bab 5 - sesuatu.

139 10 3
                                    

Dalam perjalanan ku menuju ke sekolah Ayuni, radio yang aku pasang memainkan lagu Save Me From Myself, yang dinyanyikan oleh Harris J. Lagu ni menusuk ke jiwa bagai pedang berapi sakti dari tujuh keturunan yang lepas tentang seorang hamba yang memerlukan Tuhan-nya untuk menyelamatkannya dari nafsu dan sifat buruk dalam dirinya.

Sebegitu juga dengan aku, ingin memperbaiki diri untuk menjadi seorang insan yang mulia di sisi Tuhan. Sesungguhnya, tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini.

Aku menekan break pedal lalu menghentikan kereta di letak kereta di hadapan sekolah. Belum keluar lagi Ayuni ni. Tak nak keluar sudah, aku je keluar; dari kereta.

Cantik wei sekolah dia. Aku keluar dari kereta meneliti suasana, macam tak pernah tengok sekolah seumur hidup. Walaupun dari tempat parking dengan bangku tu jauh, aku jalan je, daripada aku berdiri-diri-diri-diri-diri baik aku duduk sambil tunggu Ayuni. Setiap bangku penuh dengan dua-ke-tiga binatang, satu bangku ni je ada seorang lelaki berpakaian casual. Aku malas nak kesah, duduk je terus. Aku menjauhkan sikit jarak antara aku dengan dia. Lelaki ni pandang bawah, aku ingat kat mana dia tengok tadi, rupanya kat phone. Tak hairan lah, dah memang budak-budak ni belum keluar lagi. Menyesal juga aku tinggalkan phone dalam purse aku dalam kereta.

Aku mampu melihat fountain yang dah bergelugut tu. Mungkin pembersih cuti 5 tahun kut.

Pabila ku menoleh ke kiri, ada seorang lelaki tua. Kemudian aku menoleh ke kanan, juga ada orang tua. Dimana-mana ada orang tua, tapi yang seorang ni nampak letih; berpeluh satu badan. Aku mula bermonolog, 'dia berjalan dari rumah sampai sini ke? Dah berpeluh bagai'

Aku dah lama duduk dalam kereta driving, so aku berniat nak beri tempat duduk aku kat dia.

Sebaik saja aku nak berdiri, lelaki kat sebelah aku lebih pantas berdiri memperlawa orang tua tu untuk duduk. Aku memandang lelaki tu; pakai kaca mata hitam. Hmm, tak kenal.

Orang tua tu berterima kasih pada lelaki tu yang kini menuju fountain.

Aku menatap jejak langkahnya, orang tua tu tiba-tiba berkata, "nak, lelaki tu ada keguguran.." aku berhenti mendengar ketika orang tua tu kata keguguran. Apa?! Keguguran?

Orang tua tu sambung, "..keguguran sesuatu! Tu haa", dia tunjuk benda yang berada di hadapan ku di atas tanah. Oh, tercicir! Manalah aku tahu dia nak cakap pasal 'sesuatu' tu, bahasa dia ni pun dapat buat aku salah faham! Dia sebut perkataan demi perkataan, tak apa, difahami; muka nampak macam umur 60-an.

Aku pandang bawah dimana benda tu tercicir.

Cincin.

Lelaki tu punya ke? Ke dia ni pondan? Macam cincin perempuan je; ada permata, bersinar do dari jauh. "Bagi lah dia, nak. Hak milik dia tu", bebel orang tua tu lagi.

Aku menarik nafas bersedia nak bagi lelaki tu cincin dia -- kata orang tua tu lah ye -- Aku memulakan langkah menuju fountain.

Sampai sahaja aku mendekati lelaki tu, dia terus berdiri membuka kaca mata hitamnya.

Mata dia.

Mata yang tak henti pandang aku bila dia cakap dengan aku kat cafe tadi. Ye, dia boss kau dah sekarang, Warda. Tapi pakai baju casual? Sempat pula dia tukar baju.

Kerana Mu, Aku IkhlasWhere stories live. Discover now