Aku menyarungkan tudung masuk plain dan turun ke dapur untuk masak sarapan pagi. Tapi dari tangga yang ku turuni pun dah keciuman bau masakan.
Mee mamak!
Sekian lamanya aku tak makan, inilah makanan pertama masakan mummy mertua. Aku tersenyum pada statement ku sendiri. "Senyum kenapa? Seronok semalam?", Zara duduk kat kerusi makan tersengih-sengih tengok aku.
Kejut aku kena soal macam tu pagi2 buta.
"Zara", warning mummy. Zara terdiam tapi masih lagi dengan sengihnya. Sambil itu, aku mengambil tempat duduk ku. "Mana abang? Tak turun sama?", soal Zara lagi. Aku beritahu dia abang dia tu tengah mandi.
"Laa, tak mandi sama?", sudahlah kau, Zara. "Zara!", warning mummy for the second time.
Soalan tu taklah pelik mana, memang sah-sah lah nak tahu apa jadi lepas kahwin ni. Yang pelik sini adalah 'mana ayah Izdihar dan Zara? Suami kepada aunty Suzanna? Yakni ayah mertua ku?'
Disebabkan aku memikirkan sesuatu dan membuatkan aku nampak seperti 'daydreaming', mummy menyoalkan, "apa yang kamu fikirkan tu Warda?", kening mummy terangkat.
Tanya ke tak. Tanya ke tak. Tanya ke tak.
Aku tetapkan pendirian ku untuk bertanya, "bapa mertua Warda mana eh?". Macam menyesal pula selepas soalan tu keluar dari mulut ku.
Mummy dan Zara berbalas pandang, terdiam. Tak lama lepas tu, Izdihar muncul di hadapan kami bertiga, "kenapa sunyi je ni?". Aku terus menukar topik sebelum ada yang bersuara, "tunggu abang lah, apalagi. Jom makan!"
Macam manalah aku nak tahu tentang bapa mertua aku ni?
Usai sarapan, aku tolong cucikan pinggan dan cawan. Tengah mencuci, "Warda, pasal apa yang Warda tanyakan tadi...", mummy terhenti seketika seperti memikirkan apa yang patut disampaikan.
Tapi aku menyambung, "tak apa mummy, Warda faham. Ada masanya Warda akan tahu tapi bukan sekarang". Aku berikan senyuman untuk menceriakan wajah mummy yang muram.
"Dah lah, biar mummy cuci. Layanlah Iz kat atas", arah mummy. Tapi aku membantah, "Iz tu, bila-bila Warda boleh layan. Tinggal sikit lagi ni".
"Ha, tinggal sikit tu lah mummy suka cuci", piring di tangan ku diambil oleh mummy.
Aku teruskan langkah ke bilik Iz yang mana ia telahpun menjadi bilik 'kami berdua'. Bilik tu kosong, mana pula dia ni?
Aku mengetuk pintu kamar mandi menanyakan ada orang ke tak, "kejap sayang, abang tengah berak ni". Aku tertawa dengan adegannya memberitahu ia sedang membuang hadas besar.
King bed yang bercadarkan warna kegemaran Izdihar, kelabu, aku duduki menyandar pada rangka katil. Tiba-tiba, skrin handphone Izdihar memaparkan nama 'si bapak' dengan mesej...
> siapa Nawra?
Nawra? Adakah Nawra nama ku atau Nawra nama orang lain? Tapi persoalan utama disini, siapa 'si bapak' ni? Mungkin ini bapa mertua aku?
Izdihar keluar dari tandas tengok tepat pada mata ku. Dengan muka curious, "siapa text?". Aku beritahu je laa, "si bapak".
Dia terdiam mungkin kerana dia tahu yang aku tahu dia save number bapanya dengan panggilan camtu. Iz ambil phone dan meminta izin untuk keluar dari bilik kejap, tapi tak izinkan aku keluar. Hmm, nasib kau lah tak dapat nak kurik rahsia.
Now, aku berpeluang untuk text Aaira dan Zahra. Mungkin text kosong, belum masanya lagi kot untuk beritahu diaorang tentang aku dan Iz.
