"Ramai orang yang saya sayang pergi tinggalkan saya... Janji yang awak akan sentiasa bersama dengan saya ," Suara Haikal menggamit aku untuk menatap wajahnya. Makin lama aku mengenalinya , hati aku makin terpaut padanya. Mana mungkin aku terlintas untuk tinggalkannya.
"Manusia cuma akan menghargai apabila hilang sesuatu itu," aku menghela nafas dengan berat. "Dan mungkin orang yang menggantikan tempat yang hilang itu lebih indah berbanding sebelumnya,"
"Gaya awak cakap ni macam nak tinggalkan saya saja,"
Satu persatu memori lama menerjah , ibaratkan memutarkan segala kata dusta dia. Kata katanya ibarat satu sumpahan , dia berharap agar aku setia tetapi akhirnya dia sendiri yang melangkah pergi.
Sudah bosankah Haikal ?
Aku tersentak tatkala ada tangan yang sejuk memegang lengan aku. Apabila aku pusing , ternyata Haikal duduk dekat dengan tubuh aku.
"Awak mengelamun apa? Makan sup ni kemudian makan ubat baru awak tidur ," Sambil itu Haikal sibuk mengambil ubat di peti ubat.
'Kenapa awak jauh , Haikal...'
Kehadiran aku bagaikan tidak diperlukan lagi. Aku rasa seperti kehilangan punca apabila Haikal tidak lagi menatap diri aku.
Dia tidak lagi melihat mata aku ketika bercakap. Intonasinya tidak lagi semesra dahulu.
'Kenapa semua ni jadi , Haikal?'
Hati aku meronta mahukan jawapan. Jikalau aku tahu pedihnya apabila mengetahui suatu kebenaran , aku lebih sanggup selamanya hidup dalam sebuah penipuan.
Demi menagih kasih seorang suami , demi orang yang aku cintai , aku sanggup diperbodohkan.
"Badan awak panas sangat ni ," Haikal lansung tidak melihat wajah isterinya.
Mungkin Deelaila sudah tidak secantik dahulu. Mungkin perempuan yang dia cintai lebih menarik sedangkan aku , Deelaila hanya kotoran di hidupnya dan sebab itulah Haikal tidak lagi mahu mengalihkan pandangannya kepada aku.
Air mata aku tidak berhenti mengalir.
Air mata yang menggambarkan betapa aku terluka apabila dilayan nak tak nak oleh suami sendiri.
"Kenapa saya tidak perasan yang saya dah lama tiada dalam hati awak , Haikal? Makin baru sekarang saya sedar yang saya tak lagi bermakna untuk awak?" perlahan suara aku bertanya. Tubuh aku cukup penat apabila otak aku perlu terima kenyataan.
"Apa?" Haikal bertanya. Terdapat kerutan di dahinya kerana tidak mendengar soalan aku.
"Saya kata saya akan makan sekejap lagi... Awak boleh keluar ,"
Aku pejam mata hinggalah kedengaran pintu ditutup. Aku menghela nafas berat.
Makin aku cuba untuk bertahan , makin bertambah sakit yang aku rasakan. Ibaratkan sebutir peluru , walaupun kecil tapi sakitnya boleh menusuk ke dalam.
60 hari yang aku pinta terasa begitu hampir untuk ke penghujungnya.
Berbanding aku fikirkan rumah tangga yang sememangnya akan hancur genap masanya , aku bangun untuk mencari lokasi yang boleh aku tinggal sementara.

ANDA SEDANG MEMBACA
Unborn Baby
ChickLitKepala Dee berdenyut sakit. Sebaik saja dia buka mata , dia sudah terbaring di atas katil bersama tangan yang di pasang wayar. "Doktor kata awak tak cukup air sebab tu pengsan," Suara Haikal boleh membuatkan empungan mata Dee pecah. Dia tak betah un...