VOTE⭐"MANA anak-anak kita Mina? Sunyi saja..." Soal Tan sri Rafi hairan. Selalunya waktu begini mereka akan berkumpul bersama. Paling tidak anak-anaknya itu bergaduh manja.
"Di luar tu bang..entah apa yang di ceritakan saya pun tak tahu.Gelak memanjang je,mungkin pasal gadis tu kut..anak-anak kita dah dewasa bang." Puan Sri Yasmina tersenyum di sisi suaminya.
"Cepat betul masa berlalu..abang rasa macam baru semalam kita hangat bercinta." Ada tawa di hujung kata-kata Tan Sri Rafi.
"Eh,abang ni..ke situ pula dia. Kita dah tua abang,anak-anak pun dah besar panjang. Si Izhan tu pun..dah layak beristeri. Bukannya muda lagi,dah masuk 29 tahun.Qirdan pula tak habis-habis lagi nak memainkan perasaan orang. Kalau macam ni,tak tahu lah saya bila kita nak dapat menantu bang."
"Mina..Mina..semua ni terletak pada jodoh. Insya Allah ada jodoh mereka nanti,mungkin belum masanya sekarang ni. Sabarlah saya ni pun nak merasa juga bermenantu ni."
Puan Sri Yasmina melepaskan keluhan.Sesekali dia memanjangkan lehernya melihat perkarangan rumah banglo dua tingkat itu.Dapat di lihat jelas keakraban dan kemesraan dua beradik itu.Apa sajalah yang di bualkan mereka?
************************************************************************************************************
"Weh,bang..betul ke kau dah ayat si Azza tu?" Qirdan seolah-olah tak percaya.
"Hurmm..sebenarnya abang takde la mengayat dia,tapi abang luahkan perasaan abang dekat dia." Tegas Izhan. Dia serius nakkan Azza,dia bukan nak memainkan perasaan Azza sebagaimana Qirdan yang tak pernah serius dalam perhubungan.
"Are you sure..nak jadikan dia kakak ipar Qir?"
"Insya Allah kalau ada jodoh. Hubungan kami masih baru lagi Qir,abang tak berani nak jamin apa-apa." Terang Izhan. Perjalanan masih jauh,siapa tahu apa yang menanti di hadapan.
"Qir tak kisah,cuma..." kata-kata Qirdan terhenti di situ. Sengaja mahu menimbulkan tanda tanya di hati abangnnya,dan dia berjaya.
"Cuma apa Qir?" Soal Izhan pantas.Ingin tahu apa maksud sebenar Qirdan.
" Qir tak tahu nak panggil dia Azza ataupun Kak Azza.Yalah..dia kan muda dari Qir.Rasanya dia baru 24 tahun.. Qir pula 26 tahun."
Terlerai juga tanda tanya di hatinya.Izhan menarik nafas lega.Ingatkan apalah tadi.
"Qir tanyalah dia nanti " singkat jawapan Izhan.
Masing-masing berdiam diri melayan perasaan.
"Qir..sampai bila Qir nak mainkan perasaan gadis-gadis yang tak bersalah? Tak kasihan ke dekat mereka?"
"Abang,mereka yang bodoh. Tak tahu mana baik dan mana buruk sesuatu benda tu. Bila dah terkena baru nak serik. Kasihan tu tipulah kalau tak ada langsung,tapi dah salah mereka sendiri."
"Tak ada ke seorang daripada mereka yang boleh melembutkan hati Qir?" Qirdan geleng.
"Hah..apa kata abang kenalkan Qir dengan seorang gadis ni?" Cadang Izhan.
"Gadis? Siapa? Kau jangan bang."
"Bff Azza. Dia nurse dekat hospital tu juga.Orangnya manja dan nakal."
"Cantik tak?"
"Bagi abang biasa saja,tapi dia ada keistimewaan lain.Wajahnya keibuan,penuh kelembutan..nakal dan manja."
"Well..Qir kena tengok dia dulu.Kalau ok,on saja."
"Abang tak kenalkan dia untuk Qir permainkan perasaan dia."
"Sayang betul abang dekat dia.."
"Ya,abang takkan benarkan sesiapa pun sakitkan hati adik abang."
"Adik? Sejak bila abang ada adik perempuan ni?"
"Sejak abang kenal gadis itu. Qir belum jumpa dia..kalau jumpa mesti Qir pun akan kasihkan dia,tapi tak tahu lah kasih yang macam mana."
"Sudahlah bang..tak payah nak mengarut lagi. Jomlah masuk dalam,abang tak solat lagi kan?"
"Eleh..dia pun sama." Izhan bangkit dari duduknya.
"Kita jemaah ya bang.." Izhan angguk. Kedua beradik itu masuk ke dalam rumah.
Sorry bab ni pendek je..esok sis update lagi..
Keep VOTE ⭐" selamanya Princess " okay.
YOU ARE READING
SELAMANYA PRINCESS ( HAITUS )
RomanceMuhammad Nur Qirdan Jejaka tampan dan kaya yang sering menjadi rebutan.Seorang yang ego kerana kekayaan dan ketampanan yang di milikinya. Siapakah gadis yang boleh melunturkan keegoan Qirdan? seorang gadis yang degil,lincah dan periang.Bolehkah pe...