empat

5.5K 340 9
                                    

Ash Arumi menghabiskan hiasan terakhirnya dengan menggunakan serbuk paprika di atas makanannya. Dia tersenyum lebar apabila makanannya sudah siap untuk dihidangkan.

Ash membuka apron lalu disangkut pada penyangkut baju. Wajahnya sentiasa berseri dengan senyuman manisnya.

"Biar saya hidangkan," Ash mengambil alih dulang makanan itu dari pekerjanya.

Putri tersipu malu apabila tangannya tersentuh tangan milik Ash. Mereka sempat berbalas senyuman sehingga Putri rasakan dia sedang dilamun asmara cinta.

Lelaki yang cukup pakej seperti Ash sememangnya digilai oleh ramai perempuan. Aura positif yang dibawa oleh Ash mampu menarik orang ramai untuk setiasa tertawan dengannya.

Ash menghampiri tempat yang agak tersembunyi. Spagetti Carbonara dan Americano dihidangkan pada lelaki yang bersut kerja.

"Terima kasih. Duduklah," Haikal bersuara. Ash menarik kerusi dihadapannya.

"Apa yang kau nak bincangkan? Sampai tak boleh nak tunggu habis waktu kerja?" Ash terus bertanya niat sebenar Haikal setelah dapat panggilan telefon dari lelaki yang selalu sibuk itu.

"Aku nak serahkan kembali apa yang aku dah ambil," Suasana tiba tiba saja bertukar dingin. Ash mengekalkan senyuman nipisnya.

"Kau tak pernah ambil apa-apa daripada aku. Macam mana kau nak pulangkan kembali?" Haikal kekal serius. Dia lansung tiada masa untuk jenaka yang dicipta oleh Ash.

"Aku tahu kau faham maksud aku. Mulai hari ini , Deelaila milik kau," Senyuman Ash semakin pudar. Keningnya mula berkerut apabila mencerna kata kata Haikal.

Sepantas ayat Haikal , sepantas itulah penumbuk jantan Ash tepat mengena pada rahang kanan Haikal sehingga lelaki itu tergolek jatuh.

Ash mengcekak kolar baju Haikal.

"Kau ulang sekali lagi!" Ash bertanya dingin. Suaranya selagi boleh dikawal. Dia menarik Haikal untuk bangun.

Ternyata bunyi kerusi yang jatuh itu menggamit ramai pengunjung untuk menyaksikan mereka.

Ash melepaskan. Haikal segera membersihkan kotoran di tubuhnya.

"Aku pernah janji dengan kau , Carl! Sekali kau sakitkan dia , kau takkan dapat jumpa dia lagi!" Ash bersuara tidak ubah seperti sedang berbisik. Dia bukan lelaki yang marah tak tentu pasal.

"Aku dah tak perlukan dia," Mencerlung mata Ash memandang Haikal yang beriak tidak bersalah.

"Aku tak nak tengok muka kau lagi di Restoran aku," Ash mahu segera menjauh dari jadi tumpuan orang ramai. Dia tidak suka situasi sebegitu.

Haikal memasukkan satu nota kecil di atas meja berserta duit bil makanan.

...

Deelaila P.O.V

Berkali-kali nombor Haikal di dail dan akhirnya lelaki itu mengangkat panggilan.

"Hello?" Sudah lama aku tak dengar Haikal bersuara dingin denganku. Segala yang tersirat dalam hati seakan lumpuh dari mahu mengungkapkannya.

"Abang dekat mana?" Lain yang mahu di beritahu , lain yang diucapkan. Aku menunggu dia membalas dengan penuh gentar , takut sekiranya di menjawab dia berada di rumah perempuan itu.

"Depan kuanter pendaftaran," bagaikan satu letusan bunga api , hati aku memekik kegembiraan. Bibir aku merungkai sebuah senyuman.

"Abang datang sini?" Aku bertanya dengan tidak sabar. Menunjukkan isi hati aku yang benar benar teruja untuk bertemu dengannya.

Unborn BabyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang