Kepala yang berdenyut tidak lagi aku hiraukan. Sakit di hati ternyata lebih perih berbanding darah yang mengalir kerana terkena besi di dalam bilik air.
"Rafidah Mohammed , jemput aku," Rafidah sahabat baik aku tidak banyak soal apabila dengar arahan dariku.
Panggilan dimatikan. Tanpa salam atau selamat tinggal.
"Ini bukan kisah fantasi Deelaila Armin! Ni kisah hidup kau!" Aku cuba memberi kekuatan pada diri sendiri. Terhenjut henjut kaki aku melangkah keluar dari rumah.
"Puan?" Ma B berkejar ke arah aku apabila aku sudah menyarung kasut tumit tinggi yang tajam di hadapannya.
'Senang nak belasah dia dengan kasut!'. Aku bergumam dalam nada yang rendah.
"Saya nak keluar. Tak perlu masak harini. Ma B boleh terus balik," Teragak agak Ma B mahu mengangguk. Dia segera mengambil beg yang dia bawa ke rumah banglow dua tingkat itu dari berlari anak keluar dari rumah itu.
Ma B menyerahkan kunci setelah siap mengunci pintu rumah.
"Ma B pulang dulu ya?" Aku balas senyumnya walaupun rasa macam aku bukan tengah senyum.
Kereta Rafidah datang tepat pada masanya. Aku pantas membuka pintu kereta MyVi itu.
"Apahal?"
"Cafe dulu. Nanti aku cerita," Sambil itu aku memicit dahi yang makin berdenyut. Kaki aku pun dah rasa lain macam. Perut mula sebu. Rasa nak muntah pun ada juga.
Kami mengambil tempat yang paling hujung. Berdekatan dengan dapur masak yang sememangnya terbuka.
Tanpa bicara , aku menyerahkan hp aku padanya. Video Haikal dengan perempuan bernama Zarika itu aku tunjuk pada Rafidah.
"Astagfirullah. Betul ke ni? ... Dee... Kau kenal laki kau kan? Dia takkan buat macam ni," Aku pandang air jus tembikai yang aku minta. Sedangkan Rafidah terkejut dengan perkhabaran itu , inikan pula aku. Isteri sah Haikal! Isteri yang diiktiraf!
"Takkan buat?! Kau lupa ke hah apa yang jadi lima tahun lepas? Kau lupa alasan dia cari perempuan lain sebab aku tak boleh mengandung?! Kau lupa dia ceraikan aku untuk perempuan yang lansung ..." Aku tak mampu teruskan lagi. Air mata aku terus terusan mengalir. Tidak aku hiraukan orang yang pandang aku kerana menjerit.
"Dee... kau ... tahukan yang masa tu Haikal kena ubat guna-guna? Dia tak sedar apa yang dia lakukan?" Perlahan Rafidah cuba memujuk sahabatnya. Dia menukar tempat duduk lalu duduk di sebelah Deelaila.
"Dah tu sekarang kau nak cakap yang dia kena sihir macam sebelum ni? Kau nak suruh aku redha macam dulu ke? Biar dia pijak maruah aku lagi?" Aku sendiri tidak menyangka bahawa aku tidak pernah lupa kisah yang berlalu lima tahun lepas.
"Rupanya kau tak pernah maafkan dia..." Aku terkedu. Rafidah mengeluh. Rafidah mengusap belakang aku.
"Aku tak tahu... Hati aku sakit sangat! Tapi... aku rasa aku mampu buat kalini," Aku pernah berjanji untuk hari kami bercerai dulu ialah hari terakhir aku menangis untuknya. Dan ternyata aku turut tak mampu menunaikan janji aku sendiri.
"Dee... aku bukan sokong dia... tapi janji dengan aku. Jangan mengalah selagi ada benda yang kau boleh pertahankan. Rumah tangga kau. Ingat tu." Rafidah memeluk tubuhku.
Aku terdiam. Mampu ke aku?
"So jangan sedih lagi! Kau kena kuat! Aku sentiasa dengan kau. But , before that..." aku berkerut kening bila lihat senyuman misteri Rafidah.
