"Aahhh, malasnya akuuu", ayat pertama yang keluar daripada mulut ku, masih lagi berselimutkan diri di atas katil yang empuk. Aku mengangkat kepala dari bantal melihat jam meja digital disebelah ku "WHAT? dah pukul 7?"
Alahai, jam meja ni buat hal pula, tak berbunyi! Tak sempat lah aku nak solat subuh secara ada'an.
Harini aku perlu bersiap-siap sebab aku ada interview dengan CEO Setapak Central Office pukul 9.30. Ummi suruh aku apply je kerja yang berdekatan di Kuala Lumpur ni. Sebab ummi tak sanggup berjauhan dengan anaknya yang comel ni walaupun dah besar.
Aku boleh dikatakan susah nak berbaju.
Kalau tak match, tak nak pakai.
Tudung tak lawa, tukar yang lain.
Mandi pun, macam mandi bunga.
Untuk diri sendiri lah ofcos.Nak sampai ke Setapak Central Office kira-kira 30 minit, kalau jam lagi, macam mana? Tapi aku ni satu hal juga, kalau dah nyenyak atas katil, memang susah nak pisah bagai kertas dengan lukisan. Mahu dibasahi dengan air baru nak pisah.
"Asal katil ni sedap sangat aah", masih lagi memeluk bantal peluk ku, mata masih lagi ku pejamkan. "Ha, kalau dah sedap sangat katil tu, makan lah!", sampuk Ayuni Safira, adikku yang masih lagi sekolah rendah tapi perasan diri tu ala-ala orang dewasa.
"Eh sibuk lah kau!", lemparan ku terlepas. Aku melempar bantal di sebelah ku ke arah pintu dimana Ayuni berada tetapi Ayuni sempat melarikan diri. Tanpa membuang masa, aku terus solat subuh secara qada'an usai mandi tak lebih dari 20 minit.
Tak sedar-sedar, dah pukul 8, cepat aku menuruni tangga rumah,
pergi ke dapur,
salam ummi,
"doakan Atul ye"
capai pintu depan rumah
dan..."Atul!", panggil ummi. Terhenti jejak dibuatnya. "Ye ummi?", balas ku. "Ni, tolong ummi hantarkan Ayuni ke sekolah", eishh nak marah tapi tak boleh, dah akhir ni! "Eh, bukan dah akhir ke ni ummi? Sempat ke Ayuni nak masuk kelas?", bertubi-tubi soalan ku tanyakan. "Sebab tu lah ummi suruh Atul hantarkan, manalah tau pakcik sekuriti maafkan Ayuni nanti, kalau dah nampak Wardatul Nawraa yang cantik lagi molek"
Dah mula dah dengan kiasan ayat dia..
"Yelah, ni mana dia?", terus aku pasrah nak tolak arahan ummi. Tak betah lepas tu, Ayuni keluar dari tandas, tersengeh-sengeh. Dah tau akhir bangun, takyah ah sekolah. Hmm..
Dalam perjalanan
"Memang sini kuat jam ke? Ya Allah, akak dah akhir dah ni", soalan tu memang macam aku tanya seseorang tapi aku hanya tujukan kat aku je walaupun Ayuni duduk sebelah ku di dalam kereta.Dalam situasi macam ni, aku perlukan kesunyian, hanya aku je boleh membebel. Haa, tu aku. Setiap kali Ayuni nak cakap, mesti aku suruh dia diam..
"Ka-"
"SHH"Tik tok,
Akhirnya aku dah sampai pejabat dengan selamat, aku keluar dari kereta dan terus memasuki bangunan. Tapi tak tengok depan, sibuk tengok jam tangan sebab risau dah pukul 9.26 pagi! Jarak dari sekolah Ayuni dengan pejabat ni jauh. Pada masa ni, hanya ada satu perkataan yang aku fikirkan, cepat, cepat, cepat.Bush.
Apa lagi ni?
Matilah nak.Semangkuk sos spagetti tumpah mengotori baju kerja ku. Resume yang ku pegang pun dah macam buku resepi sos. Typical ah, orang dah ready nak interview, macam-macam pula hal di awal pagi. Kenapa tak tumpah air teh je, ni SOS SPAGETTI?!?
Geramnya aku dengan pelayan di sini, dah tertumpahkan sos spagetti, lepas tu lari macam tak ada tanggungjawab! Sabar je lah, aku kena teruskan interview.
Aku memasuki lift.
Tarik nafas.
Hembus.
Tarik.
Hembus lagi."Takpe, aku salah juga, tak tengok depan", kata ku di dalam lift, sebab aku fikir aku tengah bersendirian. Rupanya, "tulah, lain kali tengok depan". Alamak, ada suara lelaki! Aku tak cam langsung siapa mamat tu.
Takut pula aku nak toleh belakang sebab lift tu bukan besar mana. Aku mampu mengangguk je. Dah sampai ke tingkat 18, lelaki tu keluar daripada lift, sambil berkata "tak nak interview ke?". Eh, dia tahu?. Lelaki segak berpakaian casual itu terus mengisyaratkan jari telunjuknya untuk ikut serta.
Ikut je lah.
________- Diaorang nak ke mana?
- Siapa mamat segak tu?Harap semua enjoy
♡
YOU ARE READING
Kerana Mu, Aku Ikhlas
General FictionWardatul Nawra, yang berkehidupan dengan sebalik permintaan yang tersirat dalam setiap doanya. Adakah dia akan terus berserah diri pada Allah atau mengalah? "Kenapa kau sanggup buat semua ni?" "Aku nak belajar ikhlaskan diri untuk jadi imam kau Lil...