Mateen CEO
> belum jalan lagi rupanya
> lepak tak ajakAaira, yang duduk sebelah aku nampak notification pada skrin phone aku, "whaaat, ada nombor CEO laaa". Aaira senyum sinis, apa lagi Zahra, memang ikut senyum lah. Senyuman diaorang berdua ni memang buruk dan menjijikkan; mempunyai beribu makna. "Kan aku dah kata bekas interview. Lagipun dia CEO, aku belum tentu lagi masuk kerja sini", kata ku pada diaorang berdua.
"Kau tau tak berapa banyak orang apply kerja ni kena tolak? Kena terima pun, tak lama kena pecat. CEO ni strict sangat. Tapi, dah sampai dia text kau macam ni, just pasal tak ajak lepak, ada hint kau kena accept dan.."
Kata-katanya terpotong bila aku membuka mulut mengatakan "dan apa?", kalini mata aku sengaja besarkan. Zahra senyum-senyum je, "macam tak tahu", bisik Zahra pada Aaira. Fikir aku tak dengar ke? Hello, jarak berapa cm je okay.
"Dahlah, kita cakap pasal kita je. Tak yah nak fikirkan CEO tu", aku cuba menukar topik. "Eh, jawab lah dulu, kesian dia tunggu awak balas. Kalau kau tak balas, kami tak nak cakap apa-apa", kata Aaira pula. Diaorang ni suka nak buli aku tak tentu pasal.
"Bak dia datang sini!", Zahra ambil phone aku. "Ehh!". Terlambat! Zahra dah open Whatsapp.
Datanglah, tak kesah pun<
Seen.
Buat perangai ah Zahra ni. Memang minta kena lempang!
Mateen balas.
> Okay
> Tunggu jap"ZAHRAAAAAAA!", habis suara aku keluarkan, biar satu cafe dengar.
Mateen keluar kereta. Jalan. Masuk bangunan. Jalan. Pusing kiri. Jalan. Sampai meja dimana kami berada. Beri salam. Kami pun jawab salam dia.
Dia duduk tanpa kami mempelawa, "terima kasih jemput", katanya. Dia pandang aku dan senyum. Aku senyum balik, tapi macam tak ikhlas juga senyuman aku tu. Baru kenal sehari dah buat perangai kat dia. Walaupun sebenarnya Zahra yang buat. Bukan aku yang suruh dia datang sini.
Mateen ni social juga orangnya. Dia bawa Aaira & Zahra bersembang ketawa-ketawa sampai aku pun ikut ketawa. Tak sangka perangai CEO macam tu. Ada pada saat tu, aku mula mengelamun, buat entah kali keberapa.
Rancak diaorang borak-borak, tanpa aku sedari, Mateen bertanya "kan Warda?". Aku mengangkat kirai sebab tak dengar statement sebelum 'kan Warda?' tu. Aku melihat Aaira & Zahra yang kini dengan 'happy faces' diaorang. Seorang tutup mulut walhal mulut ternganga, seorang lagi senyum sampai ke telinga.
"Kan saya dah terima awak sebagai P.A. saya, tak ingat?", ayat Mateen membuat ku keliru.
Tok! Tok!
Ada orang ke dalam minda?
Rasa kosong.
Macam mimpi.
Mateen dah terima aku jadi P.A. dia?
Asal berita datang tanpa ribut ni?Aku kehabisan kata-kata, yang keluar hanya; "Awak serious ke ni?", memastikan dia tak mainkan harapan ku yang tinggi. "Eh yelah, tapi esok jangan masuk kerja dulu. Rehat sebanyak mungkin. Lusa baru masuk. Ni, saya ada kerja nak dibuat. So, saya kena gerak dulu. See you when I see you", kali ni dia berkata-kata tanpa putus pandangannya dari aku.
Dia senyum lagi. Aku balas je lah.
Sedekah kata orang.
Dia angkat tangan kat Aaira & Zahra tanda salam dari lelaki pada perempuan. Diorang berdua mengangguk bagi membalas kehormatan Mateen. Usai Mateen berangkat dari tempat duduknya, dua orang yang tinggal ni terus memandang aku, tajamnya boleh menembus kayu!
"Sah! 100% CEO ni suka kat kau dah. Sampai berani datang sini, kau rasa?", ni Zahra.
"Tadi kau beritahu kat kitorang kau masih menunggu jawapan jadi PA dan dia datang sini bagitau kau kena terima, kau rasa?", ni pula Aaira.
Kami bertiga ni memang tak boleh bergabung, dua orang usik seorang, mana aci! Tapi, baik juga kan dia ni. Berbudi, pakaian tak comot, hormatkan perempuan, suka senyum.
"Kau tak suka dia ke Warda?" Soal hati ku.
Aku balas sendiri, "apa pulak tanya aku? Dah kau nama hati, pikirlah sendiri".
Karenah aku memang suka tanya diri sendiri tentang perasaan ku terhadap lelaki. Aku tengah cuba tundukkan pandangan setunduk-tunduknya. Sampai tersujud pun tak apa, tapi yelah manusia ni degil.Tengok jam tangan.
Dah nak tengah hari.Ummi ambil Ayuni ke tak ye? Takpelah, aku je ambil. Alang-alang nak balik rumah, baik teruskan je ambil Ayuni kat sekolah.
"Hoi! Kau suka CEO tu, eh?", sakat Aaira dengan muka hantu dia. "Eh, mana ada laah", aku menafikan. Aku tahu diri aku macam mana. Mudah jatuh hati pada lelaki species Mateen.
Kacak.
Segak.
Berbudi.
Eh, dah lah, asyik describe dia je aku ni. Tapi, aku belum kenal lagi hati dia macam mana. Perangai dia. Rupa dari luar tak macam rupa kat dalam."Aku nak ambil adik aku ni..", belum sempat aku menghabiskan kata-kata, Zahra dah menyampuk "Ha! Ha! Mengelak lah tu! Dah agak dah. Skill!". Skill pala hotak hang, niat aku baik nak tolong mak aku, okay!
"Eh, betullah!", lengan Zahra kena tampar buat kali kedua. Kalini, aku yang tampar, siapa suruh degil sangat. "Tadi aku kata stop cakap pasal Mateen tak nak dengar", kata ku sambil memandang ke tempat lain.
Aku pun berlakon ala-ala merajuk "Ha, mulut tu, asal muncung-muncung? Tunggu Mateen cium ke?", kena sakat lagi oleh si Aaira. Aku balas selamba je, "pigii lah kau punya cium. Aku nak ambil adik aku dulu, jangan lupa solat! Assalamu'alaikum", kata ku lalu pergi.
Kami bertiga memang dari dulu sama-sama ingat-mengingati tentang solat. Dari situ kami tunjukkan kasih sayang diantara satu sama lain.
Sebab Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda 'seseorang daripada kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri'. (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
________maaf ye kalau Lya ada salah penggunaan bahasa.
♡
YOU ARE READING
Kerana Mu, Aku Ikhlas
General FictionWardatul Nawra, yang berkehidupan dengan sebalik permintaan yang tersirat dalam setiap doanya. Adakah dia akan terus berserah diri pada Allah atau mengalah? "Kenapa kau sanggup buat semua ni?" "Aku nak belajar ikhlaskan diri untuk jadi imam kau Lil...