VOTE 🌟"SYA..pakai baju kebaya yang umi sediakan di atas katil Sya tu ya!" Jerit Puan Suhaila.
"Alaa..umi kenapa kena pakai baju kebaya?Pakai baju biasa tak boleh ke?"
"Pakai sajalah ya sayang.." Puan Suhaila memujuk anak gadisnya itu.
"Tak naklah umi.." Syafa merengek seperti anak kecil.Puan Suhaila mendekati anak gadisnya itu,di belainya lembut rambut Syafa dengan penuh kasih.
"Pakailah ya Sayang,kali ni saja." Puan Suhaila terus memujuk.'Kalau dia pakai baju ni mesti anak si Mina tu akan suka dengan dia,bolehlah kami berbesan nanti.'
"Ya Rabbi..Umi,kita nak pergi rumah kawan umi sajakan?Bukan nak pergi pertandingan ratu cantik ke apa?Buat apalah nak bergaya sakan?Kalau Umi nak juga Sya pakai baju tu,Umi sajalah pergi rumah kawan Umi tu."
Puan Suhaila melepaskan keluhan.
" Yalah,kalau Sya tak nak pakai baju tu tak apalah..tapi Sya pakai baju kurung warna hijau mint yang abang belikan tu ya!"Akhirnya Puan Suhaila mengalah dengan kedegilan anak gadisnya itu.Syafa tersenyum dan menganggukkan kepala tanda setuju.
"Umi nak pergi dah ke?" Soal Syazwan menjengukkan kepala ke dalam bilik Uminya.Puan Suhaila sekadar angguk.
"Abah?"
"Abah kamu tu,dia tak nak pergi.Tak apalah biarkan saja abah kamu tu."
Syazwan membisu.Abah..abah..sampai bilalah abah nak bersikap macam ni?Tak kasihan ke abah dengan Syafa..dia berharap sangat dapat merasa kasih sayang seorang abah.
"Oh ya..Adik mana Umi?"
"Tengah bersiaplah tu."Syazwan melangkah ke bilik adiknya.
"Hello..hello..hello..ada orang ke di dalam?Saya di luar ni..bukalah pintu,orang di luar ni nak masuk.Boleh ke idok?"
"Orang di dalam sedang bersiap,kalau orang di luar nak masuk..masuklah!Itu pun kalau tak tahu malu.."
Syazwan terus melangkah masuk tanpa menghiraukan usikan adiknya itu.Dia terus mencari sesuatu,sampai pintu bikik mandi,almari,laci-laci meja pun di buka.
"Abang cari apa weyh?" Soal Syafa kehairanan.
"Tak..Cari Syafa,di manalah adik abang yang manja tu ya? Cik adik nampak tak?"
"Eee..abang ni! Nak mengusik adik saja tau.Syafa memukuk lengan sasa abangnya,abangnya itu memang selalu mengusik Syafa sama juga sepertinya.Barulah buku bertemu dengan ruas.
"Eh,ini Syafa ke? Laa..tak kenal abang tadi.Maklumlah,jarang dapat tengok adik abang ni pakai baju kurung.Mesti mamat tu cair tengok adik abang ni nanti!"
"Mamat?Hei..mamat mana ni?Ada apa yang Sya tak tahu ke?"
"Umi nak kenalkan Sya dengan anak Auntie Minalah."
"WHATTT!! Patutlah Umi beria betul ajak Sya pergi rumah Auntie Mina.Rupanya ada udang sebalik mee!"
"Ala..kenal-kenal saja pun,tapi kalau dah jodoh adik kena terima sajalah."
Syafa merengus geram.
"Hmm..okay will see nanti.Kalau ada jodoh,kalau takde memang bodoh je."Syafa berpeluk tubuh.
"Aip..mulut,cili kang! Umi dan abang takkan paksa adiklah.Hidup adik,kebahagiaan adik,adik berhak nak tentukan.Ok?"Syazwan senyum melihat muka cemberut adiknya itu.Cantik betul adik aku ni,untunglah bakal suami dia nanti.
"Adik..dah jom gerak."
"Baik Umi." Balas Syafa malas.'Umi nak jodohkan aku dengan anak Auntie Mina tu ye,hurmm..'
YOU ARE READING
SELAMANYA PRINCESS ( HAITUS )
RomanceMuhammad Nur Qirdan Jejaka tampan dan kaya yang sering menjadi rebutan.Seorang yang ego kerana kekayaan dan ketampanan yang di milikinya. Siapakah gadis yang boleh melunturkan keegoan Qirdan? seorang gadis yang degil,lincah dan periang.Bolehkah pe...