Hari yang aku tak nanti-nantikan.
Pernikahan antara aku dan Izdihar dapat mengukir senyuman pada wajah ayah. Dari jauh ku memandang ayah yang sedang seronok tanpa memikirkan penyakitnya.
Aku? Tak kesahlah walaupun tak happy sangat. Cukup tengok keluarga gembira.
Ya Allah, aku tahu takdir Mu indah. Namun, aku tak bersedia kehilangan seorang ayah. Belum cukup kasih seorang ayah untuk ku.
Air mata harus ku simpan untuk waktu yang tepat.
"Walaupun kau hanya pakai baju lapis lengan putih yang agak tebal kat bahagian atas, cantik juga kau pakai", mula lah memerli aku si Ayuni ni. "Terima kasih", jawab ku tersenyum.
Ayuni mengangguk dan menghulurkan tangannya.
Tiba masanya.
Aku keluar dari bilik jema'ah perempuan, menuju ke centre masjid dimana ahli keluarga yang lain mengelilinginya.
Setelah beberapa minit duduk seperti tahiat akhir, tulang belakang ku terasa sakit. Aduhai, mana pengantin lelaki ni? Nanti tak pandai straight pula badan aku ni.
Kotak minda ku mula bercelaru; Izdihar tak datang ke?
Tiba-tiba semua jadi kecoh.
Tok imam yang dah datang tepat pada waktu yang dijanjikan pun mula menanyakan tentang pengantin lelaki dan samaada majlis ini masih dilangsungkan atau tidak.
Aku melihat sekeliling, tapi tak nampak abang Syraf kerana aku tahu abang tengah dengan Izdihar... harapnya tak jadi apa-apa.
Dalam masa yang agak lama, abang Syraf muncul mengetuai perjalanan pengantin lelaki, Izdihar yang datang dengan pakaian seperti pengantin biasa. Itulah yang kami nak, biasa.
Izdihar tak pandang aku langsung. Pelik pula rasanya. Dengan beberapa kalimah je...
Selamat pengantin baru, Warda. Izdihar berjaya mensahkan kau jadi isteri dia.
Tarik nafas.
Hembus.
Serious ke aku dah jadi isteri orang? Isteri?
Iz berdiri dan mula berjalan menuju aku.
Ketika Iz pegang ubun-ubun ku, aku terus tengok ayah. Tak ada seorang lelaki pun pernah memegang area tu kecuali ayah. Air mata ni memang senang kena produce ke camne?
Selesai berdoa, ummi, mummy, abang Syraf, Ayuni, Zara, semua lah; nak tengok Izdihar mengucup dahi ku.
Ee, cium je lah dahi korang sendiri.
Nak sampai je mulut Izdihar ke dahi ku, dia terhenti. "Boleh sang suami cium sang isteri?", soal Iz.
"Dah nama suami isteri", aku pun mengangguk. Tanpa meragui, dia meneruskan aksinya. 'Awwwwww', menggegarkan satu masjid. "Ertinya, bibir awak pun boleh saya kucup lah ni?", ejek Izdihar menantang bibirku.
Eee. Tak senonoh!
Aku menjaling depan matanya yang hanya jarak kira-kira 5 inci dari mata ku. Dia tertawa kecil membuatkan aku tersenyum.
YOU ARE READING
Kerana Mu, Aku Ikhlas
General FictionWardatul Nawra, yang berkehidupan dengan sebalik permintaan yang tersirat dalam setiap doanya. Adakah dia akan terus berserah diri pada Allah atau mengalah? "Kenapa kau sanggup buat semua ni?" "Aku nak belajar ikhlaskan diri untuk jadi imam kau Lil...