Just vote🌟
Jari jemari Syafa lincah mengelap pinggan mangkuk yang telah di cuci.Sesekali dia mengerling ke arah ibunya yang sedang mengemas meja.
"Umi marahkan Sya ke sebab buat perangai petang tadi?"
"Umi tak marah Sya,itu hak Sya..cuma Umi rasa sedikit terkilan.Itu saja.." Puan Suhaila mencapai penyapu di sisi pintu.
"Abah balik pukul berapa Umi?" Syafa sengaja mengalih topik.Tak mahu suasana menjadi suram lagi hanya kerana..mamat tiga suku tadi!
"Entahlah Sya,tapi katanya lewat."
Syafa sekadar menganggukkan kepala.Dia menyusun pinggan mangkuk di rak dengan berhati-hati.Kalau pecah,telinganya juga akan ikut pecah dek bebelan Puan Suhaila."Umi,Sya nak temgok TV dulu tau."Puan Suhaila mengangguk.Syafa berlari pantas ke ruang tamu.Dia melompat ke atas sofa sehingga terduduk di hujung kaki abangnya,Syazwan yang asyik menonton Berita Awani.
"Adoii sayanggggg..patahlah kaki abang ni woi.Apa gelojoh sangat ni hah?"
"Hehe..sorry abang sayanggg..kite tak sengajeee.Ampun yee abang sahyanggg," balas Syafa dengan muka seposennya.
"Sorry..Sorry..nasib baik sayang tau.Kalau tak,memang dah kene lepuk.Hah,best jumpa bakal zauj?"
"Ishh..abang ni kan.Abang tau tak kalau lelaki tu yang nak jadi suami Sya.Hidup mati balik pun Sya tak hendak.Sya tak suka dia,BENCI!!"balas Syafa dengan muka yang masam.
"Hmm..jangan benci sangat dik,kang terjatuh suka pulak."pesan Syazwan memandang muka Syafa yang kemerahan dek geram.
"Tak adalah,adakah patut dia.." kata-kata Syafa terhenti. oppss,takkan nk cakap kut.Malulah aku nanti.
"Dia apa dik?Dia ada buat bukan-bukan ke dekat sya? "
"Dia..dia..dia kata Sya ni GILA! Walhal dia yang otak mereng."Sumpah Syafa geram.Kalau ikutkan hati aku,nak je aku cekik-cekik..biar mampus terus.
"Sya..tak elok macam tu.Bakal Zauj Kn tu?" Pesanan Syazwan sebenarnya saja nak mengusik adiknya itu.
"Ishh..dahlah,buat mood orang swing je.Dah tukar channel 395 sekarang.Nak tengok cite Hotel De Luna."
Syazwan menurut permintaan adiknya itu.Nasib ko lah wan dapat adik gila kpop ni."Syafa,Syazwan apa yang dok bising je dari tadi ni?"Belum sempat Puan Suhaila melabuhkan punggung.
"SYAFA!! Umi dah pesan banyak kali jangan lompat atas sofa tu,kaki turun bawah!"
"Alaa..Umi bukan Sya yang lompat.""Dah tu siapa yang lompat?"
" Okay,macamni tau Umi..tadi Sya punya kaki ni terangkat tiba-tiba saja Sya dah ada atas sofa ni.So,kesimpulannya bukan salah Sya tapi salah kaki Sya ni lah."sengih Syafa.Syazwan ketawa perlahan mendengar kata-kata adiknya itu.Ada saja cara dia nak bagi alasan,walupun tak berapa nak logik.
"Ohh..salah kaki Sya la ye.Jahat sungguh kaki tu kan.Nanti Umi potong kaki tu!"
"Aaa..takmo!" Syafa pantas memeluk Syazwan.Syazwan menarik hidung mancung Syafa,terjerit kecil adiknya itu.Hailah..macam manalah hidup aku kalau kau tak ada dik.
Sedang anak beranak itu ralit menonton Tv,handphone Puan Suhaila berdering.Puan Suhaila berlalu meninggalkan anak-anaknya untuk menjawab panggilan.
"Hello..Assalammualaikum."
"Waalaikumsalam,Ila..aku ni Mina."
"Hah Min,aku ingat kau tak jadi call aku."
"Ish..kau ni,aku kena pastikan line cantikkk dulu."
"Haha..betullah tu,eh kejap ya." Puan Suhaila berjalan menuju ke arah Syafa.
" Sya,Pergi masuk bilik." Arahnya pada Syafa yang ralit menonton TV.
"Alaa..kenapa Umi?" Syafa memandang Uminya,mulut dah muncung sedepa."Tak ada ala..alaa..pergi masuk bilik."
"Adik,pergi masuk.Tak elokkan degil,tak dengar kata Umi.Abang tolong recordkan Hotel De Luna ok?"Syazwan memujuk adiknya.
Syafa mengangguk perlahan.Hish..siapa jelah yang call Umi sampai Umi halau aku masuk bilik.Huh,tak boleh tengok orang senang langsung.Tak apalah..bolehlah juga aku solat Isyak dulu..tak ada yang luak pun.
Syafa melangkah perlahan menuju ke bilik air,wuduk di ambil sesempurnanya.Setelah selesai berdoa,dia mencapai telekung di sudut katil.Umi..aduh,kenapa ni?Dia memicit-micit perlahan kepalanya yang tiba-tiba berdenyut.Ops,tu la akibatnya tidur lewat lagi. Dia menganggap biasa saja dengan hal yang satu itu.Tidurnya kadang-kadang memang tidak mencukupi sehinggakan sering pening kepala dan muntah.Tapi ubatnya mudah saja..telan panadol 2 biji sudah.
Syafa capai panadol di dalam laci lalu meneguk air yang memang tersedia di atas meja di tulisnya.Dia memang terbiasa terjaga tengah malam sebab dahaga,sebab itulah Puan Suhaila selalu menyediakan sejag air di atas meja tulisnya.Syafa tersenyum sendiri. Eh,mengelamun panjang pula aku..kering pula air sembahyang aku.Pantas dia beristighfar dan memulakan solat Isyak dengan penuh khyusuk dan sepenuh hati di serahkan padaNya.
Sorry gais,sis update pendek je kali ni.Sis bru nak ambil mood menulis balik.Harap yang mana baca story sis ni,rajin²kanlah untuk vote & komen ye.Tak ade lah sis rase macam syok sendiri je🤣
YOU ARE READING
SELAMANYA PRINCESS ( HAITUS )
RomanceMuhammad Nur Qirdan Jejaka tampan dan kaya yang sering menjadi rebutan.Seorang yang ego kerana kekayaan dan ketampanan yang di milikinya. Siapakah gadis yang boleh melunturkan keegoan Qirdan? seorang gadis yang degil,lincah dan periang.Bolehkah pe...