Bab 12 - percepatkan.

88 6 1
                                    

Ceramah selepas 'Isya memang best dengar.

"Jika Allah tak makbulkan do'a kawan-kawan sekalian, persiapkanlah diri. Sebab Allah akan beri lebih daripada apa yang kamu minta", ayat simple yang imam Musa sampaikan tadi melekat kat kepala.

Itu lah manusia, tak sedar dengan apa yang kita ungkapkan ketika marah, stress dan cemburu.

Aku tak boleh berburuk sangka kat Allah, yang selama ni dah beri aku bermacam-macam nikmat.

Aku semakin jarang pegi masjid atas asbab ummi telah menyediakan surau sendiri kat rumah. Tapi tak seronok lah kalau takde imam yang suka membebel; ayah dah tak mampu mengimamkan isteri dan anak-anaknya masa ni, apa lagi nanti bila dah pergi.

Allah dah sayang kat ayah dan aku kena percaya yang semua benda ada hikmahnya. Macam malam ni juga!

Tergerak hati aku nak pegi masjid, dengar ceramah pun boleh mempositifkan diri yang negatif. Terutamanya pada Tuhan kita sendiri.

Ummi tak ikut sama, nak jaga ayah kat rumah. Kalau aku solat kat rumah, macam rasa kosong je. Abang dah lah sebok ngan majlis perkahwinannya tak lama lagi.

Tak nak lah kacau.

Dengan itu, aku mengambil keputusan untuk berbasikal ke masjid, nak relaxkan minda. Tak salah kan? Ke salah? Perempuan jalan sorang-sorang waktu malam.

Takpe, kita balik cepat. Dengan segera aku masukkan telekong ke dalam tote bag dan mempersilakan diri untuk keluar.

Keluar je, first thing aku cari adalah selipar. Mana selipar aku ni? Selipar kalau kat masjid asal senang hilang eh? Selipar berlambak kat bawah rumah Nek Simah yang bebiar tu, tak ada pula yang nak ambil.

Nasib baik aku pakai stokin, ada juga lah protection untuk kaki. Last last, aku malas nak hirau, jalan je lah.

Aku mula mengayuh basikal dalam 2-3 kayuhan. Basikal ni lah satu-satu harapan untuk aku nak keluar rumah. Namun, aku dihentikan. Tak stabil terus basikal aku, nasib baik tak jatuh.

Dia pergi masjid juga rupanya, "Iz nak apa?". Weh weh weh, sejak bila aku bahaskan dia dengan namanya? Aku sendiri pun terkejut apa yang keluar dari mulut aku.

Dia pun terkejut juga, tapi dengan selamba dia sambung, "tunggulah kejap".

Motif?

Aku tak cakap sepatah pun, baru nak sambung kayuh. Tapi dihentikan lagi.

"Apani?", geramnya aku! Dia tengok aku dari atas sampai bawah. Sampai je bawah kat kaki yang hanya berstokin, dia terus gelak. Tak lawak pun lah tak pakai selipar. "Asal kaki awak tu bogel? Memang tak pakai selipar pegi sini?", Iz menyakat aku.

Aku balas lah, "manada bogel! Berstokin kira berbaju apa".

Sambil dia ketawa, ada seorang lelaki menyapanya. Biasalah lelaki, saling jumpa mulalah dengan handshake, tanya khabar bagai.

Iz pusing belakang nak tengok siapa.

Dan saat itu, aku jumpa selipar aku! Dia yang curi rupanya! Patutlah tangan asyik kat belakang je, rupanya pigang selipar aku. Meh aku tolong..

Sekejap je, Iz dah pusing depan balik. Tak sempat pula nak ambil selipar aku.

Kawan Iz menyatakan ayat, "lama tak tengok kau jenguk masjid", membuat aku terbatuk sekali. Sengaja aku buat sekali, biar bunyi je besar. Iz datang masjid malam ni nak curi selipar aku je ke apa?

Kerana Mu, Aku IkhlasWhere stories live. Discover now