PROLOG

382 20 5
                                    

"Atul, ambilkan serbuk pencuci baju Dynamo please" suruh Hjh Umaira, ummi ku.

Panggilan 'Atul' untuk aku adalah hadiah daripada ummi sejak aku berumur satu tahun yang mana perkataan pertama aku ialah 'ummi'.

Oh ye, dimanakah adab aku ni? Lompat ke Australia kot. Nama aku adalah Wardatul Nawra Bte Hj Firhad Nasruddin. Umur? 21 tahun. Sijil penghargaan? Bru sampai STPM dan ye, masih lagi tinggal dengan ibu bapa sebab belum lagi kahwin. Okay? Continue.

Tanpa membantah, aku terus ke bahagian kelengkapan laundry. "Mana Dynamo ni?" soal ku sendirian. Selepas menyemak kesemua shelf, "oh patutlah tak nampak!". Ada seorang lelaki muda dok menyusun paket-paket serbuk pencuci yang aku nak ambil, macam manalah aku nak ambil serbuk tu? Aku ni lagi susah nak hadap lelaki.

Ayat-ayat ku terpotong apabila lelaki muda tu memulakan kata "erm sorry, nak ambil ni ke?" sambil menunjukkan Dynamo yang ada pada shelf disebelahnya. "Ah?  ya.  saya.  nak", terkedu aku dibuatnya.

Lelaki ni dahlah tinggi, kacak pula, macam mat saleh ada juga tapi mata dia nampak asal melayu. Eh? Alahai, bedye pula dia ni, walaupun kat hujung-hujung rambut, nanti air wudhu tak masuk! "Okay, nah!" sahut lelaki tu. "Oh, terima kasih" tanpa melirik mata lelaki tu, aku mengambil serbuk Dynamo daripada dia dan terus berpaling untuk ke tempat ummi tadi.

Entah mengapa, muka ku rasa panas. Pipi pun dah berubah-ubah warna dari kuning ke merah, macam lampu isyarat.

Setelah selesai membayar kesemua barang-barang keperluan di rumah, ummi terkepit-kepit membuatkan aku tertawa kecil "Atul, ummi pergi tandas dulu, tunggu sini je", dan terus berlari menuju tandas. "Eh, ummi!", namun ummi cepat menghilang dari pandangan. "Tak tahan lah tu, jangan terkencing kat seluar sudah"

"Cik belum balik lagi?" tanya seseorang. Aku cam suara dia, tapi belum lagi ku toleh menghadap mukanya. "Selagi saya di sini, maksudnya..." sudah ku toleh, aku kaku.

Lelaki muda tadi tu rupanya. Buat apa dia disini? Bukan dia harus siapkan kerja-kerja tadi ke? "Maksudnya awak belum balik", sambung lelaki tu bagi menghabiskan ayat ku tadi.

Dia senyum.
Aku mati.
Dari solid ke liquid!

"Eh, jap! Awak bukan kerja sini ke?" soal ku kat lelaki tu, dia mengangkat beberapa bag plastik berisi barang-barang yang mungkin dia baru beli tadi.

Ya Allah, aku baru sedar.. malunya aku! Masa tu, lelaki tu pakai t-shirt warna hijau. Pekerja market pun pakai warna t-shirt yang sama. Macam manalah nak bezakan, logo market punyalah kecil sampai semut pun tak nampak.
        
"Taklah, pekerja sini tak reti nak buat kerja, tu lah saya tolong, tak salah kan?", habis aku diketawakan oleh mamat ni

        ... kring ... kriing
Telefon lelaki tu berbunyi, nama contact ibunya terpapar pada skrin telefonnya. "Maaf, saya kena angkat call ni" katanya sambil berjalan kearah berlawanan dengan jalan keluar.

Bahu ku dicapai oleh ummi dari belakang "jomlah balik, nanti tertunggu orang dekat rumah". Baik juga mamat tu, walaupun..

Eh! Alaa, tak sempat nak tanya nama.

Kerana Mu, Aku IkhlasWhere stories live. Discover now