Arghh..Penatnya! Izhan merebahkan diri di atas katilnya.Tapi berbaloilah juga,tiap hari dapat tengok Azza.Terubatlah juga rindu aku ni,aku akan gunakan peluang ni untuk menambat hati Azza.You will be mine,sweety.
"Tok..tok..tok.." Pintu biliknya dibuka.
Potong stim betullah! Baru nak berangan ada je yang menganggu.
"Hah..Qirdan,nak apa? Kacau betullah!" Kata Izhan geram.
"Weh,abang tak mandi lagi eh? Busuk gile.." Qirdan menutup hidungnya.
Izhan memegang hujung bajunya yang masih tak di tukar lagi,di ciumnya..Yak! Betullah bau hasyammmm..Izhan tersengih seperti kerang busuk.Cover malu la tu..
"Abang tak mandi pun wangi je k."
"Pirahh..bau wangi dah macam adik beradik kambing je bau.Uwerkkk.."
"Yelah,yelah..nak mandilah ni.Qir masuk bilik abang ni nak apa?"
"Ibu panggil turun.Minum petang..dah pegilah mandi.Bagi wangi sikit macam Qir ni" Sempat Qirdan mengusik abangnya itu sebelum berlalu keluar dari bilik Izhan.
"Qir,abang kau mana? Tak turun lagi?" Soal Tan Sri Rafi setelah terpandang anak bongsunya yang baru menuruni tangga itu.
"Masih di atas,baru nak mandi."
"Baru nak mandi? Bertuahnya lahai anak.Ape jelah yang di buatnya dari tadi?" Sampuk Puan Sri Yasmina.
"Teringat dekat buah hati dialah tu." balas Qirdan selamba mencapai kuih kegemarannya dan abangnya yang terhidang.
Tan sri Rafi dan isterinya hanya tersenyum.Kalau betul apa salahnya,anak terunanya itu bukan muda lagi dah boleh jadi bapak orang dah.Cuma dia saja selalu memgelat..tak ada yang berkenan di hati konon.
"Hah..bobal ape je ni,meriah je?" Soal Izhan menarik kerusi di sebelah adiknya seraya melabuhkan punggung.
Tan sri Rafi menghirup air teh yang di sediakan lalu di letakkan kembali ke tempatnya.Dia merenung anak sulungnya.
"Cepat kamu mandi Izhan!" tegurnya.
"Mandi kerbau la tu baba,tu yang cepat je." Sampuk Qirdan ketawa mengekek.
"Hello..hello..abang tak mainlah mandi kerbau ni."
"Laa..sapa pulak suruh main ni? Abang dengam kerbau tu je dah nak serupa tau." Usik Qirdan lagi.
"Qirdan!!" Izhan mengetap bibir kerana geram dengan adiknya itu.
"Sudah,Kamu ni Qirdan,suka sangat mengusik abang kamu ni.Dah tu makan kuih tu,ibu buat tuk korang tu."
"Amboi ibunya..buat tuk anak-anak je ke? Habis baba tak boleh nak makan la ni?"
"Aiyok..baba majuk.Qir tak tahu." Kata Qirdan persis kanak-kanak riang.
Puan Sri Yasmina hanya menjeling ke arah Qirdan.
"Abang..dah tua-tua ni tak usahlah nak merajuk.Ibu buat sekalilah ni untuk suami kesayangan ibu ni."
"Hah,Izhan,kerja macam mana.Ok?"
"Aaa.." mulut Izhan masih penuh dengan kuih.
"Abang ni pun,biarlah budak tu habis makan dulu." Ujar Puan sri Yasmina.
"Ok je baba." Jawab Izhan setelah menghabiskan makanannya.Tan sri Rafi mengangguk.
"Mana tak ok baba,buah hati sentiasa di sisi." Ujar Qirdan ketawa.
Izhan merenung adiknya.Macam mana budak ni boleh tahu? Ishh..
"Siapa orangnya Han? Bawaklah jumpa ibu." Puan sri Yasmina ingin tahu.
"Mana ada ibu,Qir ni memandai je."
"Ek eleh..malu konon.Tak yah lah nak malu-malu." Semakin galak Qirdan mengusik abangnya.Di abaikan renungan abangnya itu yang macam nak telan dia hidup-hidup.Ada aku kesah..hahaha..
"Mana ada..memandai je Qir ni!" Izhan mengetap bibir.Nanti kau,aku kerjakan kat atas.
