PROLOG

153 4 0
                                    

"Qirdan nak ke mana tu?" Soal Puan Sri Yasmina setelah terpandang anak terunanya yang sedang menuruni tangga.

"Qir nak keluar ambil angin." Balasnya sepatah lalu segera mencapai kunci kereta sportnya.

Puan Sri Yasmina hanya mengelengkan kepala.Begitulah keadaan Qirdan semenjak kehilangan Nursyafa Aleesya,insan yang paling di sayanginya.

"Maafkan ibu Qirdan,ibu tak mampu nak buat apa-apa.Kasih kau terlalu besar buat Syafa sehinggakan tiada yang boleh mengantikan tempatnya di hatimu."satu keluhan panjang di lepaskan.

Kereta sport kuning yang di pandu Qirdan meluncur laju tanpa tahu destinasi yang hendak di tuju.

"Aku nak ke mana ni?Adoiii..perut pulak dah main lagu ghazal ni!Itulah..tadi ibu panggil makan,aku duat bodoh je!"bebelnya sendiri.Qirdan membuat keputusan untuk makan di Mc Donalds sahaja.Kereta sport di pandu ke destinasi yang di tuju.

"Makan encik?"seorang gadis tersenyum manis melayaninya.
"Fillet o Fish combo & coke"balasnya sambil tersenyum sedikit agak di paksakan.

"Makan sini atau bawa balik?" Soal gadis itu lagi.

"Makan sini."

Gadis itu segera menyediakan pesanan  Qirdan.Lincah jemarinya melaksanakan tugas.Mungkin sudah biasa.Qirdan mengambil dulang yang berisi makanan yang di pesannya sebentar tadi dan di bawa ke sebuah meja yang tersorok.

"Mia,mamat yang duduk di sana tu handsome gile la..Tapi nampak lembik je.Tengok la cara dia makan..lemah je,macam tak bermaya  nak pegang burger tu." Ameera memuncungkan mulut ke arah Qirdan.
Mia sekadar mengerling kemudiaj mengangguk mengakui kata-kata Ameera.

"Ada problemlah tu." Sampuk suri.

"Pandailah kau." balas Mia sambil tersenyum mendengar pandangan kawannya yang memang becok itu.

"Alaa..macam korang tak tahu,aku memang pakar dalam bab-bab macam ni."

"Boleh jalanlahhh.." cebik Ameera.

"Hoi!kau memang dengki dekat aku kan.Mengaku jelah."Suri membela diri.

"Hah..sudah,sudah!pergi ke kaunter sana tu..ada orang.Nanti aku cakap dekat bos,suruh potong gaji korang baru tau " arah Mia.

"Baik nek.." Suri berlalu,sempat mengenyitkan mata.
Mia geleng kepala.Nakal!

"Kasihan..memang seperti orang putus cinta.Kalau jadi pakwe aku,confirm aku takka tinggalkan dia.Bertuah gadis yang bertakhta di hati lelaki itu."monolog Mia sambil memandang ke arah Qirdan.

Qirdan meletakkan kembali Fillet o fish tadi.Seleranya hilang bila teringat Syafa.Macam mana aku nak hidup tanpa kau? Sya..kenapa cepat sangat kau tinggalkan aku? Kehadiranmu telah mengubah hidupku..mengubah diriku!Segalanya seperti baru semalam.seperti baru sahaja kita bergurau senda.Aku..aku tak dapat lupakan kau Sya..Ya Allah,kenapa hukuman seberat ini yang aku terima?




** Maafkan Sis kalau bercelaru sedikit citer ni,almaklum la baru nak bertatih..do support me gais and dont forget the star🌟.

In sha allah,segala kekurangan sis aka cuba perbaiki 😊

SELAMANYA PRINCESS ( HAITUS )Where stories live. Discover now