SATU SATU

18 2 0
                                    


Vote⭐️

MAJLIS pertunangan di antara Syazwan dan Hanizatul berlangsung secara sederhana. Itu di atas permintaan kedua pasangan itu sendiri,hanya saudara terdekat dan teman-teman rapat sahaja yang menghadiri majlis itu. Terserlah kegembiraan di wajah Pua Suhaila,masakan tidak akhirnya dia akan mendapat menantu.

Akhirnya jadi juga abang bertunang dengan kak Hani. Alhamdulillah aku akan dapat kakak ipar yang baik,berbudi bahasa,manis pula orangnya.Hati abang yang tak pernah terbuka untuk mana-mana perempuan,akhirnya terbuka juga. Bila agaknya giliran aku eh? Haha...beranganlah.

Belum masanya lagi,dia mahu komitmen pada kerjayanya dahulu. Bukan tiada yang suka dia,ada saja yang nakkan dia tapi itulah hatinya belum terbuka untuk menerima cinta.Dia bersyukur kerana di kelilingi oleh orang-orang yang menyayanginya tapi tidak ayahnya,dia tidak pernah merasai kasih sayang seorang ayah.

Syafa mencapai patung Snoopy,di peluk erat. Dia mendengus lembut. Argh...tak pernah ke abah sayangkan aku? Tidak layakkah aku untuk merasa sedikit kasih sayangnya? Sedari kecil hingga kini tak pernah langsung aku di manja dan di kasihi. Abah selalu mencari salah ak,marah aku dan pernah dulu dia kata nak hantar aku ke rumah kebajikan. Abah... Syafa kesat air matanya yang sudah menyentuh pipi.

Ishhh..aku tak boleh ikutkan perasaan,aku harus bersyukur kerana masih ada yang sayangkan aku,aku tak boleh jadi tamak. Umi sayangkan aku seperti anak kandungnya sendiri,abang dan akak pula dah bagi kasih sayang,perhatian mereka untuk aku. Azza,Chae Mi,Wani juga Shiela dah anggap aku seperti saudara kandung mereka. Aku tak perlu merasa kekurangan,tapi hati aku tetap inginkan kasih sayang abah. Abah aku yakin Allah tak akan hampakan harapan hambaNya. Aku yakin.

Syafa bangkit dari tilam empuk itu. Dia berlari turun lalu menghampiri Uminya yang sedang menonton televisyen dan di peluk dari belakang.

"Anak Umi nak apa-apa ke?" Puan Suhaila menyoal,arif benar dengan sikap anak gadisnya itu.

"Sya bosanlah Umi."

"Habis tu Sya nak Umi buat apa? Dodoikan Sya sampai tidur macam dulu-dulu masa Sya kecil lagi?" Syafa tarik muncung.

" Ala Umi ni,suka usik Sya tau. Apa kata kita pergi shopping? Umi kan suka shopping?"

"Umi malaslah Sya. Sya pergi seorang jelah ye." Puan Suhaila menolak.

"Ala Umi,jomlahhh. Lagipunkan kalau Sya pergi sorang nanti Umi mesti kesunyian di rumah ni. Yelah...Sya ni kan penyeri ibu,tanpa Sya Umi akan sunyi tau."

"Amboi..bab memujuk pandai betul anak Umi ni." Puan Suhaila menarik hidung Syafa yang mancung. Gadis itu terjerit kecil.

"Umi....kita pergi eh." Rengek Syafa seperti anak kecil,sambil mengoyangkan lengan Uminya.

"Yelah..yelah. Hah,tunggu apa lagi? Pergilah bersiap." Akhirnya Puan Suhaila mengalah. Syafa tersenyum gembira.

"Sayang Umi." Syafa mengucup pipi Uminya lalu berlari ke atas untuk bersiap.

Puan Suhaila sekadar menggelengkan kepala melihat telatah gadis itu. Kadang-kadang aku rasa aku masih ada anak kecil yang riang dan nakal. Syafa..perangainya masih keanak-anakan itu masih tak berubah. Tapi itulah yang membuat aku sayang sangat dengannya. Sya..Sya bilalah anak Umi yang sorang ni akan dewasa?

Nak pakai baju apa ya? Ahh..apa-apa sajalah. Setelah bersiap dia mencapai beg sandangnya lalu terus berlari turun.

" Ish..memang hobi budak ni berlari kut?" Kata Author

SELAMANYA PRINCESS ( HAITUS )Where stories live. Discover now