Keep Vote ⭐Gais..Syafa membuka pintu almari pakaian yang penuh berisi.Dia mencapai sehelai jeans dan T-shirt Nike.Dia menyarungkan baju,rambut pula di ikat messy bun,kemudian tudung pula di capai.Wajahnya yang bersih tanpa jerawat di sapu sedikit compact powder.Syafa tersenyum sendiri melihat dirinya di cermin.
" Cantik juga aku ni ye,tak sedar pula selama ni." monolognya sendiri.
Memang ramai yang memuji wajahnya cantik semulajadi,penuh kelembutan,keibuan dan sentiasa berseri.Syafa segera mancapai beg sandangnya dan berlalu dari biliknya itu."Sya dah nak pergi ke?" Soal Puan Suhaila yang merenung anak gadisnya yang sudah berdiri di sebelahnya.Syafa mengangguk sambil menyeluk poket seluarnya seperti mencari sesuatu.
"Sya cari ape tu sayang?"
"Kunci kereta orang la.Orang letak di mana tadi eh?Umi ade nampak tak?" Dia menyelongkar beg sandangnya pula.Ish,mana aku letak ni!
" Kalau letaknya di tempat lain,carinya di tempat lain..alamatnya sampai kesudah Sya takkan jumpa.Haishhh..tu hah ada atas meja depan tu." Puan Suhaila menjuihkan bibir ke arah meja yang di maksudkan.
" Hehe..nasib baik Umi ada,kalau tak..memang sah takkan jumpa kunci ni." Syafa meneguk sedikit air teh di dalam cawan.
" Sya pergi dulu ya Umi,kang bising pulak c Shiela tu." Syafa mengucup pipi Uminya.Salam di beri lalu dia pun segera berlari keluar setelah mencapai kunci kereta.
" Waalaikumsalam.." Puan Suhaila menggelengkan kepala melihat telatah anak gadisnya itu.Asyik berlari saja tahunya.Kalau jatuh,tak ke sakit sendiri..hahaha
Syafa memandu laju Myvinya ke Yaohan.Mampus aku kalau si shiela tu marah.Janji pukul berapa,aku juga yang lambat.Dari jauh dia dapat melihat Shiela yang menunggunya di pintu masuk.Muka dia tak payah cakap la..Masyammmm yakmat,kalah apple vineger😂
" Hai awak,dah lama tunggu kita ke?'
" Kepala hang la awak..awak..ingat biawak ke? Hang ingat hang tu anak raja ka?Aku tunggu hang dari sebulan yang lalu hang tau dak?"
Aikk..lama betul tu..minah ni kalau dah marah memang terserlah kesengalan dia tu.Syafa tergelak mendengar Shiela membebel.
" Berjanggut tau aku tunggu hang."Marahnya lagi.
Syafa meraba dagu sahabatnya itu." Wei..seyes la weii,takde janggut pun." Syafa terkekek sengaja nak menyakat sahabatnya itu.
"Amboii..hang suka noh.Aku tengah marah ni pun hang nak main-main ka?Ketegaq betui hang ni.."Shiela mendegus geram.Orang tengah marah cubalah pujuk sikit ni tak,tambah menyakitkan hati.
" Tu diaaaa..hang nak marah,marah la..cek nak buat lagu mana? Takkan cek nak nyanyi pula..takpe nanti aku belanja kau makan.Mesti kau tak marah lagi kannnn?Lagipun kan,kau nak tau tak?"
" Apa dia?"
" Kau kalau marah kan,muka kau buruk bebeno." Usik Syafa lagi.Shiela tenung muka Syafa.Berkerut wajahnya,akhirnya tawa yang di tahan meletus jua. Buruk sangat ke muka aku kalau marah?
" Kau ni kan Sya..tiap kali aku nak marah kau kan,mesti tak jadi.Kesian aku tengok muka sekupang kau tu."
" Iya ke? atauuu...kau memang takut muka kau terus buruk?"
"Sudahlah,kau ni bukan boleh di layan sangat,makin di layan kang makin menjadi.Dah,aku nak blah.Malas nak terpacak dekat sini lama- lama.Kau tau tak?"
" Hah,ape?" soal Syafa,kening sebelah di naikkan.Ingat Zena Zen??
" Orang tengok aku terpacak dekat sini lama-lama kan,sampai dorang tak tahu nak bezakan aku dengan pak guard tu.Yang mana satu Guard!"
" Hahahahahahaha..wei yang ni betul-betul win." Syafa ketawa sambil memegang perutnya.Senak wehhh..
YOU ARE READING
SELAMANYA PRINCESS ( HAITUS )
RomanceMuhammad Nur Qirdan Jejaka tampan dan kaya yang sering menjadi rebutan.Seorang yang ego kerana kekayaan dan ketampanan yang di milikinya. Siapakah gadis yang boleh melunturkan keegoan Qirdan? seorang gadis yang degil,lincah dan periang.Bolehkah pe...