"Cakap jelah Han..siapa gadis bertuah tu?" desak Puan sri Yasmina.
"Betul tak ade ibu."
"Apa salahnya kalau kamu cakap Han..bukannya ibu kamu tu nak pergi meminang terus." Ujar Tan sri Rafi ikut mengusik.
"Biar Qir jelah yang bagitau kalau macam ni.Ada abang pun serupa perempuan,malu konon.Puih!"
Izhan mencubit paha adiknya.
"Auch.." Qirdan menjeling abangnya.Mukanya berkerut menahan sakit.
"Kenapa tu Qir?" Soal Puan sri Yasmina hairan.
Qirdan hanya mengelengkan kepalanya,sambil mengosok pahanya yang terasa sengal akibat cubitan Izhan.
Puan Sri Yasmina menghampiri anak bongsunya itu.Bahu anaknya itu di sentuh lembut.
"Qir,ibu tahu kamu ada sembunyikan sesuatu daripada ibu.Tapi just bagitahu je dekat ibu dan baba siapa gadis tu,bukannya apa nak tunggu abang kamu ni bagitahu..sampai ibu ni tak larat nak bangun dah agaknya baru nak cakap."
Gulp! Qirdan telan liur. Fuh..ibu dah start mood sedih.Hurm..macam mana ni? Qirdan memandang abangnya yang tergeleng-geleng macam orang tiga suku.
"Qir tak tahu ibu!"
Puan sri Yasmina mengeluh.
"Siapa gadis tu Izhan?" Soal Tam sri Rafi setelah isterinya gagal memujuk Qirdan.Dia bukan apa..memang teringin nak bermenantu cuma anak sulungnya itu ada saja alasan bila di bincangkan pasal kahwin.
Laa..tak habis lagi ke? Tak jawab kang di kata kurang ajar pulak.Bukan tak nak terus terang tapi benda ni belum pasti lagi,bila aku dah dapat hati Azza..tak tunggu lama aku terus bawak jumpa family aku.
"Ibu,baba..nanti kalau ada,Han bawak jumpa ibu dan baba k.Sekarang tak ade lagi." Pujuk Izhan berharap hal ni takkan di bincangkan lagi.
"Tak apalah kalau tu yang Han nak.Tapi kalau dah ada tu cepat bagitau ibu tau,boleh la ibu masuk meminang.Cepat kamu kahwin cepat jugalah ibu dapat timang cucu." Puan Sri Yasmina tersenyum berangan-angan.
Adeh..cucu! Azza pun tak dapat lagi..dah fikir pasal cucu.Susah..susah.. Apa ibu aku ingat kahwin ni macam pilih kuih kat Makcik Senah tu ke?
"Apalah ibu ni,abang tu tak kahwin pun tak lagi..macam mana nak dapat cucu? Ingat jatuh dari langit ke?" Qirdan ketawa geli hati.Boleh tahan lawak juga ibu aku ni.
"Hah,kamu Qirdan.Pandai je cakap perihal abang kamu,kamu bila lagi? Soal Tan Sri Rafi merenung anak bongsunya.Qirdan berhenti mengunyah.Takkan aku pula mangsa seterusnya.
"Keliling pinggang bang..tak ubah macam perangai abang waktu muda-muda dulu." Puan Sri Yasmina menjeling Qirdan yang tersengih nakal.
"Eh..mestilah,bapa borek anak rintik. Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi Mina oi.Nanti bila dia dah jumpa dengan gadis yang di cintainya,ha mesti berubah dah tu jadi setia. Macam kita duli -dulu juga sayang oi."
"Ish abang ni,ke situ pulak dia." Puan sri Yasmina menyiku lengan suaminya.
Qirdan dan Izhan tersenyum melihat gelagat kedua pasangan itu. Walaupun baba dan ibu dah tua..eh taklah tua sangat.Dia orang ni still romantik macam pasangan baru berkahwin.Romantik gila. Tak caya tengoklah..
Happy reading gais and dont forget Vote ⭐️ keh
YOU ARE READING
SELAMANYA PRINCESS ( HAITUS )
RomanceMuhammad Nur Qirdan Jejaka tampan dan kaya yang sering menjadi rebutan.Seorang yang ego kerana kekayaan dan ketampanan yang di milikinya. Siapakah gadis yang boleh melunturkan keegoan Qirdan? seorang gadis yang degil,lincah dan periang.Bolehkah pe...