Aku masuk ke bilik dengan membuka pintunya dahulu sebelum masuk dan tak sabar nak buka kotak yang aku dapat dari entah siapa yang hantarkan pada aku. Mungkin orang, mungkin bukan. Mungkin yang aku kenali, mungkin tidak. Atau mungkin malaikat menghantar bungkusan kotak hidayah.
Aku duduk di atas katil bersedia untuk membuka bungkusan kotak. Beberapa kepingan surat diikat pada kotak dan aku mengambil kesemuanya untuk dibaca.
Eh? Kosong?!
Apa kena dengan si penghantar bagi aku kertas kosong? Aku pun ada kertas kosong berlambak lah kat sini! Aku simpan kertas tu ketepi, geram dan mula membuka bungkusan. Tu bukan surat, tapi kertas je. Siap aku mengoyak bungkusannya, warna kotak itu adalah baby blue. I like.
Namun aku buka kotak tu, ada kotak kecil lagi. Haih, aku dah dapat agak si penghantar ni jenis yang suka mainkan perasaan orang. Jadi, aku buka kotak kecil tu dan wow!
Ada botol kecil, sangat kecil, sebesar jari manis, yang berisikan bunga mawar putih dan ditutup pada mulut botol dengan gabus kecil. Cantik dia tak terkata, rupa dia pun agak mahal. Aku simpan je balik botol kecil tu dan mula mengangkat kepingan gambar yang ada pada sebelah botol tadi.
Gambar-gambar tu disimpan terbalik di dalam kotak membuat keinginan ku untuk tahu isi kandungannya lebih tinggi. Tanpa membuang masa, aku terus angkat dan tengok sekeping demi sekeping.
Seorang gadis ayu, manis, putih, bertudung singkat, senyumannya menampakkan gigi yang rata takde cacat cela, wajahnya pun sempurna tiada bukit-bukau. Namun, aku tak kenal siapa dia.
Kenapa aku dihantar kotak berkandungan gambar seorang gadis yang cantik? Aku masih lagi sukakan lelaki lah. Aku terus flip gambar pertama untuk lihat yang kedua. Kali ni gadis yang sama tetapi menghadap seorang lelaki yang hanya menunjukkan belakangnya.
Aku flip lagi.
Gambar Mateen di atas katil. Seorang. Tengah duduk, jangan fikir lain!
Flip lagi.
Selfie Mateen dengan gadis pada gambar pertama tadi. Comel, tapi aku penuh dengan kekeliruan.
Kepingan yang terakhir membuat bulu roma ku berdiri; aku nampak diri ku ada pada gambar dengan Mateen di fountain. DI FOUNTAIN?? Ada yang jadi paparazzi ke tadi? Moment fountain ni baru je beberapa menit yang lalu, maksudnya si penghantar tu ekori aku sampai balik rumah!
Aku tutup mata, tarik nafas sedalam-dalamnya dan hembuskan. Serabut aku ni sampai lipatan tudung ku tak teratur, rambut pun macam akar pokok kelapa dah; terkeluar dari tudung.
Aku ambil kertas disebelah ku; di atas katil dan terus berdiri menuju ke meja belajar supaya kertas tu tersusun rapi. Meja ku disinari dengan beberapa pancaran cahaya matahari dari tirai yang ku buka hanya setengah sahaja.
Sebaik sahaja aku memaling badan ke bilik mandi, sinaran dari kertas tadi menarik perhatian ku. Aku pusing semula pada kertas dan nampak tulisan yang kabur. Tirai terus aku buka sepenuhnya dan teliti kertas-kertas tadi.
Okay, so kertas ni mesti ada cahaya untuk nampak tulisan dia. Tak terfikir pula aku nak buat surat rahsia macam ni. Aku mula membaca, 'kepada Wardatul Nawra, selamat datang ke neraka'.
Gila punya orang!
Ni baru kertas pertama, dah buat mulut ku ternganga membaca ayat yang dia tulis. Kalau boleh lah aku nak balas orang ni serta merta 'kau siapa? Tuhan ke?'.
YOU ARE READING
Kerana Mu, Aku Ikhlas
General FictionWardatul Nawra, yang berkehidupan dengan sebalik permintaan yang tersirat dalam setiap doanya. Adakah dia akan terus berserah diri pada Allah atau mengalah? "Kenapa kau sanggup buat semua ni?" "Aku nak belajar ikhlaskan diri untuk jadi imam kau Lil...