LAPAN

28 2 0
                                    


VOTE 🌟 TAU..

"WEYH , macamana semalam Sya?" Soal Azza sambil menyediakan ubat-ubatan yang perlu di berikan kepada pesakit-pesakit sebentar lagi.

"Tu lah weh,abang aku langsung tak nak masuk rumah kak Hani!"

"Kak Hani?"

" Ya,Hanizatul Raudah."

"Kenapa kejam gila abang kau tu Sya? Kasihan gadis itu." Syafa hanya berdiam diri mendengarkan kata-kata sahabatnya.

"Apa tak cantik ke dia?Sampai abang kau tak nak masuk langsung ke rumahnya." Soal Azza lagi

"Cantik tu...taklah sangat tapi manis tu ada.Orangnya bertudung litup,lemah lembut dan mudah tersentuh.. Kau tahu, dia menangis bila abang aku buat macam tu."

"Kasihannya.. aku rasakan maybe dia dah mula sukakan abang kau."

"Okeylah kalau macam tu, abang aku pun sukakan dia."

"Kau ni buat aku pening laaaaa..sekejap suka sekejap tak suka."

"Eh..Kau ni bila masa aku kata abang aku tak suka dekat kak Hani tu?"

"Dah tu..tadi yang tak nak masuk rumah bagai tu apa?" Azza bertambah hairan.Cakap pun berbelit-belit daaa..

"Dia tak nak masuk bersebablah.."

"Bersebab kejadah dia?"

" Dia tak nak masuk sebab dia nak masuk lain hari sebagai tunang kak Hani." Terang Syafa akan cerita yang sebenar.

"What? Makanya..Kau akan dapat kakak iparlah ni tak lama lagi?" Azza kelihatan gembira.

"Minta-minta begitulah.Kalau ada jodoh insya-Allah mereka akan di ijab kabul kan dua tiga bulan lagi."

"Wah.. Alhamdulillah,happy for you babe. Eh,aku dah lewat ni,nak bagi pesakit-pesakit makan ubat. Mampus aku kalau Doktor Izhan marah."

"Dia takkan marah punya..bila pula aku boleh rasa nasi minyak kau,Azza?" Usik Syafa.

"Kau jangan nak mengada eh..dah aku pergi dulu.." Azza terus berlalu meninggalkan sahabatnya yang tersenyum nakal.

************************************************************************************************************

Izhan melangkah pantas ke wad kanak-kanak. Dia perlu memastikan keadaan pesakit-pesakitnya,tak mahu benda-benda yang tidak diingini berlaku. Dia pula yang akan dipersalahkan.

"Selamat pagi doktor ." Sapa beberapa orang jururawat yang melintasi Izhan.

"Selamat pagi." Izhan tersenyum membalas sapaan mereka.

Setelah tiba di wad kanak-kanak,dia melihat seorang jururawat sedang memujuk seorang kanak-kanak supaya memakan ubat. Di amatinya gadis itu,perlahan-lahan dia menghampiri gadis yang memujuk kanak-kanak tersebut.Hurmm..kalau beginilah aku yakin dia boleh jadi ibu Yang baik untuk anak-anak kami.Hehe..

"Kenapa tu Azza?" Soalnya.Azza pantas berpaling ke arah suara itu.

"Ah.. Izhan,terkejut Azza tau." Gadis itu mengurut dada.

"Sorry eh..Izhan tak sengaja.Ada apa-apa masalah ke?"

"Budak ni,dia berkeras tak mahu makan ubat." Azza kembali merenung anak kecil dihadapannya.

"Makanlah dik,sikit saja ok?" Dia terus memujuk.Anak kecil itu menggeleng.

"Tak nak,ubat tu pahit tak sedap."

"Tak..ubat ni tak pahit kalau adik makan sikit.Makan ya.."

Anak kecil itu masih berdegil tidak mahu makan ubat.Azza menarik nafas dalam-dalam. Susahnya nak pujuk dia ni.

SELAMANYA PRINCESS ( HAITUS )Where stories live. Discover now