Air mata Deelaila bergenang lagi. Yang dia harapkan hanya sebuah kemaafan daripada lelaki itu.
Tetapi tidak sekalipun lelaki itu memohon maaf terhadapnya. Sudah hilangkan rasa cinta Haikal terhadapnya?
Selepas kejadian dia memberitahu bahawa dia masih cintakan haikal. Tidak sekalipun Haikal menjenguknya di rumah.
Kejadian itu berlarutan hingga minggu ke dua. Kadang kala , Deelaila berharap bahawa semua yang berlaku hanyalah mimpi dan dia akan bangun daripada mimpi buruk itu.
Hari hari dia tanpa Haikal , tak ubah seperti sebuah penyeksaan. Dia ibarat nyawa untuknya. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk kehilangan Haikal lagi.
Dia turut tidak faham tentang dirinya sendiri. Ada masa dia terlalu benci terhadap Haikal sampaikan dia berharap bahawa Haikal mati bersama perempuan itu. Tapi ada kalanya dia redha bahawa Haikal bukanlah miliknya seorang.
"Puan tak nak telefon encik Haikal ke?" Walaupun Nurin tidak tahu apa-apa , tapi dia seakan mengerti keadaan yang menimpa keluarga itu. Keluarga yang tiada sinar bahagia apabila kedua duanya sembunyikan rasa hati.
Deelaila menggeleng. Matanya sudah sembab kerana terlalu banyak menangis.
"Saya nampak puan makin hari makin pucat. Puan nak saya bawakan puan ke klinik tak? Salah boleh memandu," Sekali lagi Nurin menawarkan khidmatnya.
Deelaila tergelak kecil. "Saya okay je. Terima kasih,"
Nurin terpengun melihat Deelaila yang sedang senyum ke arahnya.
"Puan nampak cantik bila senyum," jujur dan ikhlas dari hati apabila dia menuturkan kata.
"Maaflah. Emosi yang tak berapa nak stabil kebelakangan ni. Jadi bila saya marah atau tak hiraukan awak , tolong maafkan saya ye," Lembut dan sopan tutur bicara Deelaila membuatkan Nurin kagum melihat perempuan di hadapannya.
Selama dia bersama Deelaila , tidak sekalipun perempuan itu mengeluarkan bicara melainkan apabila Dee sedang marah.
"Puan mengandung?" Tebak Nurin tepat pada sesarannya. Dee mengangguk.
"Encik Haikal dah tahu?" Kali ini Dee mengambil untuk berdiam diri.
"Saya mungkin tak tahu apa yang terjadi antara puan dan encik Haikal. Tapi saya yakin dengan apa yang saya nampak. Korang berdua saling menyayangi antara satu sama lain,"
Dee mengeluh lemah.
"Saya harap begitulah," ujurnya perlahan.
.....
Malam itu , tidurnya diganggu dengan bunyi ketukan yang kuat di biliknya. Dengan rasa kantuk yang masih menghadkan dia untuk berfikir secara normal , Dee membuka pintu bilik dengan rasa marah yang meluap-luap.
"Awak nak apa kacau saya malam buta ni?" Dee mendengus marah. Sebaik saja pintu terbuka luas , ada badan yang lebih besar daripadanya menghempap tubuhnya.
"Arghh!" Dee menjerit kerana terkejut. Matanya terus segar bugar. Nasib baik dia sempat berpaut pada dinding dan tubuh itu berjaya berada dalam dakapannya.
"Haikal?" Dee separuh menjerit separuh terkejut. Badan Haikal terasa begitu panas.
"Awak demam ke?" Dee terpaksa menggagahkan dirinya untuk mengheret Haikal ke katilnya. Sudahlah dia berbadan dua , tidak sihat lepastu terpaksa menampung berat Haikal dari jatuh ke lantai.
Dee menolak tubuh Haikal jatuh dengan kasar di atas katil. Dia meregangkan urat sarafnya yang sengal akibat mengheret Haikal.
"Fuh!" Dee mengeluh lega melihat hasil usahanya membawa Haikal. Dia membetulkan kepala Haikal lalu di letakkan di atas bantal.
![](https://img.wattpad.com/cover/153969593-288-k670892.jpg)
YOU ARE READING
Unborn Baby
ChickLitKepala Dee berdenyut sakit. Sebaik saja dia buka mata , dia sudah terbaring di atas katil bersama tangan yang di pasang wayar. "Doktor kata awak tak cukup air sebab tu pengsan," Suara Haikal boleh membuatkan empungan mata Dee pecah. Dia tak betah un...