Aku mengambil air wudhu untuk solat fardhu Zuhur dan kini aku di atas sejadah, selesai menghabiskan wirid.
Doa yang ku amalkan selepas solat tertangguh ketika kotak minda mengetuk
Serious ke Izdihar berbuat demikian? Takkan dia tak tahu bahawa bersetubuh tu haram dengan yang belum sah dikahwini.
Warda, teruskanlah doa mu.
Baiklah.
Bismillahirrahman Ar-Rahiim.
Ya Allah, Ya tuhan ku, tolonglah aku agar dapat menjadi anak yang solehah dan hamba yang setia pada Penciptanya. Engkau berkatilah perjalanan hidup ku, curahkanlah rezeki buatku, berilah aku hidayah dan petunjuk yang benar dan kurniakanlah aku sifat yang suka berusaha seiring dengan istiqomah dalam beribadah dan mempelajari benda baru dengan izin Mu, Ya Allah.
Engkau lindungilah kedua ibu bapa ku dan panjangkanlah umur mereka. Engkau dekatilah aku jodoh yang baik hati, bertanggungjawab dan yang dapat membimbing ku pada jalan Mu, Ya Allah.
وصلى الله على سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه وسلم، والحمد لله رب العالمين.
Ku tapuskan doa pada muka.
Dush.
Bunyi barang gugur kat bilik sebelah. Bilik ummi kat sebelah! Dengan telekong-telekong aku berlari ke bilik ummi, tubuh ummi terlantar atas lantai.
Aku menjerit ketakutan membuat abang Syraf kluar bilik.
"Kenapa ni Warda?", tanpa jawapan aku, dia dah faham kenapa aku jerit tadi sebaik dia tengok ummi atas lantai.
Abang Syraf terus pergi kat ummi untuk bantu ummi bangun. Bangang nye kau Warda tercegak depan pintu je, tolonglah mak kau! Aku pun meniru aksi abang Syraf.
Aku disuruh memanggil ambulans, abang syraf angkat ummi pegi katil. "Ambulans, ambulans, datang cepat", jerit ku. "Warda! Takde masa nak buat lawak laa", kusut abang Syraf.
Ee, reflex action lah tadi tu. Orang dah panik, nak buat macam mana.
Ambulans called.
Lepas beberapa saat, aku terdengar siren ambulans. "Abang, cepatnya ambulans datang, baru je tutup call", aku kehairanan. Abang anggap sistem diaorang semakin maju.
Namun, ketika aku intai keluar dari tabir jendela, ambulans tu berhenti kat belakang rumah. Tak betah, ada lagi kenderaan ambulans, tapi kalini berhenti depan rumah.
Oh, ada dua emergency case lah ni! Semoga orang kat jalan raya belakang tu baik-baik je keadaannya.
Abang Syraf ke pintu depan dan masuk semula dengan 3 anggota hospital untuk mengangkat ummi ke dalam kenderaan ambulans. Dah siap dengan cepat, kunci rumah bagai, aku dengan abang Syraf mengekori diorang untuk masuk sama.
"Maaf, dalam kenderaan ni hanya seorang je yang dapat naik", kata salah seorang anggota. Aduh, buat hal lah, 2 orang je kot. Abang berfikiran pantas, "Warda masuk, abang dapat drive".
Hek eleh, aku pun bisa drive kok.
Tapi, aku tak lawan. Sebab aku memang nak masuk ngan ummi, manalah tau ni kali terakhir aku renung wajah ummi. Dalam kenderaan ambulans, masa tu lah aku munasabah diri.
Tentang seorang ummi.
Dalam diam kita tak tahu yang kita pernah sakiti mak kita sendiri kecuali memang dah degil tak nak dengar kata mak, tu salah diri sendiri.
YOU ARE READING
Kerana Mu, Aku Ikhlas
General FictionWardatul Nawra, yang berkehidupan dengan sebalik permintaan yang tersirat dalam setiap doanya. Adakah dia akan terus berserah diri pada Allah atau mengalah? "Kenapa kau sanggup buat semua ni?" "Aku nak belajar ikhlaskan diri untuk jadi imam kau Lil...