"Iz agree".
Macam mana nak bantah?
Ahh, salah kau lah ni Warda!Siap cakap 'kalau Iz agree, then so do I'. Oh my god, tak terfikir pula aku, dia setuju macam tu. Lepas je 2 patah perkataan dari Izdihar, aku berlari ke tandas tetamu atas alasan 'sakit perut'. Walhal, sikit pun tak sakit.
Aku tengok cermin, dah macam orang gila. Phone! Mana phone aku? Aku kena minta tolong Aaira atau Zahra atau Najwa. Siapa siapa lah.
Malangnya..
Phone aku tengah charge kat atas. Aku menepuk dahi, tak terfikir dah cara lain nak bantah.
"Woi, tak usahlah lama-lama kat dalam, aku kenal sangat adik aku ni menggelabah, terus masuk jamban. Ummi panggil abang ngan Ayuni turun, kitaorang tunggu kau lah ni", suara abang Syraf buat aku terkejut. Alahai, kenapalah kena panggil dua ekor ni? Tak habis-habis nak kenakan aku je nanti.
Aku buka pintu.
"Haa bagus", lalu abang menuju ke ruang tamu. Aku ikut dan ikut juga duduk di tempat yang sama, bersebelahan.
Tak pasal-pasal aku jadi perempuan melayu terakhir kat satu malaysia, ayu mengalahkan pondan!
________
"Kau accept macam tu je?".
Nak buat macam mana lagi? Semua ni aku buat demi ayah. Masa tak panjang, hidup tak berpeluang. Aku mestilah balas jasa ayah dengan menunaikan hasratnya yang terakhir.
Aku hanya dapat beritahu Najwa tentang pernikahan aku dengan Izdihar. At least, dia dapat faham kenapa aku tak ajak datang. Kalau Aaira dengan Zahra, memang banyak lagi soalan diorang sampai longgar mulut aku nak jawab. Nasib aku sayang diorang.
"So, what's your plan?".
"Hmm, not mine, tapi plan ummi ngan aunty Suzanna yang bakal aku panggil mummy", lepas je berbincang semalam apa yang nak kena buat untuk majlis esok, aku terus wish goodnight, salam macam biasa dan berlalu pergi.
Sakit mata aku nak tatap wajah Iz lama-lama. Belum nikah dah meluat, apa lagi dah nikah, tiap-tiap hari aku pandang dia.
Eh, aku ni macam setuju juga dengan pernikahan ni.
Ahh.. macam mana eh? Dia tu handsome, putih, jahat tak, kurang ajar tak, tapi perangai dia je acah-acah mat saleh.
Since majlis ni tak open sangat, hanya saudara terdekat yang datang. Pagi ni kena fitting baju nikah, simple je. Nak pilih barang-barang hantaran sampai ke petang, dah malam baru simpan atas dulang. Abang Syraf dan tunangnya tolong tengok masjid yang dekat untuk book. Ayuni dan Zara tolong tempah catering dalam 25 orang je. Then malam tu baru mula berinai, masatu ummi dan mama akan ambil baju nikah. Lepas tu, yang dah siap kerja petang tadi tolong simpan beras dalam bekas cantik untuk campur.
Haih.. aku yang punya majlis, diorang pula yang terlebih sebok. Berat tau tolong tengok aje. Aku siap kena mandi bunga lagi oleh ummi.
"Waw, penuh schedule", habis semua details aku beritahu Najwa.
Aku perlu gerak sekarang ke Nurita Harith Designer's Boutique. Ummi dan aunty Suzanna ikut sekali, diaorang dah call semalam, tanya baju nikah ada yang ready-made ke tak, nak yang simple but elegant, size pun sederhana je.
YOU ARE READING
Kerana Mu, Aku Ikhlas
General FictionWardatul Nawra, yang berkehidupan dengan sebalik permintaan yang tersirat dalam setiap doanya. Adakah dia akan terus berserah diri pada Allah atau mengalah? "Kenapa kau sanggup buat semua ni?" "Aku nak belajar ikhlaskan diri untuk jadi imam kau Lil...