardrobe itu seluas alam. Dia mahu mencari baju yang sesuai untuk dipakai pada hari esok. Dia berasa tidak sabar untuk bertemu dengan Deelaila. Dia mahu buat suprise. Apa agaknya reaksi Deelaila sekiranya dia tahu bahawa dirinya akan bekerja di situ.
Hallowww guyssss
Sebenarnya aku dah lama tak buka wattpad. Kewujudan dia pun dah lupa 😂😂😂😂😂😂😂
Maka harini aku buat double chapter. Tak best? Apa boleh buat. Aku hanyalah seorang manusia yang tidak punya pengalaman mengarang novel. Tapi manalah tahu one day boleh nama aku terpalit di salah satu buku novel. Bukan kaleng kaleng ( impian semua penulis tu 😂👍🏻)
Tadi pepagi buta (before subuh gitu) nak menaip tu kan. Aku nampak paid story something gitu lah. Nak support author. Nak tanya, macam mana nak buat ek (nok juga merasa dapat duit) 🥺🥺🥺🥺🥺🤭
Minggu ni aku ada test 🥴. As a student confirm korang faham pressure takut fail tu punyalah tinggi. Nanti kena ulang duit pula melayang. Auch, money nowadays so important 🤑😂
Goodluck guys bagi sesapa yang bakal exam sama macam aku. Aku punya nervous aku mengarang 🤣. Dont gloomy gloomy ok? Be happy.
"It is not a bad life but only a bad day" - entah ayat sapa pun aku lupa. @?
Assalamualaikum. Sehingga berjumpa lagi di episode lain. Sehingga dengar aku membebel lagi. HAHAHAHAHA.
THANKS BAGI VOTE DAN KOMEN. YANG BELUM VOTE DAN KOMEN TU SILA BUAT SEKARANG 😡😠🤬😤.
Sekejap lagi aku bagi love semua komen okeh!
SEKIAN
![](https://img.wattpad.com/cover/153969593-288-k670892.jpg)
YOU ARE READING
Unborn Baby
ChickLitKepala Dee berdenyut sakit. Sebaik saja dia buka mata , dia sudah terbaring di atas katil bersama tangan yang di pasang wayar. "Doktor kata awak tak cukup air sebab tu pengsan," Suara Haikal boleh membuatkan empungan mata Dee pecah. Dia tak betah un...