bab 7 - sifat.

103 14 0
                                    

Mata aku terbuka dengan sendiri.

Aku tengok jam loceng ku, 5.29 am. Dah pagi rupanya. Asal macam kejap je aku tidur? Tanpa tengok mana-mana, aku terus ke kamar mandi untuk mandi. Eh, terlupa tuala pula!

Aku patah balik ke tempat dimana aku gantung tuala aku dan nampak Yasmeen masih berselimutkan diri.

Siap mandi dan memakai baju, aku terus ke meja solek bersedia nak jogging. Simple je, tudung main masuk aje pun boleh.

Aku tengok diri ku dihadapan cermin.

Aku ni bukanlah kurus, bukanlah gemok sangat, tapi kalau dah bab makan! Ish ish, kalah syaiton. Tapi kalau orang dah bagi rezeki, malu-malu pula, kalah kucing. Apa kata diorang? 'shy shy cat'? Haa.

Wajah aku pula, tak putih sangat walaupun banyak orang kata aku putih. Ala, putih sikit je, tak seputih kapur. Tapi dengan warna kulit ni lah terserlah jerawat-jerawat aku. Tu lah, dulu masa wajah flawless, mengata muka abang sendiri kotor. Sekarang, tengok! 2 x 5 je.

Takpe, masih cute.

Ada juga yang kata muka aku macam orang arab, kalau tak, macam muka pakistan, kalau tak juga, macam muka vietnam pun ada. Macam-macam! Aku sendiri pun tak tahu muka aku ni muka mana, kacukan ummi dan ayah lah satu-satunya jawapan.

Kalau bab perasaan hati, memang susah. Asal jumpa je lelaki baik, ala-ala soleh, putih, macam tenang je tengok muka dia, haa mula lah datang perasaan suka. Tapi percayalah, aku jenis yang setia, siapa boleh lawan aku ada crush kat orang ni dari darjah 5 sampai aku habis sekolah?

Aku kena jaga pandangan, aurat dan macam-macam. Sebab lelaki pertama yang akan dapat attention aku hanya sang suami.

Aku memang jenis yang manja. Tak kat ummi, kat ayah, kalau bukan gak kat abang sendiri. Hehe.

Dah siap berusai menutup aurat dengan pakaian dryfit, aku pergi ke katil membanguni Yasmeen. Selimutnya aku alihkan.

Memang manusia ni boleh berubah ke bantal ke?

Mana dia?

Aku mencarinya pada setiap sudut dalam bilik aku. Habis semua aku tengok, tak ada!

Aku keluar bilik dan menuruni tangga menuju ke tempat mana ummi berada. Kat ruang tamu takde, dapur takde, kat surau pun takde.

Akhirnya aku ke taman kecil kat belakang. Oh, kat sini rupanya ummi! Aku belum lagi menanyakan apa-apa, ummi dah bersuara "ni kenapa muka monyok je? Habis tawar kopi ummi". Tambah monyok lah aku.

"Kopi bukannya memang tawar ke?", aku menyoal. "EH!", *pap* kena tampar kat lengan. "ADAHH!", sakit wei tamparan seorang mak. "Kopi ni pahit, bukan tawar. Kau nak kata ummi bancuh kopi tak sedap ke?". Ehe, aku menggeleng.

"Maaflah ummi", kata ku sambil menyalam ummi. "Ni haa Atul cari budak yang Atul minta izin kat ummi kelmarin, ingat?". Ummi pegang dagu, memikirkan. Aku mengharapkan jawapan positif. "Tak nampak pula". Aduh, negatif. Macam mana aku nak tahu mana Yasmeen sekarang?

"Ala, janganlah sedih, ada hikmah kenapa dia datang dan pergi. Ni dah lawa, putih, gebu, bulu mata ni pun dah gugur, nak ke mana? Nak jumpa kawan?", sentuhan ummi membuang bulu mata ku yang aku rasakan kat pipi buat aku tersenyum. Indah dunia dapat hidup dengan seorang ibu. Sebab tu, hargailah dia!

"Macam biasalah, Atul nak jogging kejap. Lepas tu balik sini, tukar baju. Lepas tu pergi kedai bunga kawan Atul. Lepas tu balik sini lagi. Lepas tu--".

Ummi tolong sambungkan, "--lepas tu, Atul kena ikut ummi jumpa kawan ummi".

Aku membalasi ummi "eh, tu ummi yang kata. Bukan Atul".

"Tolonglah temankan ummi, jarang kot jumpa kawan". Warda! Kau kata hargai ummi, baik kau akur je.

Senyuman seikhlas hati aku berikan pada ummi, "baiklah permaisuri hati ku". Aku kucup pipi ummi dan menyalamnya buat kali kedua untuk berangkat ke taman khusus buat bersenam.

Aku balik ke dapur mengisi botol minuman untuk dibawa ketika aku bersenam. Takpe Warda, kau rehatkan minda dengan jogging, okay!

________

Sorry korang, pendek je bab ni. In Shaa Allah bab seterusnya akan lebih menarik. Stay tune 🙌🏻

Thanks for supporting ✌🏻

Kerana Mu, Aku IkhlasWhere stories live. Discover now