"Apa?" Aku bertanya pelik. Rafidah menayangkan cincin tunangnya pada wajah aku. Lagi aku tak faham.
"Kau balik rumah dulu. Buat macam takde apa-apa jadi. Lepastu esok aku roger kau bila aku nak jumpa," Aku pasti Rafidah dah ada idea yang 'sukar disangkal'.
.....
Aku bangun seorang diri lagi. Pandang kiri dan kanan , ternyata Haikal tidak pulang ke rumah lagi. Sudah masuk dua lagi , dan bermakna dua hari anak tiri aku wujud dalam dunia ni.
"Hahahahaha..." Tak de apa yang kelakar tapi aku gelakkan diri aku yang bodoh. Percaya Haikal tu busy sangat nak siapkan porposal untuk bentang dekat boss padahal bergembira dengan bini muda!
Geram.
Menyampah.
Sakit hati.
Cemburu.
Kecewa.
Aku memakai baju kurung serba hitam. Tudung dan kasut juga hitam. Peduli!
Nasib baik kereta Haikal tidak ada warna hitam. Aku siap menampal notis pada Ma B supaya tidak dapat bekerja harini.
Aku mengikut maps yang menunjuk jalan ke Mall yang Rafidah nyatakan.
Langkah aku mati apabila perasan ada dua lelaki asing di kiri dan kanan Rafidah.
"Sini!" Rafidah melambai dengan muka riangnya. Tunangnya , Zharif beriak tenang di sebelah kanan Rafidah manakala adik lelakinya , Afiq lansung tidak mengangkat wajah dari menatap hp.
"Sorry sangat. Dua ketul haiwan ni tetiba nak ikut aku sekali jumpa kau," Selamba Rafidah menggelar tunang dan adiknya haiwan tanpa rasa bersalah.
Aku senyum paksa. Sudahlah aku punya masalah besar. Diangkut pula dua orang lelaki . Bertambah tidak senang aku jadinya.
"Diaorang dah tahu ke?" Aku menjeling Zharif yang sedari tadi memandang aku tidak berkelip. Kadang kala aku tidak selesa dengan Zharif yang suka benar memandang aku. Walau ditangkap curi curi pandang , dia buat riak tidak bersalah dan bersahaja.
Rafidah menggeleng. Dia mahu keluar dari kepungan itu tetapi malangnya dia tidak boleh keluar apabila Zharif mengadangnya.
"Amboi! Nak pandang isteri orang tu agak agak ya. Ada juga yang buta mata nanti. Lansung tak de orang nak kat kau!" Rafidah bercekak pinggang. Dia berasa marah tetapi Zharif membalasnya dengan tawa besar.
Aku tak faham dengan sikap Rafidah dan Zharif ini. Hubungan mereka turut nampak pelik. Lebih kepada perangai kawan berbanding orang bercinta.
"Sayang.. tepilah. Karang aku pijak kau.. tahu marah!" Rafidah berdecit marah dengan Zharif yang annoying. Zharif buat pekak sampailah tumit kasut tiga inchi itu menghampiri pehanya.
"Okay! Okay! Aku gerak!"
Aku gelak. Diaorang memang sweet betul! Sorang suka menyakat. Sorang spesies tak nak mengalah. Lupa terus masalah aku.
Rafidah menggamit aku pergi jauh daripada mereka berdua.
"Aku dah ada plan. Tapi kalini aku nak kau jadi watak heroin drama queen" aku tercengang dengan idea terlebih bernas Rafidah.
"Kau ingat aku ni pelakon ke apa?!" Aku menjerit kerana terkejut dengan cadangan gilanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Unborn Baby
Literatura FemininaKepala Dee berdenyut sakit. Sebaik saja dia buka mata , dia sudah terbaring di atas katil bersama tangan yang di pasang wayar. "Doktor kata awak tak cukup air sebab tu pengsan," Suara Haikal boleh membuatkan empungan mata Dee pecah. Dia tak betah un...