Kat whatsapp, kami bertiga memang ada group chat. Kecuali Najwa lh, sebab dia berkawan ngan aku sejak baru nak membesar.
AWZ
Assalamu'alaikum sahbtii <
Zahra > Wa'alaikumussalam, sorry Warda, aku kena pack brg2 untuk esok
Oh ye, Zahra nak belajar luar negeri.
Aaira > Wa'alaikumussalam shabat, aku nak kena tolong hias kedai coklet bapa aku. Hmm..
Entah mengapa, semakin hari semakin renggang hubungan kitorang, macam manalah aku nak beritahu ni?
Aku membalas.
Awzem! Good luck korang. <
Itu 'awesome' versi kitorang, mengana dengan gp. Terang juga kan AWZ tu stands for apa. Haih.
Aaira
Warda
ZahraUmmi penyelamat masa!
Panggilan ummi ku jawab, "Assalamu'alaikum ummi". "Wa'alaikumussalam, haa ni tunggu ummi call, baru nak ingat, diri tu anak ummi. Kenapa tak call semalam?", pedas terasa kata-kata ummi ni.
Aku ni bongok gak, takde pun seronok semalam tu. "Erm, sorrylah mi. Atul lupa. TAPI tetap ingat diri ni masih anak ummi". Rasa besalah daah.
"Nasib ummi sayang.."
Hehe.
Ummi teruskan lagi dengan soalan2 yang bersependapat dengan Zara tadi. Bila anak dah kahwin, tak sah tau ibu tak banyak soal.
Dalam perbualan ku dengan ummi, Izdihar masuk dengan muka tenggang, tak cakap apa-apa. "Ummi, kita sambung bila-bila eh. Ni suami yang ummi cari dah masuk bilik", aku cuba dapatkan ruang untuk Izdihar pula. "Baiklah, dah masuk bilik tu, sedia-sedia lah ye". Macam-macam lah ummi ni, ish.
Minda tergusar, bibir tersenyum.
Aku mengambil tempat duduk di sebelah Izdihar. "Ummi cari abang tadi?", aku hanya mengangguk. Takut pula nak cakap ngan dia ni, nak comfort pun susah.
Aku memegang lutut Iz perlahan-lahan, langkah pertama untuk meredakan emosinya. Tapi emosi ku pula tak stabil bila Iz pegang tangan aku yg ku letakkan atas lututnya.
Mata kami bertantangan, "abang tau apa yang sayang tanya kat mummy dan Zara sebelum abang turun breakfast tadi". I'm shocked! Mummy ke beritahu?
"Zara beritahu tadi".
Oh. Zara..
"Dan masa sayang cuci pinggan..", aku tau dah apa dia nak cakap. Aku terus tutup mulutnya dengan dua-dua telapak tangan ku. Pada masa yang sama, dia sempat ketawakan aku.
"EW", besar lantang suara ku sebab Izdihar jilat tangan kanan ku yang menyentuh bibirnya. "Siapa suruh diamkan suami macam tu~ tu lah balasan sayang".
Gelak punya gelak, Izdihar menanyakan sesuatu. "Sayang taknak tanya ke kenapa abang guna nama Nawra pada 'si bapak' ?".
So, tu betullah nama aku? Ku fikirkan nama orang lain. Hmm, "kenapa eh?".
Dia menjawab, "sebab nama tu lah membangkitkan awra cinta kita". Terus dia bercia-cia, namun aku tak pula rasa nak bercia-cia. "Habis tu, nama lain takde lah aura-aura cinta?", dia terus diam.
Aku tau dia masukkan nama tu dalam pick-up line, sengaja je nak tengok reaksinya.
______
Hey yalls, I'm back! Hold on for the next chapter and well, thank you for supporting me & for ur patience.
I love you, my lovelies.
♡
YOU ARE READING
Kerana Mu, Aku Ikhlas
General FictionWardatul Nawra, yang berkehidupan dengan sebalik permintaan yang tersirat dalam setiap doanya. Adakah dia akan terus berserah diri pada Allah atau mengalah? "Kenapa kau sanggup buat semua ni?" "Aku nak belajar ikhlaskan diri untuk jadi imam kau Lil...